Mahathir kritiktatkala MT dijadual bincang usul jawatan tidak ditandingi

Posted on 10 July 2008

PETALING JAYA: Beberapa jam sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) dan Taklimat Presiden Umno, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa perjalanan Umno kini telah ’dirampas’ daripada matlamat asas penubuhannya oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan keluarganya demi kepentingan mereka.

“Parti yang mereka (pengasas lalu) tubuh sudah dihi-jack oleh Abdullah untuk kepentingan diri dan keluarga sehingga hancur parti dibuatnya,” kata beliau dalam blognya hari ini - yang dipos beberapa jam sebelum MT mengadakan pertemuan bermula pukul 3 petang ini.

Dr. Mahathir mengulangi kritikan bahawa “seperti biasa dalam UMNO di bawah pemerintahan Abdullah apabila arahan diberi melarang parti daripada sesuatu tindakan, Presiden anggap dirinya tidak tertakluk kepada arahan ini.”

Kata beliau, berkempen untuk pemilihan dalam mesyuarat agung tidak dibenarkan, tetapi Presiden membawa semua pemimpin daripada bahagian untuk diarah supaya tidak mencabar sesiapa selain dirinya sebagai Presiden.

“Gula-gula diberikan kepada (Timbalan Presiden Umno), Datuk Seri Najib bahawa dia juga dikhendaki bebas daripada cabaran untuk Timbalan Presiden.

“Ini ditujukan kepada (Naib Presiden) Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ingin bertanding Timbalan Presiden.

“Jika Muhyiddin bertanding juga maka ini bermakna dia tidak setia kepada parti, pengkhianat, kerana tidak hormat arahan demokratik oleh Presiden,” katanya lagi.

Dr. Mahathir menambah, Najib akan dijanji peralihan kuasa akan dibuat pada 2010.

Sebaliknya, kata Dr. Mahathir, sebelum sampai tarikh keramat ini tuduhan akan dilempar terhadapnya supaya beliau ternampak tidak lagi layak untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Oleh itu, kata beliau, seorang yang dianggap lebih setia kepada Abdullah akan menggantinya.

“Pengganti tidak akan ambil alih jawatan Perdana Menteri pada 2010 kerana kurang pengalaman. Abdullah akan bermurah hati untuk mengisi jawatan itu hingga pilihan raya uUmum ke-13,” katanya dalam nada menyindir.

Oleh itu, kata beliau lagi, jika trend pemikiran rakyat berterusan Barisan Nasional akan kalah dalam pilihan raya umum ini dan Abdullah tidak akan jadi Perdana Menteri.

“Oleh itu tidak adalah jawatan yang hendak dialih kepada pengganti Najib,” kata Dr. Mahathir yang mengulangi pendirian yang sama dalam isu ini, yang dilontarkan tiga minggu lalu.

“Pengasas-pengasas UMNO daripada kubur mereka akan kutuk orang yang telah musnahkan parti yang mereka bentuk dan wujud guna untuk menebus maruah orang Melayu dan negara Malaysia,” katanya lagi.

mSTAR Online

Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • blinkbits cakap-cakap
  • StumbleUpon
  • Technorati

This post was written by:

Political Guru - who has written 4248 posts on Voice of Malaysian.

We are a politically neutral platform specially set up for Malaysians like you to voice your opinions on the current issues of our country. Now everyone can be a politician. Share your views and your thoughts; give your suggestions and comments, and offer your solutions to the biggest problems in our country today. Besides politics we also have other topics such as Sports and the latest world news for you to comment. So go ahead, Voice Your Heart Out!

Contact the author

Leave a Reply

Site Sponsors

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Add to Technorati Favorites

Calendar

July 2008
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Archives

Voice of Malaysian

↑ Grab this Headline Animator