Mahathir: Tindakan SAPP tidak boleh gugat Abdullah

Posted on 20 June 2008

KUALA LUMPUR: Tindakan Parti Maju Sabah (SAPP) yang menyatakan pendirian hilang kepercayaan terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak mungkin berjaya menggugat kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, suara SAPP sahaja tidak cukup untuk menjatuhkan Abdullah.

“Mereka (SAPP) tak mungkin berjaya, jumlah mereka kecil sangat. Buat undi tak percaya pun tak akan bagi apa-apa kesan kepada beliau (Abdullah),” katanya selepas menghadiri Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-100 Kolej Sultan Abdul Hamid di sini hari ini.

Dr. Mahathir berkata, Abdullah hanya boleh digulingkan jika lebih 35 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyatakan pendirian tidak percaya terhadap kepimpinan beliau.

Katanya lagi, dalam situasi sekarang barisan pembangkang juga tidak mahu Abdullah digantikan dengan mana-mana pemimpin Umno yang lain.

“Macam Karpal Singh, beliau tak mahu Abdullah letak jawatan kalau hendak digantikan dengan orang Umno juga. Tapi kalau bagi pada dia, dia setujulah,” katanya lagi.

Ditanya mengenai imej Abdullah yang tercalar dengan tindakan SAPP kerana perkara seumpama ini pertama kali terjadi terhadap seorang Perdana Menteri, beliau berkata, imej Abdullah memang sudah tercalar.

“Tak jadi apa-apa, beliau tak akan peduli semua itu. Selama ini pun memang imej beliau dan tercalar,” katanya.

Dr. Mahathir menambah, sebenarnya terdapat ramai lagi anggota BN lain yang sudah tidak yakin dengan Abdullah.

“Buktinya sudah dua orang ahli Gerakan yang tinggalkan parti itu kerana menyertai pembangkang.

“Saya percara parti komponen lain dalam BN termasuk Umno juga mempunyai pendapat yang sama (tidak percaya), cuma mereka tidak berani suarakannya,” katanya.

Article source:

mSTAR Online

Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • blinkbits cakap-cakap
  • StumbleUpon
  • Technorati

This post was written by:

Political Guru - who has written 4206 posts on Voice of Malaysian.

We are a politically neutral platform specially set up for Malaysians like you to voice your opinions on the current issues of our country. Now everyone can be a politician. Share your views and your thoughts; give your suggestions and comments, and offer your solutions to the biggest problems in our country today. Besides politics we also have other topics such as Sports and the latest world news for you to comment. So go ahead, Voice Your Heart Out!

Contact the author

Leave a Reply

Site Sponsors

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Add to Technorati Favorites

Calendar

June 2008
M T W T F S S
« May   Jul »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Archives

Voice of Malaysian

↑ Grab this Headline Animator