Mufti Perlis syor Nik Aziz jadi orang tengah mubahalah

Posted on 07 July 2008

KANGAR: Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin mencadangkan Mursyidul Am Pas menjadi orang tengah yang akan membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan untuk “mubahalah” sebagai jalan penyelesaian isu liwat yang kini menjadi tumpuan nasional.

Katanya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat terutama di kalangan para penyokong Pas dan sudah semestinya, beliau layak untuk menjadi orang tengah itu.

Ketika dihubungi Bernama di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini, Mohd. Asri berkata, beliau sebolehnya tidak mahu terbabit dalam sebarang isu politik tetapi terpaksa mengeluarkan pandangan apabila menyentuh perkara yang berkaitan agama.

“Saya percaya dengan pengaruhnya, Nik Aziz berupaya menjadi orang tengah,” katanya yang baru selesai menjalani pembedahan kecil di IJN dan dibenarkan keluar dari institut itu hari ini.

Mohd. Asri sebelum ini mencadangkan supaya isu liwat yang mengaibkan itu diselesaikan secara mubahalah atau “sumpah” sekiranya ia tidak dapat diselesaikan secara perundangan dunia.

Semalam, Pergerakan Pemuda Umno Terengganu meminta Mufti Perlis tampil sebagai orang tengah bagi membawa mereka yang terbabit dalam mubahalah dengan alasan Mohd, Asri tidak dipengaruhi manamana badan politik.

Bagaimanapun, Mohd. Asri berkata, apa yang lebih penting ialah tokoh yang menjadi orang tengah itu mempunyai pengetahuan agama yang tinggi dan diterima masyarakat meskipun beliau merupakan pemimpin politik.

Beliau turut menegur kesilapan fakta berhubung mubahalah yang dikaitkan sebagai kaedah “menjunjung al-Quran” sedangkan menurutnya dalam mubahalah, setiap orang akan memohon kelaknatan Allah ke atas dirinya jika berada di pihak yang salah.

Mufti Perlis itu percaya mubahalah yang tidak memerlukan wang atau modal akan menghapuskan prasangka dan hukumannya adalah adil.

Dalam mubahalah, seseorang yang dikaitkan perlu menyebut “Ya Allah! Jika aku lakukan apa yang dituduh ke atasku, maka laknatilah aku” manakala satu pihak lagi perlu menyebut ” Ya Allah! Jika dia tidak lakukan apa yang aku tuduh itu, maka laknatilah aku.”

Katanya, dalam isu yang melanda negara kini, seeloknya bermubahalah agar orang ramai tidak berbalah dan bertelingkah.

“Selepas bermubahalah, kita serah keputusan kepada Allah,” katanya.

Article source:

mSTAR Online

Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • blinkbits cakap-cakap
  • StumbleUpon
  • Technorati

This post was written by:

Political Guru - who has written 4248 posts on Voice of Malaysian.

We are a politically neutral platform specially set up for Malaysians like you to voice your opinions on the current issues of our country. Now everyone can be a politician. Share your views and your thoughts; give your suggestions and comments, and offer your solutions to the biggest problems in our country today. Besides politics we also have other topics such as Sports and the latest world news for you to comment. So go ahead, Voice Your Heart Out!

Contact the author

Leave a Reply

Site Sponsors

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Add to Technorati Favorites

Calendar

July 2008
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Archives

Voice of Malaysian

↑ Grab this Headline Animator