Resolusi retreat MT Umno waktu terdekat?

Posted on 10 June 2008

KUALA LUMPUR: Majlis Tertinggi (MT) Umno yang mengadakan pertemuan retreat - yang disifatkan bersejarah, selama dua hari yang berakhir semalam, akan mengeluarkan resolusi dijangka dalam waktu terdekat.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, segala pandangan yang dikemukakan sepanjang pertemuan dua hari itu sedang diteliti untuk dijadikan resolusi bagi memperkukuhkan parti.

“Banyak, pelbagai input dan maklum balas telah diterima sepanjang pertemuan itu dan kami sedang mengkaji untuk dikeluarkan sebagai satu resolusi,” kata beliau ketika dihubungi mStar Online hari ini.

mStar Online difahamkan pertemuan retreat itu juga telah menubuhkan jawatankuasa khas untuk membincangkan segala pandangan untuk dijadikan resolusi.

Bagaimanapun beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, tidak menyatakan bila resolusi yang dimaksudkan akan dikeluarkan.

MT dijadual mengadakan pertemuan susulan dalam tempoh dua minggu.

Pertemuan tersebut yang berakhir tengah hari semalam tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media.

Malah, beberapa ahli MT yang ditemui juga enggan mengulas mengenai rumusan yang dicapai dalam program tertutup itu.

Pertemuan tersebut yang pertama kali diadakan sejak pilihan raya umum ke-12, malah julung kali di luar ibu negara, dipercayai telah membincangkan hala tuju Umno selain merangka strategi untuk memulih dan mengembalikan sokongan rakyat terhadap parti dan Barisan Nasional (BN).

Program itu yang dipengerusikan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah dihadiri hampir 95 peratus ahli MT.

Perbincangan telah diadakan dalam tiga kumpulan itu dengan masing-masing dipengerusikan oleh dua Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Muhammad sendiri.

Semalam, Muhyiddin memberitahu program itu telah mengumpulan saranan dan pandangan positif tetapi beliau enggan mengulas lanjut.

Article source:

mSTAR Online

Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • blinkbits daily-news
  • StumbleUpon
  • Technorati

This post was written by:

Political Guru - who has written 4206 posts on Voice of Malaysian.

We are a politically neutral platform specially set up for Malaysians like you to voice your opinions on the current issues of our country. Now everyone can be a politician. Share your views and your thoughts; give your suggestions and comments, and offer your solutions to the biggest problems in our country today. Besides politics we also have other topics such as Sports and the latest world news for you to comment. So go ahead, Voice Your Heart Out!

Contact the author

Leave a Reply

Site Sponsors

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Add to Technorati Favorites

Calendar

June 2008
M T W T F S S
« May   Jul »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Archives

Voice of Malaysian

↑ Grab this Headline Animator