Usul: Pak Lah mahu dua Ahli Parlimen SAPP sokong BN esok

Posted on 22 June 2008

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membawa satu usul yang berhubungkait dengan isu kenaikan harga minyak dan barangan serta langkah untuk menanganinya pada sidang Parlimen esok, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri berkata, usul tersebut akan dibawa oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Samad sebaik selesai sesi soal jawab.

“Saya tidak mahu beritahu apakah bentuk usul itu kerana ini hanya akan dibacakan esok apabila tiba masanya,” kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan amanat pada taklimat khas mengenai penstrukturan subsidi kepada Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) di Auditorium Perdana Angkasapuri di sini hari ini.

Abdulllah berkata, memandangkan perbincangan esok akan mengambil masa yang panjang maka kerajaan sedia membincangkannya sehari suntuk untuk memberikan kesempatan kepada wakil rakyat memahami isu itu.

Mengenai majlis taklimat itu, Perdana Menteri berkata, ia memberi peluang kepada mereka yang hadir mengemukakan bukan sahaja soalan serta pandangan malahan juga teguran.

“Semuanya adalah baik dan bermakna sekali. Menjadi harapan saya agar wakil rakyat BN dapat melaksanakan tugas serta tanggungjawab mereka mmembahaskan usul itu esok dengan baik,” katanya.

Mengenai sama ada perbahasan itu akan disiarkan secara langsung menerusi RTM, Abdullah berkata, “tiada siaran langsung”.

Perdana Menteri turut ditanya mengenai harapannya terhadap dua Anggota Parlimen daripada Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Dr. Chua Soon Bui (Tawau) dan Datuk Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) agar mereka tidak mengundi sebaliknya dalam usul yang akan dibawa esok.

“Itu bukan harapan tetapi sudah menjadi disiplin parti agar mereka menyokong BN,” kata Abdullah. BERNAMA

Article source:

mSTAR Online

Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • blinkbits cakap-cakap
  • StumbleUpon
  • Technorati

This post was written by:

Political Guru - who has written 4206 posts on Voice of Malaysian.

We are a politically neutral platform specially set up for Malaysians like you to voice your opinions on the current issues of our country. Now everyone can be a politician. Share your views and your thoughts; give your suggestions and comments, and offer your solutions to the biggest problems in our country today. Besides politics we also have other topics such as Sports and the latest world news for you to comment. So go ahead, Voice Your Heart Out!

Contact the author

Leave a Reply

Site Sponsors

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Add to Technorati Favorites

Calendar

June 2008
M T W T F S S
« May   Jul »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Archives

Voice of Malaysian

↑ Grab this Headline Animator