Kerajaan akan cuba kurangkan beban rakyat - Abdullah

Posted on 10 June 2008

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berharap rakyat negara ini mendapatkan maklumat yang betul dan sahih berhubung fenomena kenaikan harga minyak agar mereka benar-benar memahami apa yang sedang dihadapi oleh negara.

“Setiap daripada kita ada peranan dan tanggungjawabnya dalam menghadapi suasana getir seumpama ini.

“Justeru, marilah kita bersama-sama mengharungi dugaan ini dengan tabah, demi kesejahteraan kita bersama dan demi masa depan negara ini dan generasi seterusnya,” kata Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis pengurniaan pingat serta darjah kebesaran sempena ulang tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara di sini.

Perdana Menteri berkata, situasi ini merupakan cabaran utama negara pada hari ini dan kerajaan sesungguhnya amat prihatin terhadap perasaan dan taraf hidup rakyat.

“Atas sebab itulah, kerajaan telah bertahan sebanyak dan selama yang mungkin, untuk melindungi rakyat daripada kenaikan harga, namun, harga komoditi dunia itu telah melonjak naik dengan terlalu tinggi dalam masa yang amat singkat,” katanya.

Abdullah berkata, pada bulan Januari 2007, harga minyak mentah dunia hanyalah sekitar AS$50 setong.

Kini, 18 bulan kemudian, harga minyak mentah sudah meningkat lebih 150 peratus ke hampir AS$130 setong dan pakarpakar dunia menjangkakan bahawa harga minyak mentah dunia mungkin terus meningkat ke paras AS$200 setong.

“Dalam situasi ini, hakikatnya perbelanjaan kerajaan tidak akan dapat memenuhi jurang di antara harga terkawal yang rendah dengan harga minyak mentah dunia, walaupun dengan peningkatan perolehan Petronas,” tegas Perdana Menteri sambil menambah bahawa ini adalah cabaran yang perlu ditangani di seluruh negara.

Perdana Menteri berkata, kerajaan sedar bahawa kenaikan harga bahan api menimbulkan keresahan dan kebimbangan dalam kalangan rakyat.

Oleh itu, katanya kerajaan akan berusaha sedaya upaya untuk mengurangkan kesempitan yang dialami, terutamanya oleh golongan berpendapatan rendah dengan menambah jumlah bantuan secara langsung dan memperkukuhkan jaringan jaminan sosial.

Beliau berkata, kerajaan juga akan berusaha untuk menjimatkan perbelanjaan sektor awam, memperluaskan senarai barangan kawalan, meningkatkan jumlah kenderaan pengangkutan awam serta menangguhkan program yang tidak memenuhi keperluan terkini.

Namun begitu, katanya, masih banyak lagi cabaran yang perlu ditangani demi memastikan negara akan terus melangkah maju ke hadapan.

Beliau berkata, antara cabaran itu ialah pertumbuhan ekonomi dunia yang dijangka lembap kesan daripada pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat yang tidak berkembang dan kesan lanjutan ke atas Eropah Barat serta ekonomi baru muncul dan sedang membangun.

Abdullah berkata, namun begitu perkembangan ekonomi negara pada tahun 2007 adalah menggalakkan, sekali gus membuktikan bahawa negara berada pada landasan yang kukuh.

“Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar dicatatkan pada kadar 6.3 peratus untuk tahun 2007 walaupun dengan persekitaran ekonomi global yang begitu menduga.

“Kesemua sektor mencatatkan pertumbuhan yang kukuh terutamanya sektor perkhidmatan, pembinaan, perlombongan dan perladangan. Pertumbuhan permintaan pengguna berada pada paras yang mantap iaitu pada 11.8 peratus,” katanya.

Perdana Menteri berkata kerajaan juga berjaya menurunkan kadar defisit negara ke paras 3.2 peratus dan pertumbuhan ini disokong oleh daya ketahanan ekonomi dalaman yang mantap serta struktur ekonomi yang lebih pelbagai.

“Pencapaian ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa melaksanakan dasar serta strategi pengurusan ekonomi negara secara fleksibel dan pragmatik,” tegas Perdana Menteri.

Katanya, usaha untuk meningkatkan tahap dan kemapanan kualiti hidup rakyat memang sentiasa menjadi agenda penting kerajaan.

“Alhamdulillah, pendapatan isi rumah purata di kalangan rakyat Malaysia telah meningkat daripada RM3,249 pada tahun 2004 kepada RM3,686 pada tahun 2007.

“Peratusan kemiskinan telah berkurangan daripada 5.7 peratus pada tahun 2004 kepada 3.6 peratus pada tahun 2007 manakala golongan miskin tegar pula telah berkurangan daripada 1.2 peratus pada tahun 2004 kepada hanya 0.7 peratus pada tahun 2007,” kata Abdullah.

Mengenai usaha memerangi rasuah, Perdana Menteri berkata tahap penguatkuasaan Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah dipertingkatkan di samping ia akan distruktur semula sebagai sebuah suruhanjaya bagi membolehkan sebuah panel penasihat bebas pencegahan rasuah dan sebuah jawatankuasa Parlimen mengenai pencegahan rasuah diwujudkan. BERNAMA

Article source:

mSTAR Online

Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • blinkbits daily-news
  • StumbleUpon
  • Technorati

This post was written by:

Political Guru - who has written 4206 posts on Voice of Malaysian.

We are a politically neutral platform specially set up for Malaysians like you to voice your opinions on the current issues of our country. Now everyone can be a politician. Share your views and your thoughts; give your suggestions and comments, and offer your solutions to the biggest problems in our country today. Besides politics we also have other topics such as Sports and the latest world news for you to comment. So go ahead, Voice Your Heart Out!

Contact the author

Leave a Reply

Site Sponsors

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Add to Technorati Favorites

Calendar

June 2008
M T W T F S S
« May   Jul »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Archives

Voice of Malaysian

↑ Grab this Headline Animator