Najib sifatkan akuan bersumpah pembohongan, fitnah

Posted on 04 July 2008

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan dakwaan kononnya beliau mengenali dan pernah berjumpa wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu seperti terkandung dalam akuan bersumpah penyiasat persendirian P. Balasubramaniam adalah satu pembohongan yang amat dashyat.

Menegaskan tuduhan itu adalah rekaan sematamata, berniat jahat, berunsur fitnah dan bertujuan untuk mencemar imejnya, Timbalan Perdana Menteri sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak pernah sama sekali mengenali atau berjumpa dengan Altantuya.

“Saya amat yakin bahawa tindakan ini merupakan satu usaha yang terdesak, oleh (Datuk Seri) Anwar Ibrahim untuk mengalih pandangan daripada tuduhan liwat yang beliau sedang hadapi sekarang,” katanya pada sidang akhbar yang dihadiri puluhan wartawan termasuk wartawan asing di pejabatnya di Parlimen, d sini hari ini.

Najib berkata apa yang penting sekarang ialah rakyat mahu tahu sama ada perkara kes liwat yang dihadapi oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu benarbenar berlaku atau sebaliknya.

“Saya berharap pihak berkenaan akan menyiasat sepenuhpenuhnya dan akan membuat ketetapan dan pengumuman kepada pengetahuan umum secepat mungkin,” katanya.

Kes perbicaraan pembunuhan Altantuya sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Berhubung akuan bersumpah itu, Timbalan Perdana Menteri berkata oleh kerana akuan itu subjudis dengan kenyataan di mahkamah dan juga dengan laporan Balasundramaniam kepada polis, maka beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat sepenuhnya perkara itu.

“Pihak yang bertanggungjawab mestilah sanggup menerima apaapa tindakan akibat daripada perbuatannya itu sekiranya pihak berkuasa mendapati ada kesalahan daripada segi undangundang,” katanya.

Ditanya adakah beliau akan membuat laporan polis terhadap Balasundramaniam atau mengambil tindakan undangundang berhubung perkara itu, Najib berkata, beliau menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan.

Mengenai sama ada beliau menyifatkan pendedahan itu sebagai satu serangan peribadi daripada Anwar, Najib berkata: “Soalnya mengapa ia berlaku sekarang setelah kes liwat itu timbul, tibatiba semua pihak diserang, Ketua Polis Negara (Tan Sri Musa Hassan) diserang, Peguam Negara (Tan Sri Abdul Gani Patail), saya diserang, kenapa sekarang”.
“Ini persoalannya, jadi kita tidak boleh alih daripada isu utama, iaitu sama ada kes liwat itu berlaku atau tidak… ini yang kita hendak tahu,” katanya.

Anwar semalam membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor terhadap Musa dan Abdul Gani, mendakwa kononnya keduaduanya menyembunyikan fakta dan memalsukan maklumat dalam kes membabitkan serangan fizikal terhadap Anwar oleh bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor pada 20 Sept 1998.

Laporan itu dibuat susulan daripada laporan polis oleh pembantu Anwar Khamis lepas, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, di Balai Polis Jalan Travers di sini yang mendakwa dia diliwat oleh Anwar di sebuah kondominium di Bukit Damansara.

Ditanya mengapa beliau merasakan Anwar sengaja menyerang peribadinya dengan menggunakan kes tersebut, Najib berkata beliau tidak pasti.

“Saya tidak tahu…mungkin dia anggap saya yang di belakang (mendalangi) budak ini (Mohd Saiful), sebenarnya tidak ada konspirasi. Budak ni datang berjumpa saya kerana dia mengadu hal bahawa dia telah diliwat Datuk Seri Anwar,” katanya.

Balasubramaniam yang turut dipanggil memberikan keterangan dalam perbicaraan kes bunuh Altantuya, hari ini turut mengedarkan kepada media salinan akuan bersumpah itu dan memberikan beberapa butiran maklumat yang didakwa menunjukkan hubungan awal antara Altantuya dan Najib.

Penyiasat persendirian itu berbuat demikian pada sidang media bersama Anwar di ibu pejabat PKR Petaling Jaya.

Article source:

mSTAR Online

Popularity: 7% [?]

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • blinkbits cakap-cakap
  • StumbleUpon
  • Technorati

This post was written by:

Political Guru - who has written 3114 posts on Voice of Malaysian.

We are a politically neutral platform specially set up for Malaysians like you to voice your opinions on the current issues of our country. Now everyone can be a politician. Share your views and your thoughts; give your suggestions and comments, and offer your solutions to the biggest problems in our country today. Besides politics we also have other topics such as Sports and the latest world news for you to comment. So go ahead, Voice Your Heart Out!

Contact the author

Leave a Reply

Add Webcam or
Audio-only Comment

Site Sponsors

AddThis Feed Button
AddThis Social Bookmark Button
Add to Technorati Favorites

Calendar

July 2008
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Archives

Voice of Malaysian

↑ Grab this Headline Animator