Mufti Perlis: Bermubahalah tak perlu junjung Quran

Posted on 06 July 2008

PETALING JAYA: Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin berkata bersumpah dengan menjunjung Al Quran bukanlah kaedah Islam.

“Bukan itu yang dianjurkan oleh Islam. Nabi pun tidak pernah buat begitu. Bersumpah dengan menjunjung Quran adalah tradisi orang Melayu. Yang dianjurkan ialah bermubahalah atau bersumpah dengan berkata, “Jika benar saya yang melakukannya, laknatilah saya.” Dan pihak yang satu lagipun perlu berkata sedemikian.

“Dan hendaklah bersumpah dengan Wallahi, Wabillahi, Watallahi - Saya tidak melakukannya,” kata Dr Asri.

Menurut beliau, “Kedua-dua mereka, baik yang menuduh atau yang dituduh meliwat hendaklah bermubahalah. Inilah cara yang pernah Nabi buat dulu,” jelasnya Dr Asri lagi.

Dr. Asri membuat gesaan ini supaya dapat meredakan kekalutan yang sedang berlaku sekarang di mana Datuk Seri Anwar Ibrahim telah didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan. Ini adalah kali kedua Anwar menghadapi isu dakwaan meliwat. Kali pertama ialah pada tahun 1998.

“Perkara peribadi macam ini seharusnya tidak didedahkan kepada orang ramai kerana ia mengaibkan tapi setelah kecoh begini sudah menjadi urusan rakyat. Selepas, kedua-dua pihak bermubahalah, semua orang kena senyap dan tidak perlu memberikan sebarang ulasan lanjut.

“Serahkan pada Allah kerana ini urusan Allah,” kata Asri.

Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menyokong cadangan Dr Asri. Namun cara bersumpah yang dinajurkan Nik Aziz ialah bermubahalah sambil menjunjung Al Quran.

“Bermubahalah atau bersumpah dengan menjunjung al-Quran adalah cara untuk menentukan kebenaran dan juga sesuatu yang dituntut dalam Islam,” katanya.

Mursyidul Am PAS itu berkata melalui cara demikian, Allah SWT boleh melaknatkan mana-mana pihak yang bersalah.

Bagaiamanpun, Mufti Perak, Datuk Seri Dr. Harussani Zakaria berpendapat Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mengemukakan bukti di mahkamah sekiranya beliau tidak bersalah seperti yang didakwa oleh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

“Setiap keterangan yang diberikan perlu dibuktikan. Jika tiada keterangan untuk dijawab, barulah beliau (Anwar) perlu bersumpah,” kata Dr Harussani

Article source:

mSTAR Online

Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • blinkbits cakap-cakap
  • StumbleUpon
  • Technorati

This post was written by:

Political Guru - who has written 4248 posts on Voice of Malaysian.

We are a politically neutral platform specially set up for Malaysians like you to voice your opinions on the current issues of our country. Now everyone can be a politician. Share your views and your thoughts; give your suggestions and comments, and offer your solutions to the biggest problems in our country today. Besides politics we also have other topics such as Sports and the latest world news for you to comment. So go ahead, Voice Your Heart Out!

Contact the author

Leave a Reply

Site Sponsors

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Add to Technorati Favorites

Calendar

July 2008
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Archives

Voice of Malaysian

↑ Grab this Headline Animator