Akuan bersumpah: Raja Petra disiasat, sedia ke mahkamah

Posted on 06 July 2008

eaja_petra cakap-cakap

RAJA Petra Kamaruddin disambut oleh penyokongnya ketika keluar dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Sentul, Kuala Lumpur lewat petang tadi.

KUALA LUMPUR: Pengendali blog Raja Petra Raja Kamaruddin hari ini berkata beliau bersedia dihadapkan ke mahkamah daripada mendedahkan sumber yang memberikannya maklumat mengenai penglibatan tiga individu dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu yang dibuatnya dalam akuan bersumpahnya.

Raja Petra yang memberi keterangan kepada polis mengenai perkara itu di Ibu Pejabat Polis (IPD) Sentul petang tadi berkata keenggannya mendedahkan sumber yang memberikan maklumat itu kepadanya adalah kerana bimbang akan keselamatan sumber itu.

Beliau yang tiba di IPD Sentul, dengan diiringi oleh isterinya, Marina Abdullah dan peguam Amarjit Singh, pada pukul 5.10 petang keluar hampir dua setengah jam kemudian pada pukul 7.45 petang.

Raja Petra berkata, pihak polis memaklumkan kepadanya bahawa beliau sedang disiasat di bawah Seksyen 203 Kanun Keseksaan berikutan laporan polis yang dibuat oleh pejabat Peguam Negara pada 20 Jun lepas yang mendakwa beliau membuat pengakuan palsu.

“Saya diarah memberi keterangan di bawah Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah iaitu prosedur memberi keterangan ke atas sesuatu kes, selepas laporan polis telah dibuat ke atas saya oleh Peguam Negara,” katanya kepada pemberita selepas memberi keterangannya di sini hari ini.

Raja Petra berkata, beliau telah dihubungi polis pada pukul 12 tengah hari tadi supaya menghadirkan diri di IPD Sentul tanpa memaklumkan tujuannya.

Katanya semasa memberi keterangan, polis banyak bertanya mengenai pemberi maklumat atau sumber yang memberitahu keterlibatan tiga individu tersebut di dalam akuan bersumpahnya tetapi beliau tidak mendedahkannya atas sebab keselamatan sumber itu.

“Mereka berkeras mahu saya mendedahkan pemberi maklumat itu, tapi saya tidak melakukannya. Mereka (polis) mungkin akan mendakwa saya di mahkamah kerana enggan mendedahkannya,” katanya.

Raja Petra berkata, beliau sedia untuk didakwa di mahkamah, dan yakin pada masa itu sumbernya akan menghuraikan kebenaran.
Beliau juga disoal siasat sama ada ada memberi kebenaran kepada laman web Malaysiakini dan sebuah laman blog untuk menyiarkan akuan berkanunnya.

Raja Petra dalam akuan bersumpahnya yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 18 Jun lepas mendakwa isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, pakar bom pemangku Kolonel Aziz Buyong dan isterinya, Norhayati, pengawal pengiring (ADC) Rosmah, berada di tempat kejadian di mana mayat Altantuya diletupan di Puncak Alam, Shah Alam pada 19 Oktober 2006.

Akuan berkanun itu turut mendakwa Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, yang juga Ahli Parlimen Rembau menyimpan laporan perisikan tentera mengenai kehadiran Rosmah, Aziz dan Norhayati di tempat kejadian itu.

Polis setakat ini telah mengambil keterangan daripada Rosmah, Khairy, Aziz dan Norhayati dan kesemua mereka menafikan dakwaan tersebut.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak turut menafikan dakwaan itu.

Semalam Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Lt Jeneral Datuk Mohd Salleh Ismail pula menafikan wujudnya laporan perisikan tentera seperti yang didakwa oleh Raja Petra. BERNAMA

Article source:

mSTAR Online

Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • blinkbits cakap-cakap
  • StumbleUpon
  • Technorati

This post was written by:

Political Guru - who has written 4248 posts on Voice of Malaysian.

We are a politically neutral platform specially set up for Malaysians like you to voice your opinions on the current issues of our country. Now everyone can be a politician. Share your views and your thoughts; give your suggestions and comments, and offer your solutions to the biggest problems in our country today. Besides politics we also have other topics such as Sports and the latest world news for you to comment. So go ahead, Voice Your Heart Out!

Contact the author

Leave a Reply

Site Sponsors

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Add to Technorati Favorites

Calendar

July 2008
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Archives

Voice of Malaysian

↑ Grab this Headline Animator