Tiada permohonan laksana undang-undang Islam di Pulau Pinang

Posted on 15 June 2008

PULAU PINANG: Kerajaan Pulau Pinang tidak ada menerima permohonan daripada PAS untuk berbincang mengenai pelaksanaan undang-undang Islam di negeri ini, maka isu mengenainya tidak timbul, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.

“PAS Pulau Pinang tidak pernah membincangkan dengan kami mengenai cadangan melaksanakan undang-undang Islam itu dan setakat ini tiada permohonan daripada mereka untuk bertemu dengan kami berhubung perkara ini,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Sehubungan itu, katanya, tiada sebab mengapa perkara itu harus dibincangkannya dengan mana-mana pihak termasuk penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Yang jelas, Pakatan Rakyat tidak pernah membangkitkan isu ini semasa kami hendak menubuhkan gabungan itu,”  kata Lim yang juga Setiausaha Agung DAP.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Ketua Pemuda PAS pusat, Azman Shapawi Abdul Rani semalam bahawa sayap itu kini dalam proses merangka agenda untuk melaksanakan undangundang  Islam, Siasah Syariah di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang.

Lim bagaimanapun berkata, sebagai kerajaan negeri yang adil, ia bersedia mendengar pandangan daripada semua pihak tanpa mengira kaum, agama dan agenda politik masing-masing.

Katanya, walaupun struktur Pakatan Rakyat masih belum lengkap sepenuhnya, gabungan itu mempunyai sebuah sekretariat yang menyelaraskan semua prosedur operasi di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan itu.

Azman dipetik sebagai berkata, sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan bagi membincangkan dengan lebih terperinci pelaksanaan undang-undang Islam di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor .

Menurut Azman, satu seminar untuk membincangkan perkara ini dalam kalangan anggota Pemuda PAS seluruh negara akan diadakan Ogos ini. BERNAMA

Article source:

mSTAR Online

Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • blinkbits cakap-cakap
  • StumbleUpon
  • Technorati

This post was written by:

Political Guru - who has written 4206 posts on Voice of Malaysian.

We are a politically neutral platform specially set up for Malaysians like you to voice your opinions on the current issues of our country. Now everyone can be a politician. Share your views and your thoughts; give your suggestions and comments, and offer your solutions to the biggest problems in our country today. Besides politics we also have other topics such as Sports and the latest world news for you to comment. So go ahead, Voice Your Heart Out!

Contact the author

Leave a Reply

Site Sponsors

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Add to Technorati Favorites

Calendar

June 2008
M T W T F S S
« May   Jul »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Archives

Voice of Malaysian

↑ Grab this Headline Animator