Mukhriz juga belum terima surat tunjuk sebab

Posted on 19 June 2008

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir juga sehingga kini belum menerima sebarang surat tunjuk sebab daripada Lembaga Disiplin Umno berhubung isu membuat kenyataan media yang didakwa telah mencemarkan imej parti.

Mukhriz berkata: “Saya belum menerima apa-apa surat daripada lembaga (disiplin) parti dan saya tertunggu-tunggu juga”.

Kata Mukhriz, beliau masih menunggu surat sedemikian selepas diumumkan oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dua minggu lalu.

Dalam nada bergurau beliau berkata: “Saya yakin dan pasti alamat rumah saya mereka sudah tahu, dan alamat rumah betul.”

Pada 27 Mei lalu, Tengku Adnan menyatakan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim; Mukhriz dan Datuk Tajuddin Abdul Rahman bertindak menyalahi pekeliling yang diedarkan oleh ibu pejabat parti yang melarang masalah dalaman parti dibangkitkan di luar Umno.

Beliau berkata, ketiga-tiga mereka akan dihadapkan kepada Lembaga Disiplin dan bentuk hukuman terserah kepada badan berkenaan.

Kelmarin, Tajuddin memberitahu mStar Online bahawa beliau juga sehingga ini belum menerima sebarang surat tunjuk sebab daripada parti.

Dalam pada itu, Mukhriz berkata, walaupun beliau menyokong peralihan kuasa tetapi agenda usul undi tidak percaya yang dibangkitkan oleh Parti Rakyat Sabah (SAPP) tidak jelas.

Oleh itu, kata beliau, adalah sukar untuk menyatakan pendirian sama ada menyokong ataupun sebaliknya.

SAPP semalam mengisytiharkan parti itu sudah tidak lagi yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri dan akan menyokong usul undi tidak percaya di Parlimen Isnin ini dengan syarat ia tidak menguntungkan pembangkang.

Mukhriz yang juga Exco Pemuda Umno menegaskan, beliau hanya akan menyokong SAPP jika tidak mempunyai apa-apa kepentingan yang hanya menguntungkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

Katanya, beliau menyokong tindakan SAPP atas alasan mahu peralihan kuasa dilaksanakan dengan segera sebelum Disember  ini.

“Yang penting, saya mahu (Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri), Datuk Seri Najib (Tun Razak) menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, bukan orang lain,” katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang media selepas melancarkan Franchise Walk 2008 di sini hari ini.

Bagaimanapun kata Mukhriz, beliau meragui pendirian Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee memandangkan beliau telah mengadakan pertemuan dengan Anwar dua kali baru-baru berhubung kemungkinan kerjasama kedua-dua mereka.

“Jika tindakan SAPP mempunyai niat lain yang hanya menguntungkan pembangkang, saya akan menarik balik sokongan kepada SAPP,” katanya.

Article source:

mSTAR Online

Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • blinkbits cakap-cakap
  • StumbleUpon
  • Technorati

This post was written by:

Political Guru - who has written 4206 posts on Voice of Malaysian.

We are a politically neutral platform specially set up for Malaysians like you to voice your opinions on the current issues of our country. Now everyone can be a politician. Share your views and your thoughts; give your suggestions and comments, and offer your solutions to the biggest problems in our country today. Besides politics we also have other topics such as Sports and the latest world news for you to comment. So go ahead, Voice Your Heart Out!

Contact the author

Leave a Reply

Site Sponsors

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Add to Technorati Favorites

Calendar

June 2008
M T W T F S S
« May   Jul »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Archives

Voice of Malaysian

↑ Grab this Headline Animator