Categorized | Cakap Cakap

Rujuk kes liwat ke Syariah akan ujudkan satu ‘precedent’?

Posted on 09 July 2008

PETALING JAYA: Kesediaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk merujuk kes dakwaan liwatnya kepada Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan adalah tanda awal bahawa kes-kes yang serupa dengannya akan dirujuk ke Mahkamah Syariah.

Ini juga akan mencatatkan satu precedent yang tidak pernah berlaku dalam sejarah perundangan Islam di negara ini sebelum kejadian ini.

Persoalannya sekarang, adakah mahkamah Syariah sudah bersedia untuk menghakimi kes rogol, liwat yang serupa ini? Bagaimana pula dengan mangsa-mangsa liwat, rogol yang ingin merujuk kes-kes mereka ke Mahkamah Syariah? Adakah mereka akan mendapat pembelaan? Tidakkah nanti orang yang dituduh terlepas kerana mangsa ’gagal’ mendapatkan empat saksi beriman ‘yang melihat kejadian itu berlaku’?

Adakah Enakmen Islam atau sistem perundangan Islam di negara kita sudah bersedia menghakimi kes-kes yang sebegini.

Yang lebih memusykilkan TIDAK mungkin orang yang menuduh dirinya diliwat dapat mengemukakan empat orang saksi beriman. Secara hukum logik, pernahkah kita terdengar kes liwat, rogol BERLAKU di hadapan empat orang saksi dan saksi-saksi beriman itu pula hanya melihat saja kejadian itu berlaku.

Langkah yang diambil oleh Anwar untuk merujuk kes dakwaan liwatnya sebagai menurut nasihat yang dibuat oleh Mufti Perak, Dato Harussani Zakaria. Atau adakah kerana tercabar dengan Saiful Bukhari Azlan yang berani bermubahalah di hadapan ulamak? Saiful juga turut mencabar Anwar untuk berbuat perkara yang sama.

Kenapa pendapat Dr Harussani yang dipegang oleh Anwar? Kenapa tidak pendapat Mufti-mufti lain atau tokoh-tokoh agama lain yang bersetuju Anwar bermubahalah? Adakah kerana seruan Dr Harussani berpihak kepadanya?

Dr Harussani berpendapat dalam kes orang yang menuduh dirinya diliwat (seperti Saiful) atau dirogol mesti mengemukakan empat orang saksi dan jika gagal boleh disebat 80 kali.

Adakah ini keadilan hukum Islam? Mangsa liwat dan rogol pula yang akan disebat kerana gagal mengemukakan empat orang saksi?

Isu liwat, menurut pemahaman Dr Harussani, terletak dalam bab jenayah (kazaf) dan orang yang menuduh (Saiful) mesti membawa saksi sebagaimana yang disyaratkan dalam kanun jenayah syariah, jika dia gagal, dia boleh dikenakan hukuman 80 sebatan.

Dr Harussani tegas berkata yang Anwar Ibrahim tidak perlu bermubahalah (sumpah laknat) seperti yang disyorkan oleh Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin tempoh hari kerana katanya ia tidak menepati undang-undang Islam.

Kata beliau lagi, kes isu liwat yang membabitkan Anwar adalah perkara yang menjatuhkan maruah dan tidak timbul soal perlunya orang yang mendakwa atau tertuduh untuk bersumpah.

Namun, pendapat ini disanggah oleh Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin.

“Mereka ini keliru antara seseorang yang mendakwa orang lain melakukan zina dengan orang yang mendakwa dirinya dirogol dan diliwat.

“Jika disamakan kaedah ini bererti mangsa-mangsa rogol dan liwat kena datangkan empat orang saksi dan kalau gagal  berbuat demikian, mereka akan disebat 80 kali. Inikah Islam yang mereka faham?

“Kesalahan memahami hukum beginilah yang akan mengelirukan umat Islam? Jika ini yang ditonjolkan pada masyarakat, maka orang akan anggap Islam itu zalim,” katanya lagi.

Sebelum ini, Dr. Asri  meminta kedua-dua individu yang dikaitkan dalam kes liwat iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan supaya ‘bermubahalah’ atau bersumpah laknat.

Anwar dan Mohd Saiful hendaklah bersumpah laknat dengan melafazkan: “Jika dia tidak melakukan liwat kepada saya, laknat Allah kepada saya, jika saya melakukannya, laknat Allah kepada saya.”

Menurut Dr Asri, “Seseorang yang mendakwa dirogol atau diliwat boleh menguatkan kes dan tidak semestinya mengemukakan empat orang saksi saja. Pendakwa boleh mengemukakan qarinah (bukti atau apa saja yang berkaitan) untuk membantu siasatan,” jelasnya.

Dr Asri bertanya, adakah mungkin selepas ini pihak-pihak berkenaan akan mencadangkan supaya wanita-wanita yang membuat aduan menjadi mangsa rogol datuk, bapa, atau orang lain kena membawa empat orang saksi dan disabit 80 sebatan rotan.

“Dapatkah dicari empat orang saksi beriman? Di mana pula di dunia ini ada orang yang dirogol disaksikan empat orang saksi beriman dan saksi-saksi itu pula akan hanya melihat saja tanpa melarang perbuatan itu?,” tanyanya lagi.

Dr Asri berkata, jika seseorang itu bermubahalah (bersumpah) tidak bermakna orang itu tidak akan dihadapkan ke mahkamah.

“Mubahalah lain, prosedur mahkamah lain. Mubahalah timbul akibat ada pihak yang tak percaya pada sistem kehakiman, percaya ada komplot, bila masyarakat tidak mempercayai satu sama lain, bila saksi dianggap palsu, mahkamah pula tidak boleh dipercayai.

Article source:

mSTAR Online

Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • blinkbits cakap-cakap
  • StumbleUpon
  • Technorati

This post was written by:

Political Guru - who has written 4248 posts on Voice of Malaysian.

We are a politically neutral platform specially set up for Malaysians like you to voice your opinions on the current issues of our country. Now everyone can be a politician. Share your views and your thoughts; give your suggestions and comments, and offer your solutions to the biggest problems in our country today. Besides politics we also have other topics such as Sports and the latest world news for you to comment. So go ahead, Voice Your Heart Out!

Contact the author

Leave a Reply

Site Sponsors

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Add to Technorati Favorites

Calendar

July 2008
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Archives

Voice of Malaysian

↑ Grab this Headline Animator