Najib tidak berpeluang jadi PM?

Posted on 17 June 2008

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak tidak akan menjadi Perdana Menteri menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagaimana diperkatakan?

Jika diselami pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam blognya hari ini, Najib tidak berpeluang menggantikan Abdullah sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri.

“Saya bukan nujum dan saya tidak dapat teka apa yang akan berlaku lima tahun dari sekarang.

“Tetapi saya boleh ramal memandangkan prestasi buruk Umno dan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum ke-12 (8 Mac lalu) di bawah pimpinan Abdullah yang di pengaruhi oleh anak dan menantunya.

“Selain memberi gula-gula kepada bahagian dan cawangan, dan berbilion ringgit kepada Sabah dan Sarawak tidak ada usaha yang menepati kehendak dan mesej pengundi dalam pilihan raya umum ke-12,” kata beliau.

Dalam kritikan berterusan menerusi blog selepas meninggalkan Umno bulan lalu, tambah Dr. Mahathir, hanya dengan meletak jawatan baru Abdullah dapat memulihkan UImno dan prestasi kerajaan.

“Tetapi ini tidak sanggup dibuat oleh Abdullah. Oleh itu, tidak ada harapan yang Umno akan dipulihkan dan Najib menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Dr. Mahathir menambah, “saya percaya kali ini Umno dan Barisan Nasional akan hancur langsung. Abdullah tidak akan jadi Perdana Menteri dan dianya tidak akan dapat serahkan jawatan Perdana Menteri kepada mantan timbalannya, Najib.”

Malah dalam tulisannya, beliau juga menyentuh nasib Naib Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Luar, Dato Seri Rais Yatim yang menurutunya “akan terkapa-kapa tidak tahu nak buat apa.”

“Apakah Tan Sri Muhyiddin akan bertanding timbalan melawan Najib atau bertanding presiden melawan Abdullah? Apakah jawatan yang hendak ditandingi oleh Rais?

“Sesungguhnya dengan pengisytiharan persefahaman antara dirinya dengan Najib, Abdullah telah berjaya mematahkan segala cabaran terhadap dirinya. Disember ini Abdullah tetap menang tanpa bertanding,” katanya lagi.

Article source:

mSTAR Online

Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • blinkbits cakap-cakap
  • StumbleUpon
  • Technorati

This post was written by:

Political Guru - who has written 4206 posts on Voice of Malaysian.

We are a politically neutral platform specially set up for Malaysians like you to voice your opinions on the current issues of our country. Now everyone can be a politician. Share your views and your thoughts; give your suggestions and comments, and offer your solutions to the biggest problems in our country today. Besides politics we also have other topics such as Sports and the latest world news for you to comment. So go ahead, Voice Your Heart Out!

Contact the author

Leave a Reply

Site Sponsors

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Add to Technorati Favorites

Calendar

June 2008
M T W T F S S
« May   Jul »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Archives

Voice of Malaysian

↑ Grab this Headline Animator