KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam kenyataan bagi mempertahankan Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini mendakwa tuduhan yang dilemparkan terhadap Timbalan Perdana Menteri itu hanya berdasarkan dengar cakap dan bermotifkan politik.
“Saya tidak tahu kenapa beliau (Datuk Seri Anwar Ibrahim) menjadikan Datuk Najib sebagai sasaran. Bukan Datuk Najib yang melaporkan perbuatannya. Saya fikir beliau sentiasa menyerang Datuk Najib. Mungkin beliau fikir Datuk Najib menjadi penghalang bagi beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri (atau) Perdana Menteri.
“Anwar tidak dapat menyertai Umno…Saya tidak fikir Umno akan menerimanya.
Tuduhan terhadap beliau (Najib) semuanya berdasarkan dengar cakap. Tidak ada bukti. Bila kata yang beliau lakukan sesuatu, perlu berikan bukti. Tidak boleh sukasuka kata
“Saya dengar seseorang lakukan ini. Itu bukan bukti,” kata bekas Perdana Menteri itu semasa ditemui pemberita selepas beliau mengunjungi Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad, yang berada di sini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan Negara Islam Membangun (D8).
Dr Mahathir mengulas tuduhan yang dibuat oleh Anwar, penasihat Parti Keadilan Rakyat, yang mendakwa Najib terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantunya Shaariibuu, yang ditemui mati dibunuh dengan kejam pada tahun lepas.
Tiga individu, termasuk penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda, menghadapi pertuduhan bunuh itu.
Minggu lepas, dalam satu lagi pendedahan menggemparkan, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, yang bekerja sebagai seorang daripada pembantu Anwar membuat laporan polis mendakwa dirinya diliwat oleh Anwar.
“Ada kempen bersepadu menyerang Najib. Saya tidak tahu kenapa. Bukan sahaja oleh Anwar, juga oleh seorang lagi, (penulis blog) Raja Petra (Kamaruddin), dan beberapa yang lain. Ada orang yang mendalangi semua ini, mungkin untuk menyekat Najib daripada kemungkinan mencabar Perdana Menteri,” dakwa Dr Mahathir.
Ditanya pendapatnya mengenai suasana politik semasa negara, beliau berkata:
“Saya fikir mereka (pentadbiran sekarang) tidak mahu bercakap mengenai politik lagi. Mereka mahu bekerja jadi saya akan tengok mereka bekerja.”
Kepada soalan lain sama ada suasana politik semasa negara akan menjejaskan ekonomi, beliau mendakwa ia boleh kerana keadaan sekarang tidak menggalakkan orang untuk datang ke Malaysia. BERNAMA
Article source:













October 19th, 2008 at 1:36 am
Kita orang melayu perlulah bangun! Kita tidak patut masih ditipukan oleh UMNO!!! UMNO hanya menjaga sendiri,bukan kita,anda boleh nampak kenyata ini dari pelbagai segi! Rasuah dan kepentingan sendiri ialah sifat Barisan Nasional!Sokonglah PKR,DAP dan PAS, kita juga perlu tahu walaupun kita nampak cina sentiasa mengawal eknonomi kita, tetapi kita perlulah lihat dari segi mereka, mereka juga fikir kita sentiasa mengawal politik! Selain ini, sekarang kita juga boleh nampak banyak melayu sudah menjadi kaya, mempunyai rumah besar dan kereta mewah!Kalau kita tak rajin mana nak dapat kemewahan? adalah sentisa mengantung terhadap kerajaan? Jikalau anda orang yang suka gantung terhadap kerajaan, maksudnya anda seorang yang malas!! malas tak boleh marah terhadap bangsa lain! Kita perlulah mencapai perpaduan!!Macam ni bila boleh capai perpaduan??? Kita perlu sentiasa ingat kita semua ialah bangsa Melaysia!