PM: Syor naik gaji pegawai kanan GLC 100 peratus ditolak

Posted on 22 June 2008

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan telah memutuskan untuk menolak cadangan kenaikan gaji 100 peratus pegawai kanan GLC, termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh.

“Cadangan untuk kenaikan gaji itu telah dikemukakan oleh GLC tetapi tidak diluluskan oleh Kementerian Kewangan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri taklimat khas mengenai penstrukturan semula subsidi kepada anggota Parlimen dan Senator Barisan Nasional di Auditorium Perdana, Angkasapuri, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, kata beliau, pembayaran rebat tunai subsidi petrol dan diesel akan diperluas kepada pemilik kenderaan persendirian dengan enjin berkapasiti sehingga 3,000cc di kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak.

Abdullah berkata, langkah itu bagi meringankan beban perbelanjaan pemilik-pemilik kenderaan jenis itu seperti pemilik kenderaan pacuan empat roda ekoran kenaikan harga petrol dan diesel barubaru ini.

Penduduk di kawasan pedalaman di kedua-kedua negeri itu banyak menggunakan kenderaan jenis itu bagi memudahkan urusan pengangkutan memandangkan keadaan permukaan bumi yang kurang datar.

“Telah pun diputuskan untuk memberikan rebat yang sama dengan menambahkan cc bagi kereta-kereta di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak sehingga 3,000cc bagi kenderaan yang didaftarkan untuk digunakan di kawasan pedalaman untuk mengangkut barang-barang,” katanya.

Di Semenanjuang, Abdullah berkata, kerajaan akan terus memberi bantuan dan kemudahan sewajarnya kepada pengusaha bot dan feri bagi meringankan beban mereka.

Sebelum ini, kerajaan memperuntukkan RM5 bilion untuk membayar rebat tunai kepada pemilik kenderaan persendirian iaitu RM625 setahun bagi kenderaan berkapasiti enjin sehingga 2,000cc serta trak pikap dan jip berkapasiti enjin sehingga 2,500cc.

Pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc pula akan menerima bayaran tunai sebanyak RM150 setahun selepas memperbaharui cukai jalan masing-masing.

Setakat Jumaat lepas, Pos Malaysia Berhad (PMB) telah mengagihkan sebanyak RM437.23 juta tuntutan rebat tunai subsidi petrol dan diesel kepada pemilik kenderaan persendirian, membabitkan 56 peratus pemilik kenderaan. BERNAMA

Article source:

mSTAR Online

Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • blinkbits cakap-cakap
  • StumbleUpon
  • Technorati

This post was written by:

Political Guru - who has written 4206 posts on Voice of Malaysian.

We are a politically neutral platform specially set up for Malaysians like you to voice your opinions on the current issues of our country. Now everyone can be a politician. Share your views and your thoughts; give your suggestions and comments, and offer your solutions to the biggest problems in our country today. Besides politics we also have other topics such as Sports and the latest world news for you to comment. So go ahead, Voice Your Heart Out!

Contact the author

Leave a Reply

Site Sponsors

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Add to Technorati Favorites

Calendar

June 2008
M T W T F S S
« May   Jul »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Archives

Voice of Malaysian

↑ Grab this Headline Animator