Aduhai Menteri..Kenapa Melatah??
OK, BN tak dapat majority 2/3, kalah 5 negeri bla,bla,bla…tapi tak perlulah melatah sampai berminggu-minggu, masing-masing menunding jari kearah orang lain… sedarlah bahawa setiap kali kita menunding jari, tiga jari lagi akan menunding kearah kita. Tumpuan seharusnya diberikan sepenuhnya kepada tugas masing2.
- Hakikat kepada kesemua kemelut & konflik yang timbul sebenarnya hanyalah kerana EGO pemimpin UMNO sendiri. “kalah 1 tak apa, kalah 5 banyak tu, ini menendakan UMNO akan jatuh, hancur lebur & Pak Lah harus bertanggung jawab, menantunya adalah punca segala kekalahan..bla..bla bla..” Oh come on guys!!…be rational.
- Teliti semula perbandingan jumlah pengundi Melayu yang mengundi BN pada pilihanraya sebelum ini, kurang 5% sahaja berbanding pilihanraya sebelumnya. Jadi kenapa melatah…saya pasti 1 jawatankuasa khas telah pun di tubuhkan bagi mengkaji kekalahan pilihanraya lepas. Teliti semula kenapa, dan cuba atur strategi menanganinya. Pastinya ada kekurangan, tetapi tidaklah sampai membawa kepada kejatuhan UMNO seperti yang di war2 kan. Mulanya x-PM letak kari, lepas tu seorang2 pemimpin UMNO sendiri pula letak sos cili, cili kering, lada hitam dsb, memanglah makin hangat jadinya.
- Tarik nafas sekejap dan fikir secara rasional, sebenarnya tidak lah sebesar mana isu kekalahan BN nie. BN masih releven dan rakyat masih mahukan BN memerintah, tetapi jangan selesa sangat sehingga mengambil mudah kepada keperluan rakyat, terutamanya kesan inflasi terhadap rakyat kelas pertengahan & yang miskin. Sebab terbesar kepada kekalahan BN adalah kerana rakyat ingin mengejutkan pemimpin2 BN daripada keselesaan & keEgoan sesetengah pemimpin BN & bukanlah kerana nakkan pembangkang.
- So chill out, jangan melatah sangat, memang ada yang cuba meneguk di air yang keruh, dan yang sedihnya majority of the negative voice datangnya dari menteri, bekas menteri dan ahli UMNO sendiri. Rata2 nak gain mileage for the next UMNO election.
- Sebenarnya bukanlah Pak Lah yang akan menjatuhkan UMNO, tetapi pertelagahan di antara ahli UMNO itu sendiri yang mana tamakkan kuasa sebenarnya yang akan menjadi punca ketidak percayaan terhadap UMNO.
- Apa yang UMNO perlu buat selepas pilihan raya, instead of menunding jari kepada Pak Lah ialah cuba menganalisa kehendak rakyat, rangka plan untuk menangani, dan cuba laksanakan tindakan drastic untuk jangka pendek. Imagine jika setiap menteri & wakil2 rakyat buat 1 perkara sahaja untuk jangka masa terdekat ini, impaknya adalah menyeluruh. Dengan demikian rakyat akan dapat melihat bahawa apa yang mereka kehendakkan (kejutkan pemimpin dari tidur) telah tercapai, dan dengan tindakan segera seperti yang saya sebut di atas akan memperlihatkan kesungguhan kerajaan dalam membela rakyat.
- Tak payah banyak cakap, straight away buat kerja dan nampakkan impak nya, rakyat will immediately respect it, and hope for its continuity…
…Renung2kan dan selamat berkerja………………..
Tok Uban











