SAPP ‘memberontak’: BN putus tindakan petang ini

Posted on 20 June 2008

(Mutakhir) PETALING JAYA: Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) mengadakan mesyuarat tergempar petang ini khusus untuk membincangkan tindakan Parti Maju Sabah (SAPP) semalam yang mengisytiharkan parti itu hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri dan mahu menyokong usul tidak percaya ke atas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Mesyuarat bermula pukul 2.30 petang di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur.

Tiada wakil SAPP dalam mesyuarat itu.

Terdahulu, Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee berkata partinya tidak dijemput untuk menghadiri mesyuarat khas ini.

Menurut Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mesyuarat itu akan dipengerusikan oleh Abdullah yang juga Pengerusi BN.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak tidak hadir kerana berada di luar negara.

Mesyuarat itu dijadual menentukan nasib SAPP yang petang semalam mengumumkan pendirian tidak percaya ke atas kepimpinan Abdullah dan mahu menyokong usul undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

mStar Online difahamkan mesyuarat petang ini akan menyatakan sokongan kepada kepimpinan Abdullah. Ia juga mempertimbangkan kemungkinan memecat keanggotaan SAPP ataupun sekurang-kurangnya memberi alternatif kepada SAPP untuk memecat pemimpin-pemimpin yang menyatakan tidak yakin dengan Abdullah jika mahu kekal dalam BN.

Sehingga tengah hari tadi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mengesahkan tidak menerima sebarang usul daripada SAPP terhadap Perdana Menteri.

“Sehingga sekarang belum ada sebarang usul dikemukakan oleh SAPP. Mereka hanya ada tempoh sehingga esok untuk berbuat demikian,” katanya ketika dihubungi.

Ini kali pertama dalam sejarah 50 tahun negara sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN) - dulu Perikatan - secara terbuka mendakwa ia sudah hilang kepercayaan ke atas Perdana Menteri dan mahu menggerakkan usul undi tidak percaya ataupun sekurang-kurangnya mahu menyokong usul sedemikian.

Dalam pada itu, persoalan yang masih menanti jawapan ialah siapa yang akan membawa usul sedemikian? SAPP ataupun mana-mana anggota Pakatan Rakyat?

SAPP yang ditubuhkan 14 tahun lalu, sebagaimana dijangkakan dari awal - memberontak dengan membuat keputusan ‘penting’ petang semalam - mengisytiharkan yang ia telah hilang kepercayaan terhadap Abdullah.

BN terdiri daripada 14 buah parti politik.

Pendirian sehingga semalam, SAPP mahu menyokong undi tidak percaya terhadap Abdullah di Dewan Rakyat apabila ia mula bersidang 23 Jun ini selepas berehat lebih tiga minggu.

Segala-galanya dikatakan bermula dengan pilihan raya umum ke-12 8 Mac lalu dan pertemuan antara Presiden SAPP, Datuk Seri Yong Teck Yell dengan Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Macau baru-baru ini.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam mahu agar SAPP disingkirkan daripada BN.

Sambil menyifatkan tindakan SAPP sebagai tidak “berdisiplin, tidak demokratik dan tidak bertanggungjawab”, beliau yang juga Ketua Menteri Melaka berkata, SAPP juga memperlihatkan ia tidak sabar dalam tuntutannya untuk mendapatkan jawatan Kabinet.

Pakatan Rakyat pula menyatakan pendirian bahawa pihaknya akan menyokong usul bagi undi tidak percaya terhadap Abdullah, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Ini berita baik kepada saya tetapi kami dalam Pakatan Rakyat memang menyambut baik penyertaan oleh anggotaanggota baru dalam gabungan itu, tetapi kita perlu bekerja sama ke arah mewujudkan Malaysia yang lebih mengutamakan kepentingan rakyat,” kata beliau di Shah Alam.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengakui sukar untuk melihat usul sedemikian dibawa Isnin ini dan berjaya, tetapi beliau menyifatkan ia sebagai “tsunami politik kedua tanah air.”

Justeru, sejauh mana tsunami ini akan membawa kesan kedua ke atas landskap politik negara ataupun ia bakal menelan SAPP sendiri?

Yang menarik, pendirian SAPP itu dikemukakan sehari selepas Abdullah,. yang berada di Kota Kinabalu Selasa lalu,  menegaskan, beliau tidak dimaklumkan ada parti komponen Barisan Nasional (BN) akan keluar untuk menyertai Pakatan Rakyat.

Sambil menyifatkan tindakan SAPP sebagai tidak “berdisiplin, tidak demokratik dan tidak bertanggungjawab”, beliau yang juga Ketua Menteri Melaka berkata, SAPP juga memperlihatkan ia tidak sabar dalam tuntutannya untuk mendapatkan jawatan Kabinet.

Pakatan Rakyat pula menyatakan pendirian bahawa pihaknya akan menyokong usul bagi undi tidak percaya terhadap Abdullah, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Ini berita baik kepada saya tetapi kami dalam Pakatan Rakyat memang menyambut baik penyertaan oleh anggotaanggota baru dalam gabungan itu, tetapi kita perlu bekerja sama ke arah mewujudkan Malaysia yang lebih mengutamakan kepentingan rakyat,” kata beliau di Shah Alam petang tadi.

Menjelaskan alasan SAPP memberontak, Yong memberitahu sidang akhbar di Kota Kinabalu semalam, dua Ahli Parlimen parti itu iaitu wakil rakyat Sepanggar dan Tawau akan menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.

“Sama ada usul itu akan dibentangkan oleh Ahl iParlimen kami atau anggota Parlimen lain, akan diputuskan mengikut keadaan,” kata beliau pada sidang akhbar di Kota Kinabalu.

