Teck Lee arah pembayaran lebih RM5 juta kepada saksi

Posted on 19 June 2008

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee yang juga bekas Ketua Menteri telah mengarahkan pembayaran lebih RM5 juta hasil keuntungan jualan saham syarikat milik kerajaan negeri kepada ejen pilihannya pada 1996, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.

Bekas Pengarah Briskmark Enterprise Sdn Bhd, Datuk Wasli Mohd Said berkata semasa beliau menjadi Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNs), beliau berjumpa Ketua Menteri di pejabatnya untuk memberikan taklimat mengenai cadangan pengambilaihan pengurusan 40 peratus saham Sapi Plantation milik LKTNS.

Wasli berkata peguam yang mewakilinya William Cheah mencadangkan penubuhan syarikat (Briskmark) untuk dijadikan wadah bagi dana politik dan peguam itu memintanya memberikan taklimat kepada ketua menteri berhubung perkara itu.

“Saya memberikan taklimat kepada Ketua Menteri mengenai perkara itu dan memberitahunya mengenai keuntungan daripada langkah penyenaraian membabitkan saham Sapi dalam PPB Oil Palms,” katanya.

Katanya selepas perjumpaan pertama itu, beliau ada bertemu Yong beberapa kali lagi iaitu bukan sahaja di pejabat tetapi juga di tempat lain di mana bekas ketua menteri itu mengarahkannya membayar sebahagian keuntungan penjualan saham itu kepada ejen pilihannya.

Semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Hanafiah Zakaria, Wasli berkata Yong akan menghubunginya menerusi telefon bimbit untuk memaklumkan bila bayaran itu akan dibuat, lokasi dan nombor pendaftaran kereta ejen terbabit.

Beliau memberikan keterangan pada perbicaraan bekas Menteri Pembangunan Tanah dan Koperasi Tan Sri Kasitah Gaddam, yang didakwa menggunakan kedudukannya sebagai pengerusi LKTNS untuk kepentingan peribadi dengan mengambil bahagian dalam membuat keputusan meluluskan cadangan penjualan 16.8 juta saham Sapi kepada Briskmark.

Kasitah, 60, juga didakwa memperdayakan LKTNS dengan menyembunyikan tawaran  PPB Oil Palms untuk memperuntukkan lima saham bagi setiap saham Sapi dalam cadangan penyenaraian itu.

Kepada soalan lain, Wasli berkata satu daripada pembayaran kepada ejen Yong dibuat menjelang pilihan raya umum 1999.

Katanya selain daripada Yong, beliau telah membayar wang tunai RM500,000 kepada setiap daripada lapan anggota lembaga Briskmark sebagai derma kepada mereka.

Mereka ialah  Datuk Salleh Otik, Datuk Ismail Jook, Abdul Kader Pateh, Laimun Laikim, Michael Emban, Talib Aning, John Liaw dan Catherine Yong.
Wasli memberitahu mahkamah yang beliau tidak menerima resit bagi pembayaran kepada ejen Yong atau lainnya.

Kepada soalan lain, katanya kebanyakan surat itu yang dialamatkan kepada menteri yang bertanggungjawab terhadap LKTNS iaitu Datuk Joseph Kurup (kini Tan Sri), bekas Ketua Menteri dan LKTNS didraf oleh peguamnya (William Cheah) dan beliau hanya menandatanganinya.

“Pada asasnya beliau (peguam) merancang semuanya dan saya melaksanakannya,” kata Wasli.

Katanya sebelum penjualan saham itu, peguamnya menasihatkan beliau supaya berjumpa Kasitah yang merupakan pengerusi LKTNS dan memaklumkan kepadanya menerusi surat bahawa lapan peratus daripada 40 peratus saham Sapi akan dijual kepada Kasitah.

Wasli berkata beliau menyerahkan surat itu kepada Kasitah pada 5 Okt, 1996 dan Kasitah hanya menganggukkan kepalanya selepas membaca kandungan surat itu.

Beliau juga memberitahu mahkamah yang Kasitah telah memintanya berjumpa seorang pegawai RHB Bank, Rossana Annizah mengenai penjualan lapan peratus saham itu yang bersamaan dengan 16 juta saham biasa PPB Oil Palms.

Perbicaraan di hadapan Hakim Suraya Othman disambung esok. BERNAMA

Article source:

mSTAR Online

Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • blinkbits cakap-cakap
  • StumbleUpon
  • Technorati

This post was written by:

Political Guru - who has written 4206 posts on Voice of Malaysian.

We are a politically neutral platform specially set up for Malaysians like you to voice your opinions on the current issues of our country. Now everyone can be a politician. Share your views and your thoughts; give your suggestions and comments, and offer your solutions to the biggest problems in our country today. Besides politics we also have other topics such as Sports and the latest world news for you to comment. So go ahead, Voice Your Heart Out!

Contact the author

Leave a Reply

Site Sponsors

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Add to Technorati Favorites

Calendar

June 2008
M T W T F S S
« May   Jul »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Archives

Voice of Malaysian

↑ Grab this Headline Animator