Tiada kewajaran tubuh satu lagi suruhanjaya diraja - Abdullah

Posted on 13 June 2008

PUTRAJAYA: Kerajaan tidak melihat kewajaran untuk menubuhkan satu lagi suruhanjaya diraja bagi menyiasat kenyataan seorang hakim mahkamah tinggi terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kehakiman, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Perdana Menteri berkata ini kerana kerajaan telah membuat keputusan untuk mewujudkan pembaharuan dalam badan kehakiman.

“Pada saya, kita telah buat keputusan untuk nak mewujudkan `reform’ (pembaharuan) dalam judiciary (badan kehakiman). Saya tidak nampak apakah kewajarannya untuk mengadakan satu lagi suruhanjaya diraja,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Sibu Datuk Ian HC Chin, semasa mendengar pertikaian berhubung keputusan pada pilihan raya umum Mac lepas di Sarawak, mendedahkan bahawa hakimhakim dihantar ke pusat indoktrinasi dan diancam dipecat jika tidak membuat keputusan yang memihak kepada kerajaan semasa pentadbiran Dr Mahathir.

Ketika membuat pendedahan mengejutkan di mahkamah terbuka itu, Hakim Chin  juga mendedahkan bahawa beliau diancam oleh Dr Mahathir berhubung satu kes berprofil tinggi supaya membuat keputusan yang memihak kepada kenalan bekas perdana menteri itu.

“Tak payahlah. Tak habis-habis cerita itu,” kata Abdullah ketika diminta mengulas kenyataan Hakim Chin itu pada awalnya.

Mengulas mengenai pertemuannya dengan Master Hsing Yun, Presiden Chinese Buddha Light Association yang berpangkalan di Los Angeles, di pejabatnya tengah hari tadi, Abdullah berkata mereka berbincang mengenai isu keamanan dan keselamatan sejagat.t
Sikap toleransi dan saling hormat menghormati di antara satu sama lain yang berlainan agama di kalangan rakyat telah menarik minat Master Hsing untuk datang ke Malaysia, kata Abdullah.

Master Hsing juga memaklumkan bahawa beliau kerap datang ke Malaysia berikutan negara ini aman dan selamat, katanya. BERNAMA

Article source:

mSTAR Online

Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • blinkbits cakap-cakap
  • StumbleUpon
  • Technorati

This post was written by:

Political Guru - who has written 4206 posts on Voice of Malaysian.

We are a politically neutral platform specially set up for Malaysians like you to voice your opinions on the current issues of our country. Now everyone can be a politician. Share your views and your thoughts; give your suggestions and comments, and offer your solutions to the biggest problems in our country today. Besides politics we also have other topics such as Sports and the latest world news for you to comment. So go ahead, Voice Your Heart Out!

Contact the author

Leave a Reply

Site Sponsors

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Add to Technorati Favorites

Calendar

June 2008
M T W T F S S
« May   Jul »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Archives

Voice of Malaysian

↑ Grab this Headline Animator