Perang mulut Ian Chin-Dr. Mahathir berterusan

Posted on 08 July 2008

SIBU: Perang mulut antara Hakim Ian Chin dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berterusan  kini hakim itu meminta Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini membuat laporan polis terhadap Dr Mahathir bagi komen dalam blog bekas perdana menteri itu.

Dalam kenyataan kepada media semasa mengendalikan prosiding perbicaraan petisyen pilihan raya bagi kerusi Parlimen Sarikei di Mahkamah Tinggi di sini yang bermula hari ini, Chin berkata adalah tidak betul bagi Dr Mahathir mencadangkan yang beliau melanggar peraturan semasa mengendalikan dua kes di mahkamah Kota Kinabalu.

Kedua-dua kes membabitkan Yayasan Sabah menyaman bekas pengarahnya, Datuk Syed Kechik Syed Mohamed, berhubung keuntungan daripada lesen khas pembalakan dan tebus guna tanah milik yayasan itu dan dua syarikatnya.

Chin berkata jika benar terdapat pelanggaran seperti didakwa di pihaknya, mahkamah rayuan tidak akan mengekalkan penghakimannya.

“Dan begitu juga keputusan saya bertepatan dengan isu yang saya putuskan yang memihak kepada Datuk Syed Kechik,” katanya.

Bercakap bagi pihak dirinya, Chin berkata beliau pernah melakukan kesilapan dalam membuat keputusan dan perkara itu akan berlaku di masa depan kerana beliau tidak mungkin terlepas daripada melakukan kesilapan.

“Saya menerima hakikat akan cabaran sebagai seorang hakim yang tidak mempunyai hak untuk merayu sepertimana litigan.

“Namun masih ada keistimewaan bagi seorang hakim Mahkamah Tinggi, iaitu beliau boleh melakukan kesilapan atau khilaf dalam membuat keputusannya kerana ada Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan untuk memperbetulkannya,” katanya.

Chin juga berkata sebab itu kenapa beliau dapat membuat banyak keputusan dalam seminggu atau sebulan dengan mengambil kira bahawa mahkamah rayuan akan membetulkan apa juga kesilapan yang dibuatnya.

“Mudah untuk membuat keputusan dalam kes yang dianggap sebagai tidak mempunyai sebarang kepentingan,” tegasnya.

Chin juga mendakwa pengkritiknya telah memutarbelikkan cerita yang tindakan beliau itu adalah kerana berpendapat Dr Mahathir telah menghalang kenaikan pangkatnya dan perkara itu terbukti tidak benar. BERNAMA

Article source:

mSTAR Online

Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • blinkbits cakap-cakap
  • StumbleUpon
  • Technorati

This post was written by:

Political Guru - who has written 4248 posts on Voice of Malaysian.

We are a politically neutral platform specially set up for Malaysians like you to voice your opinions on the current issues of our country. Now everyone can be a politician. Share your views and your thoughts; give your suggestions and comments, and offer your solutions to the biggest problems in our country today. Besides politics we also have other topics such as Sports and the latest world news for you to comment. So go ahead, Voice Your Heart Out!

Contact the author

Leave a Reply

Site Sponsors

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Add to Technorati Favorites

Calendar

July 2008
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Archives

Voice of Malaysian

↑ Grab this Headline Animator