Categorized | Society

Tags :

Pekebun kecil dipukul samseng kerana buat laporan polis dan hubungi media

Posted on 08 May 2008



KUALA LUMPUR: Beliau mengetuai sekumpulan pekebun kecil di Kunak, Sabah untuk membuat 40 laporan polis terhadap pendatang tanpa izin yang bertindak sebagai samseng bagi pihak sebuah syarikat hartanah yang didakwa merampas ladang kelapa sawit mereka seluas 787 hektar.

Hanya mahu dikenali sebagai Lee, lelaki ini turut menghubungi BERNAMA yang menyiarkan laporan mengenai masalah yang dihadapinya dan pekebun kecil lain pada April.

Lee, 56, tidak pernah menduga yang beliau akan mendapat musibah bagi tindakannya menghubungi polis dan media.

Dua hari lepas,  Lee, yang juga pekebun kecil, sedang minum teh di sebuah restoran dekat Simpang Empat, Kunak, apabila beliau didatangi tiga lelaki.

“Seorang daripada mereka, mempunyai tatu pada lengannya, tanya saya kenapa saya jumpa polis dan media untuk mengadu mengenai perebutan tanah itu.

“Sebelum saya sempat menjawab, lelaki itu menumbuk muka saya dan menolak dan menekan badan saya ke tanah.

Pada ketika itu, ketigatiga lelaki itu yang memakai but, menyepak saya berulang kali di kepala dan badan.

“Saya menjerit meminta tolong tetapi tiada siapa datang membantu menyelamatkan saya. Nasib baik, saya berjaya berlari menyelamatkan diri ke kereta saya, walaupun dikejar beberapa kilometer oleh samseng itu yang menaiki dua pacuan empat roda,” katanya kepada BERNAMA di sini hari ini.

Lee, yang mengalami kecederaan di muka dan mata, mendakwa penyerangnya memberitahunya yang dia dipukul sebagai hukuman kerana mendedahkan berkenaan rampasan tanah itu kepada media.

Katanya beliau membuat laporan mengenai serangan itu di balai polis Semporna.
Bulan lepas, BERNAMA melaporkan seorang pegawai kanan penguatkuasa undangundang bergelar ‘Datuk’, sedang disiasat atas dakwaan menawarkan “khidmat perlindungan” terhadap syarikat hartanah yang didakwa merampas 787 hektar  (kira-kira 4,000 ekar) ladang sawit milik 171 pekebun kecil di Kunak.

Syarikat itu dikatakan menggaji lebih 100 pendatang tanpa izin untuk merampas tanah itu dan menghalang pekebun kecil berkenaan daripada memasuki kawasan tanah itu dengan menggunakan anjing, pedang samurai dan senapang patah.

Samseng berkenaan tinggal dalam pondok yang dibina di kawasan ladang itu dan menjalankan pengawasan dan rondaan 24 jam bagi menghalang kemasukan ke ladang itu.

Lee berkata: “Disebalik memaklumkan media mengenai masalah kami, pihak berkuasa masih tidak mengambil sebarang tindakan untuk membantu kami.

“Sekarang ini, jumlah pendatang tanpa izin yang juga bertindak sebagai samseng yang bekerja dengan syarikat itu juga sudah berganda.” BERNAMA

Article Source:

mStar Online

Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • blinkbits
  • StumbleUpon
  • Technorati

Share/Save/Bookmark

This post was written by:

Political Guru - who has written 3813 posts on Voice of Malaysian.

We are a politically neutral platform specially set up for Malaysians like you to voice your opinions on the current issues of our country. Now everyone can be a politician. Share your views and your thoughts; give your suggestions and comments, and offer your solutions to the biggest problems in our country today. Besides politics we also have other topics such as Sports and the latest world news for you to comment. So go ahead, Voice Your Heart Out!

Contact the author

Leave a Reply

Site Sponsors

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Add to Technorati Favorites

Calendar

May 2008
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Archives

Authors

Voice of Malaysian

↑ Grab this Headline Animator