Categorized | Cakap Cakap

Bala ‘berehat’ untuk elak diganggu?

Posted on 10 July 2008

PETALING JAYA: Polis Bukit Aman telah berjaya mengesan Balasubramaniam dan telahpun mengambil keterangannya. Sumber terdekat memberitahu, Bala berada di negara jiran Singapura dan mengatakan perbelanjaan Bala ke negara jiran itu ditaja?

Spekulasi tentang ‘misteri’ kehilangan Bala bertiup kencang dengan bermacam teori. Setelah lima hari, baru jejaknya dapat dikesan. Itupun setelah mendapat bantuan polis Interpol.

Namun, pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Mohd Bakri Zinin enggan menyatakan negara mana Balasubramaniam berada pada ketika ini bagi mengelak daripada gangguan oleh mana-mana pihak.

Kata Mohd Bakri, proses mengambil keterangan daripada Balasubramaniam itu telahpun dibuat oleh beberapa pegawai polis dari Bukit Aman yang dihantar ke negara berkenaan.

“Kita telah menghantar beberapa pegawai ke negara berkenaan bagi mengambil keterangan daripada Balasubramaniam dan beliau kini masih berada di negara itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jejak mengesan Balasubramaniam berjaya hasil maklumat dari pihak berkuasa negara berkenaan.

Ketika ditanya tarikh tepat bila polis berjaya mengesan Balasubramaniam, beliau berkata :”Tidak perlu tahu bila tarikhnya, yang pasti pegawai kita telah berada di negara berkenaan dan mengambil percakapan Bala”.

Balasubramaniam dalam akuan bersumpah pertama bertarikh 1 Julai membuat pelbagai dakwaan yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu.

Bagaimanapun, beliau menarik balik tuduhan itu dalam akuan bersumpah keduanya pada 3 Julai lepas.

Selepas menarik balik tuduhan dalam akuan bersumpah kedua, Bala terus hilang. Pada hari Jumaat lepas, anak saudaranya R.Kumaresan, 27 membuat laporan polis mengenai kehilangan bapa saudara dan keluarganya di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields ,Kuala Lumpur pada pukul 5 petang Sabtu.

P.Balasubramaniam bersama isteri dan tiga anaknya masok kategori orang hilang. Kali terakhir Bala dilihat semasa berjalan keluar dari sebuah hotel di Kuala Lumpur pagi Jumaat bersama peguamnya selepas tarik balik akaun bersumpahnya berkaitan kes pembunuhan rakyat Mongolia Altantuya Shaariibu.

Pada malam Isnin, jam 11.30 malam Kumaresan menerima satu panggilan telefon dari Bala sendiri dan terungkai misteri kehilangannya dan dia sekeluarga selamat.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar meminta orang ramai menghormati hak privasi Balasubramaniam untuk tidak diganggu.

Sementara Datuk Seri Najib Razak pula ketika diminta mengulas desakan Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) supaya Bala dibebaskan, berkata: “Kita tak bertanggungjawab jaga dia… kena tanya dialah, mana kita tahu kat mana. Lagipun anak saudara dia dah jawab dia selamat,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku Ibrahim Pahlawan Melayu di sini.

Kelmarin, lebih 100 penyokong Hindraf mengadakan perhimpunan di Brickfields mendesak pihak berkuasa membebaskan Balasubramaniam dan mengugut akan menganjurkan protes besar-besaran jika permintaan itu tidak dipenuhi.

Article source:

mSTAR Online

Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • blinkbits cakap-cakap
  • StumbleUpon
  • Technorati

This post was written by:

Political Guru - who has written 4248 posts on Voice of Malaysian.

We are a politically neutral platform specially set up for Malaysians like you to voice your opinions on the current issues of our country. Now everyone can be a politician. Share your views and your thoughts; give your suggestions and comments, and offer your solutions to the biggest problems in our country today. Besides politics we also have other topics such as Sports and the latest world news for you to comment. So go ahead, Voice Your Heart Out!

Contact the author

Leave a Reply

Site Sponsors

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Add to Technorati Favorites

Calendar

July 2008
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Archives

Voice of Malaysian

↑ Grab this Headline Animator