Ketua Pengarah, dua Datuk, ditahan BPR kes rasuah dalam pengeluaran visa

Posted on 11 July 2008

PUTRAJAYA: Seorang Ketua Pengarah bergelar datuk dan dua lagi ahli perniagaan terkemuka juga bergelar datuk ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) dalam satu operasi yang bermula Selasa lalu hingga tengah malam tadi.

Kesemua mereka ditahan bersabit siasatan kes melibatkan wang suapan berjumlah RM500,000 membabitkan pengeluaran visa kepada warga asing.

Pengarah Siasatan BPR Datuk Shukri Abdull ketika ditemui di ibupejabat BPR di sini mengesahkan tangkapan itu dan berkata kesemua mereka ditahan di tempat berasingan di sekitar Lembah Kelang.

Ketua Pengarah berkenaan beserta enam yang lain itu telah pun dikenakan tahanan reman antara empat dan lima hari.

Menurut Shukri, turut dirampas daripada mereka yang ditahan ialah visa yang telah pun dikeluarkan Jabatan Imigresen kepada pekerja asing.

“Kita sudah pun mengenalpasti semua syarikat yang kita percaya terlibat dalam sindiket ini. Saya ingin menyeru mereka yang terlibat agar segera membuat laporan sebelum kita mengambil tindakan terhadap mereka.

“Kita juga percaya ada syarikat-syarikat membawa masuk pekerja asing lain yang terlibat dalam kegiatan ini dan kita sedang meneruskan siasatan,” katanya.

Menurutnya BPR mendapat maklumat mengenai kes itu daripada orang awam dan bertindak menjalankan siasatan sebelum mula membuat tangkapan pada Selasa.

Selain seorang penjawat awam dan dua ahli perniagaan terkemuka itu, katanya, mereka yang ditahan itu dipercayai anggota sindiket yang bertindak sebagai orang tengah dalam kes-kes pengeluaran visa yang dicurigai.

Mereka yang ditahan berumur antara 35 dan 64 tahun.

Article source:

mSTAR Online

Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • blinkbits cakap-cakap
  • StumbleUpon
  • Technorati

This post was written by:

Political Guru - who has written 4248 posts on Voice of Malaysian.

We are a politically neutral platform specially set up for Malaysians like you to voice your opinions on the current issues of our country. Now everyone can be a politician. Share your views and your thoughts; give your suggestions and comments, and offer your solutions to the biggest problems in our country today. Besides politics we also have other topics such as Sports and the latest world news for you to comment. So go ahead, Voice Your Heart Out!

Contact the author

Leave a Reply

Site Sponsors

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Add to Technorati Favorites

Calendar

July 2008
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Archives

Voice of Malaysian

↑ Grab this Headline Animator