Muhyiddin: Saya belum buat keputusan

Posted on 29 June 2008

BATU PAHAT: Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau masih belum membuat keputusan sama ada akan bertanding merebut jawatan yang lebih tinggi daripada apa yang disandangnya kini pada pemilihan parti Disember ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, ketika ini usahanya tertumpu kepada langkahlangkah untuk memastikan mesyuarat Umno peringkat cawangan yang akan bermula tidak lama lagi berjalan lancar.

Bagaimanapun apa yang pasti menurutnya, keputusan sama ada beliau akan mencabar jawatan Timbalan dan Presiden Umno itu akan dibuat sebelum berlangsungnya persidangan perwakilan Umno peringkat bahagian pada Oktober.

“Lama lagi saya akan beritahu (tentang keputusannya), saya akan membuat keputusan pada masa yang sesuai. Tetapi apa yang pasti (keputusan) itu sebelum mesyuarat bahagian pada bulan Oktober nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCIM) di sini hari ini.

Beliau juga ditanya mengenai pandangan beberapa pihak di dalam Umno yang menyifatkan tataetika tentang pemilihan parti yang diedarkan minggu lepas, bertentangan dengan amalan demokrasi.

Muhyiddin yang mengemaskini tataetika itu menerusi Biro Perlembagaan dan Peraturan yang dipengerusikannya berkata, tataetika itu bukan suatu perkara yang baru kerana ia telah diperkenalkan pada 2001.

Kajian lebih mendalam terhadap perkaraperkara yang disentuh di dalam tataetika itu menunjukkan ia adalah lebih longgar, berbanding sebelum ini, katanya.

“Majlis Tertinggi Umno telah membuat keputusan tentang majlismajlis seperti keraian, kendurikendara, tahlil yang boleh berjalan seperti biasa. Amalan yang baik kita tidak halang.

“Cuma kita nasihatkan, jangan guna majlismajlis itu untuk politik wang. Yang parti pandang berat adalah rasuah politik,” katanya sambil menambah, dahulu kempen tidak dibenarkan tetapi kini ia dibenarkan.

Muhyiddin berkata, amalan demokrasi di dalam Umno perlu sihat dan tataetika itu hanya sebagai panduan.

Mengenai nasihat kepada anggota Umno di peringkat cawangan yang akan bersidang tidak lama lagi, beliau mahukan mereka bersidang bagi mencari langkahlangkah yang mampu memulih semangat perjuangan anggota dan menarik sokongan anggota serta orang luar terhadap parti.

Senario politik yang dihadapi Umno ketika ini adalah amat mencabar, di mana pada pilihan raya umum Mac lepas, ia menerima tamparan hebat dengan parti itu kalah dan kehilangan kuasa di beberapa negeri.

“Sepatutnya itu menjadi pengajaran kepada kita, tarik kembali sokongan rakyat kepada Umno kerana jika itu tidak dibuat di dalam tempoh tiga empat tahun ini, keadaan akan lebih buruk daripada Tsunami Politik barubaru ini,” kata Muhyiddin. BERNAMA

Article source:

mSTAR Online

Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • blinkbits cakap-cakap
  • StumbleUpon
  • Technorati

This post was written by:

Political Guru - who has written 4248 posts on Voice of Malaysian.

We are a politically neutral platform specially set up for Malaysians like you to voice your opinions on the current issues of our country. Now everyone can be a politician. Share your views and your thoughts; give your suggestions and comments, and offer your solutions to the biggest problems in our country today. Besides politics we also have other topics such as Sports and the latest world news for you to comment. So go ahead, Voice Your Heart Out!

Contact the author

Leave a Reply

Site Sponsors

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Add to Technorati Favorites

Calendar

June 2008
M T W T F S S
« May   Jul »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Archives

Voice of Malaysian

↑ Grab this Headline Animator