Polis perlu ruang siasat kes liwat Anwar

Posted on 30 June 2008

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini meminta semua pihak memberi ruang kepadanya untuk menyiasat kes tuduhan liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Bakri Zinin berkata sebagai agensi yang menjalankan kuasa undangundang, PDRM akan menyiasat kes itu seadila-dilnya daripada sudut perundangan tanpa mengambilkira sudut politik.

“Polis akan menjalankan penyiasatan secara terperinci terhadap mangsa dan juga suspek, tetapi kita perlukan sedikit masa untuk siasat kes ini,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini

Bagaimanapun, beliau tidak memberitahu berapa lama masa yang akan diambil polis bagi menyiasat laporan itu.

“Persoalan Anwar akan dipanggil untuk memberi keterangan atau tidak, itu semua bergantung kepada hasil siasatan,” katanya.

Bakri turut meminta semua pihak agar tidak membuat andaian selagi polis tidak menjelaskan perkara itu, kerana bimbang andaian berkenaan boleh menjejaskan siasatan.

Laporan polis terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu dibuat pembantunya yang berusia 23 tahun di Balai Polis Travers pada pukul 5.45 petang semalam, yang mendakwa diliwat pemimpin itu pada 26 Jun lepas di sebuah tempat di ibu negara. BERNAMA

Article source:

mSTAR Online

Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • blinkbits cakap-cakap
  • StumbleUpon
  • Technorati

This post was written by:

Political Guru - who has written 4248 posts on Voice of Malaysian.

We are a politically neutral platform specially set up for Malaysians like you to voice your opinions on the current issues of our country. Now everyone can be a politician. Share your views and your thoughts; give your suggestions and comments, and offer your solutions to the biggest problems in our country today. Besides politics we also have other topics such as Sports and the latest world news for you to comment. So go ahead, Voice Your Heart Out!

Contact the author

Leave a Reply

Site Sponsors

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Add to Technorati Favorites

Calendar

June 2008
M T W T F S S
« May   Jul »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Archives

Voice of Malaysian

↑ Grab this Headline Animator