Abdullah: Saya tidak akan tunduk desakan Mahathir

Posted on 21 May 2008

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau tidak akan tunduk kepada desakan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno serta yakin majoriti anggota Umno akan terus setia kepada kepimpinan parti sekarang.

Perdana Menteri, dalam reaksinya terhadap tindakan Dr Mahathir keluar daripada Umno hari ini, bagaimanapun mengakui tindakan bekas perdana menteri itu mampu meninggalkan sedikit kesan kepada Umno apabila ada segelintir anggota mengikut jejak Dr. Mahathir.

“Saya harap ahli akan terus setia kepada parti Umno kerana parti banyak berjasa kepada bangsa, negara dan semua kaum,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Abdullah juga mengakui terkejut dengan pengumuman Dr Mahathir keluar daripada Umno, parti yang dianggotainya sejak 1946, serta berharap anggota Umno lain bertenang dengan perkembangan itu.

Dr Mahathir pada satu majlis politik di Alor Star hari ini, mengumumkan keluar daripada Umno berkuatkuasa serta merta.

Dr Mahathir, yang juga anggota Umno seumur hidup, berkata beliau bertindak demikian kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Umno sekarang yang gagal membela nasib orang Melayu di negara ini.

Bekas Presiden Umno itu juga berkata beliau hanya akan kembali menjadi anggota Umno selepas Abdullah meletak jawatan atau tidak lagi menjadi pemimpin utama negara.

mSTAR O nline

Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • blinkbits daily-news
  • StumbleUpon
  • Technorati

This post was written by:

Political Guru - who has written 4206 posts on Voice of Malaysian.

We are a politically neutral platform specially set up for Malaysians like you to voice your opinions on the current issues of our country. Now everyone can be a politician. Share your views and your thoughts; give your suggestions and comments, and offer your solutions to the biggest problems in our country today. Besides politics we also have other topics such as Sports and the latest world news for you to comment. So go ahead, Voice Your Heart Out!

Contact the author

Leave a Reply

Site Sponsors

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Add to Technorati Favorites

Calendar

May 2008
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Archives

Voice of Malaysian

↑ Grab this Headline Animator