Anwar wajar tangkis dakwaan liwat elak rakyat keliru

Posted on 06 July 2008

MUAR: Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menegaskan, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim patut menumpukan langkah menangkis dakwaan kes liwat terhadap dirinya bagi mengelak kekeliruan rakyat.

Beliau berkata, cara Anwar menangani masalah hingga melibatkan hampir seluruh rakyat di negara ini dalam isu peribadi beliau telah meletakkan rakyat dalam keadaan tidak tentu arah atau keliru.

“Saya dapat maklumat, sudah ada kebimbangan di kalangan rakyat bahawa Datuk Seri Anwar akan mengulangi episod-episod lama tahun 1998 dahulu. Rakyat juga tidak faham ada pengakuan bersumpah dikemukakan tetapi ditarik balik, semuanya berbangkit kerana kes Datuk Seri Anwar,” katanya.

Akibatnya, perkara ini menimbulkan situasi kurang selesa dalam negara apatah lagi ketika rakyat sedang menghadapi masalah kenaikan harga barang ekoran daripada harga minyak global, katanya selepas merasmikan Bengkel Usahawan Wanita dan pelancaran Direktori Usahawan Wanita Malaysia 2008, di sini.

Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, beliau dimaklumkan bahawa laporan media barat menggambarkan seolah-olah Malaysia sedang menghadapi kegawatan politik sehingga ada tanggapan bahawa ekonomi negara diteraju secara `auto pilot’ sedangkan ia sebenarnya ditadbir oleh kerajaan. BERNAMA

Article source:

mSTAR Online

Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • blinkbits cakap-cakap
  • StumbleUpon
  • Technorati

This post was written by:

Political Guru - who has written 4248 posts on Voice of Malaysian.

We are a politically neutral platform specially set up for Malaysians like you to voice your opinions on the current issues of our country. Now everyone can be a politician. Share your views and your thoughts; give your suggestions and comments, and offer your solutions to the biggest problems in our country today. Besides politics we also have other topics such as Sports and the latest world news for you to comment. So go ahead, Voice Your Heart Out!

Contact the author

Leave a Reply

Site Sponsors

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Add to Technorati Favorites

Calendar

July 2008
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Archives

Voice of Malaysian

↑ Grab this Headline Animator