Tegas Yong, keputusan parti itu adalah untuk memberikan mesej kepada Kerajaan Pusat bahawa SAPP tidak lagi bertolak ansur dengan sikap tidak sensitif mereka terhadap isu di Sabah yang disifatkannya “adalah nyata dan serius.”

“BN tiada lagi di Sabah… pada zahirnya ia wujud tetapi pengisiannya tiada.

“Bagaimanapun, kedudukan kami dalam BN akan dibincangkan dalam mesyuarat majlis tertinggi SAPP pada Jumaat ini,” katanya.

Yong, bekas Ketua Menteri Sabah berkata, Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Eric Enchin Majimbun, yang kini berada di luar negara bagi tugasan rasmi, telah menyatakan pendiriannya dalam kenyataan media yang ditandatangani.

Ahli Parlimen Tawau, Datuk Dr. Chua Soon Bui juga membuat pendirian yang sama dalam kenyataan yang ditandatangani.

Eric dijadual pulang ke Malaysia bagi menghadiri sidang Dewan Rakyat pada 23 Jun.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Eric berkata: “Dalam ketetapan untuk mengukuhkan pelaksanaan dan kestabilan politik, rakyat Malaysia khasnya di Sabah tidak lagi mempunyai kepercayaan terhadap kepimpinan Perdana Menteri.”

“Memandangkan berlakunya percanggahan tarikh yang telah diputuskannya dalam pembubaran Parlimen dan kenaikan minyak yang secara mengejut dan mendadak serta ketetapan terhadap isu-isu mengenai Sabah yang tidak diberi keputusan dengan jelas, maka dengan ini, saya mengisytiharkan tidak mempunyai kepercayaan terhadap kepimpinan Perdana Menteri,” kata Eric.

Chua pula berkata: “Rakyat telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan kerajaan hari ini yang dipimpin oleh Abdullah.”

“Tengku Razaleigh Hamzah dan pemimpin Umno yang lain telah juga mendesak pemimpin mereka berundur.

“SAPP juga berpendapat bahawa sekiranya pemimpin atasan tidak boleh melaksanakan tanggungjawab berkesan, dia seharusnya berundur dan memberi laluan kepada pemimpin lain untuk mengambil alih,” katanya.

Ditanya sama parti itu menjangka akan disingkirkan daripada BN, Yong berkata: “Kami telah membuat pendirian dan kami akan menanggung akibatnya.”

Yong berkata, beliau tidak mempunyai masalah peribadi terhadap Perdana Menteri, malah pertemuan terakhir dengan Abdullah pada 13 Mei lepas di Kuala Lumpur berlangsung dengan mesra.

“Pada masa itulah saya menyatakan dengan agak jelas supaya saya tidak disalah faham. Saya menyatakannnya tiga kali bahawa walaupun tidak akan berlaku (anggota BN) melompat parti seperti yang dispekulasikan, Perdana Menteri tidak seharusnya mengetepikan kemungkinan perkara ini tidak akan terjadi pada masa depan kerana isuisu yang berlaku adalah nyata, anggota Parlimen ini serius,” katanya.

Yong berkata, usul undi tidak percaya itu akan diteruskan meskipun jika parti itu masih dalam BN.

Mengenai kemungkinan SAPP menyertai Pakatan Rakyat, beliau berkata isu itu tidak timbul.

Kini di Dewan Rakyat BN mempunyai 140 kerusi manakala Pakatan Rakyat pula 82 kerusi.

Umno mempunyai 79 kerusi, MCA (15), MIC (tiga), Gerakan (dua), PBB (14), SUPP (enam), SPDP (empat), PRS (enam), Upko (tiga), PBS (tiga), PBRS (satu) dan LDP (satu).

Pada Isnin lalu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata, tidak ada sebarang petunjuk sehingga ini yang sebuah parti komponen BN negeri akan meninggalkan gabungan itu dan beliau menyifatkannya hanya spekulasi.

Malah pada hari yang sama, Timbalan Presiden SAPP, Datuk Raymond Tan turut menafikan yang partinya akan meninggalkan BN.

Beliau berkata parti itu tidak ada membincangkan perkara itu dan memberi jaminan SAPP akan kekal sebagai parti komponen BN.

Pada Sabtu lalu, bekas Naib Presiden Umno dan bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah mendedahkan bahawa akan ada sebuah parti komponen BN akan keluar menjelang hujung bulan ini.

Desas-desus melompat parti yang ditimbulkan semula oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak seminggu lalu.

Anwar telah berulang kali menyatakan bahawa Pakatan Rakyat akan menubuhkan kerajaan menjelang 16 September. Ia mempunyai 82 kerusi di Parlimen dan memerlukan 30 wakil rakyat yang sanggup melompat parti.

Desas-desus bahawa ada Ahli Parlimen BN akan menyertai kendengaran sejak pilihan raya umum 8 Mac lalu, dengan kebanyakannya membabitkan parti-parti dari Sabah dan Sarawak.

Article source:

mSTAR Online

Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • blinkbits cakap-cakap
  • StumbleUpon
  • Technorati

This post was written by:

Political Guru - who has written 4206 posts on Voice of Malaysian.

We are a politically neutral platform specially set up for Malaysians like you to voice your opinions on the current issues of our country. Now everyone can be a politician. Share your views and your thoughts; give your suggestions and comments, and offer your solutions to the biggest problems in our country today. Besides politics we also have other topics such as Sports and the latest world news for you to comment. So go ahead, Voice Your Heart Out!

Contact the author

Leave a Reply

Site Sponsors

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Add to Technorati Favorites

Calendar

June 2008
M T W T F S S
« May   Jul »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Archives

Voice of Malaysian

↑ Grab this Headline Animator