KOTA BHARU: Tribunal khas bagi menyiasat Hakim Mahkamah Tinggi Sibu Datuk Ian Chin Hong Chong yang didakwa melanggar tataetika badan kehakiman oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah tidak perlu kerana kerajaan berpendapat dakwaan itu tidak mempunyai asas.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim berkata sekiranya Dr Mahathir atau manamana pihak mempunyai bukti kukuh, mereka boleh membuat laporan polis atau melaporkannya kepada Ketua Hakim Negara.
“Kerajaan tidak boleh mengadakan tribunal kerana mendengar cakap sematamata dan untuk itu kita tidak boleh melayan sesuka hati untuk berbuat demikian (mengadakan tribunal),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan Ke-40 Persatuan Bekas Tentera Malaysia di sini, hari ini.
Dua hari lepas, Dr Mahathir bertanya sama ada kerajaan akan menubuhkan tribunal bagi menyiasat Chin atas dakwaan melanggar tatetika badan kehakiman kerana tidak mendedahkan mengenai laporan polis yang dibuat terhadapnya kerana mendengar kes yang beliau mempunyai kepentingan peribadi.
Pada 11 Jun lepas, Chin semasa mendengar kes pertikaian terhadap keputusan pada pilihan raya umum 8 Mac lepas di Sarawak, mendedahkan Dr Mahathir pernah mengugut akan menggunakan tribunal khas untuk menyingkirkan hakim yang membuat keputusan tidak menyebelahi kerajaan ketika satu persidangan hakim pada 1997.
Zaid berkata untuk rekod Chin telah menjalankan tangunggjawabnya sebagai hakim dengan baik dan kerajaan sama sekali tidak mahu campur tangan mengenai masalah yang ditimbulkan antara keduadua belah pihak itu.
“Tetapi jika ada pihak yang tidak berpuas hati atau ada bukti, laporkanlah kepada polis atau kepada Ketua Hakim Negara untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Sementara itu Zaid meminta semua pihak menghentikan desakan meminta kerajaan mendedahkan jumlah sebenar bayaran exgratia yang diberikan kepada beberapa hakim sebelum ini.
Beliau berkata kerajaan sebenarnya bukan tidak mahu mendedahkan jumlah bayaran itu tetapi berbuat demikian sebagai menghormati permintaan penerima dan keluarga mereka supaya jumlahnya tidak didedahkan.
“Kerajaan kena menghormati permintaan mereka selain pembayaran ini sendiri diberi bukan kerana ada tuntutan atau rundingan. Cukupcukuplah, hentikan isu ini dan kerajaan sendiri mahu menyelesaikan isu ini secara baik,” katanya.
Pada 18 April lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan bayaran exgratia kepada bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Salleh Abas dan bekas Hakim Mahkamah Agung iaitu Datuk George Seah dan Tan Sri Suleiman Pawanteh yang dipecat daripada jawatan, 20 tahun lepas.
Bayaran ex-gratia itu juga dibayar kepada Tan Sri Eusoffe Abdoolcader, Tan Sri Azmi Kamaruddin dan Tan Sri Wan Hamzah Mohamed Salleh. BERNAMA
Article source











