Tubuh suruhanjaya bebas siasat dakwaan liwat - Isa

Posted on 06 July 2008

SEREMBAN: Kerajaan disaran agar menubuhkan sebuah suruhanjaya bebas bagi menyiasat semua aspek yang melibatkan isu dakwaan liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika membuat saranan itu, bekas Naib Presiden Umno Tan Sri Mohamed Isa Abdul Samad berpendapat rakyat kini makin keliru dengan tipu daya dan helah politik yang digunakan untuk menutup fakta yang berlaku.

Malah, kata beliau, berdasarkan kepada kenyataan yang dibuat oleh Anwar dan pemimpin PKR, mereka seolah-olah tidak yakin dengan sistem perundangan yang ada di negara ini.

“Oleh sebab itu, dengan penubuhan suruhanjaya bebas ini nanti yang keanggotaannya terdiri daripada kalangan pengamal undangundang, tokoh agama, ahli akademik, profesional dan ahli berpengaruh dalam masyarakat, boleh menyiasat dakwaan berkenaan secara telus dan saksama,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohamed Isa berpendapat kewajaran kerajaan menubuhkan suruhanjaya berkenaan antara lain disebabkan apabila laporan polis dibuat oleh seorang pemuda yang mendakwa diliwat, maka Anwar, PKR dan sekutu politiknya menganggapkan ia satu konspirasi yang diatur untuk menyekat kebangkitan politik Anwar.

Beliau berkata, menerusi penubuhan suruhanjaya itu, selain memastikan sama ada wujud konspirasi atau sebaliknya, ia juga boleh menghalang manamana pihak pada masa akan datang daripada membuat tuduhan palsu kepada pemimpin kerajaan yang kadang-kadang tidak masuk akal. BERNAMA

Article source:

mSTAR Online

Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • blinkbits cakap-cakap
  • StumbleUpon
  • Technorati

This post was written by:

Political Guru - who has written 4248 posts on Voice of Malaysian.

We are a politically neutral platform specially set up for Malaysians like you to voice your opinions on the current issues of our country. Now everyone can be a politician. Share your views and your thoughts; give your suggestions and comments, and offer your solutions to the biggest problems in our country today. Besides politics we also have other topics such as Sports and the latest world news for you to comment. So go ahead, Voice Your Heart Out!

Contact the author

Leave a Reply

Site Sponsors

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Add to Technorati Favorites

Calendar

July 2008
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Archives

Voice of Malaysian

↑ Grab this Headline Animator