Peruntukan qazaf tidak sesuai untuk dakwaan kes liwat Anwar

Posted on 11 July 2008

SAYA tertanya-tanya apakah agenda Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membuat laporan di bawah kesalahan qazaf terhadap Mohd. Saiful Bukhari Azlan. Lebih mengelirukan mengapa laporan ini khabarnya direstui oleh ulama-ulama di dalam Parti Islam Se-Malaysia (Pas)? Ia turut digembar-gemburkan oleh laman web harakahdaily, organ rasmi Pas.

Tindakan ini bukan sahaja mengelirukan malah jelas memburukkan imej agama Islam. Apa jenis agama memaksa orang membuat laporan diliwat atau dirogol harus mengemukakan empat saksi atau menghadapi hukuman?

Adilkah agama Islam jika orang bukan Islam melihatnya bersandarkan reaksi dan tindak-tanduk Anwar dan ulama-ulama dalam Pas ini?

Jika kita teliti, qazaf sebenarnya khusus kepada tuduhan zina, yakni persetubuhan suka sama suka diluar ikatan perkahwinan. Ini berdasarkan firman Allah dalam Surah an-Nur (ayat 4) yang bermaksud,

“Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik.

Peruntukan Qazaf sepatutnya hanya terpakai kepada penuduh yang berupa orang ketiga, yakni bukan di kalangan mereka yang terbabit sendiri dengan perbuatan tersebut. Ia bertujuan mengelakkan fitnah dan adu domba dalam masyarakat.

Sebaliknya dalam kes Datuk Seri Anwar, orang yang membuat tuduhan ialah mangsa sendiri. Saudara Saiful bukan pihak ketiga yang membuat tuduhan melulu. Sebaliknya beliau merupakan mangsa dalam isu ini (jika benar tuduhan tersebut).

Apa yang beliau lakukan ialah mengadu kepada pihak berkuasa. Jika beliau perlu membawa empat saksi untuk mengadu nescaya tiada satu pun kes liwat dan rogol dapat dibicarakan di Malaysia lagi.

Apa akan jadi kepada mangsa liwat dan rogol jika setiap mereka mahu membuat aduan maka harus membawa empat saksi? Perlu diingat liwat bukanlah persetubuhan suka sama suka. Perbuatan liwat sama dengan rogol, iaitu berlaku hubungan seks tanpa kerelaan pihak yang satu lagi.

Jika benar dakwaan Datuk Seri Anwar bahawa beliau dinasihati oleh para ulama, maka kita mahu tahu siapakah ulama-ulama memalukan Islam ini.

Para ulama harus menjadi pemikir, cendekiawan dan pakar. Malang bagi kita jika ulama yang ada dalam Pas dan PKR tidak pun mampu memahami makna dan perbezaan antara penuduh dengan pengadu.

Apa pula akan terjadi jika setiap perogol dan peliwat membuat aduan qazaf di pejabat agama bersandarkan pandangan ulama yang menasihati Anwar?

Pada hemat saya aduan ini bukanlah dinasihati oleh ulama sebenar tetapi hanya oleh orang-orang politik yang bertopengkan agama. Bagi menjaga nama baik Anwar maka satu penyelesaian politik perlu dilakukan.

Bagi mereka, cara terbaik ialah dengan menggunakan undang-undang Islam dan istilah-istilah Islam bagi memulihkan imej Anwar yang kian tercemar. Ini adalah kebiasaan politik Anwar dan Pas yang kerap kali mempergunakan Islam bagi melepaskan diri atau memulihkan imej politik mereka.

Malang sungguh bagi umat Islam di Malaysia, maruah agama bukan lagi sedang dicabar oleh kumpulan bukan Islam tertentu tetapi juga oleh pemimpin-pemimpin politik yang terdesak meraih sokongan.

Kesimpulan

Jalan terbaik buat Datuk Seri Anwar dan Saiful ialah melakukan Mubahalah seperti cadangan Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin dan beberapa tokoh ulama lain.

Sumpah ini sebenarnya lebih afdal berbanding laporan qazaf. Ini bersandarkan firman Allah, ayat 6-9 dalam surah an-Nur,

“Dan orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi yang mengesahkan tuduhannya itu hanya dirinya sendiri, maka persaksian seseorang yang menuduh itu empat kali bersumpah dengan nama Allah, sesungguhnya ia dari orang yang benar. Dan sumpah yang kelima hendaklah ia berkata: Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika ia dari orang yang berdusta.

“Dan menghindarkan hukuman seksa dari isteri itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya dari orang yang berdusta; Dan sumpah yang kelima hendaklah ia berkata; Bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang yang benar.”

Sungguhpun ayat ini memberi panduan kepada tuduhan zina oleh suami ke atas isteri tetapi kaedah ini pastinya lebih tepat dalam menyelesaikan masalah antara Anwar dan Saiful.

Saiful telah pun membuat aduan ia menjadi mangsa liwat Anwar. Anwar pula menafikan.

Benar ada undang-undang negara yang boleh menyelesaikan isu ini. Namun oleh kerana Anwar sudah menggunakan Islam sebagai alat untuk menyelamatkan diri, maka sewajarnya masalah ini turut diselesaikan secara Islam, tanpa mengenepikan prosedur jenayah sedia ada.

Saiful telah pun bersedia melakukan. Soalnya bersediakah Anwar?

Article source:

mSTAR Online

Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • blinkbits cakap-cakap
  • StumbleUpon
  • Technorati

This post was written by:

Political Guru - who has written 4248 posts on Voice of Malaysian.

We are a politically neutral platform specially set up for Malaysians like you to voice your opinions on the current issues of our country. Now everyone can be a politician. Share your views and your thoughts; give your suggestions and comments, and offer your solutions to the biggest problems in our country today. Besides politics we also have other topics such as Sports and the latest world news for you to comment. So go ahead, Voice Your Heart Out!

Contact the author

2 Comments For This Post

  1. hbg says:

    Bismillah,
    Siapa penulis ni?? Kes liwat ini katakan nya di selesaikan dgn mubahalah. Katanya petikan..
    Jalan terbaik buat Datuk Seri Anwar dan Saiful ialah melakukan Mubahalah seperti cadangan Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin dan beberapa tokoh ulama lain.

    Sumpah ini sebenarnya lebih afdal berbanding laporan qazaf. Ini bersandarkan firman Allah, ayat 6-9 dalam surah an-Nur,

    “Dan orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi yang mengesahkan tuduhannya itu hanya dirinya sendiri, maka persaksian seseorang yang menuduh itu empat kali bersumpah dengan nama Allah, sesungguhnya ia dari orang yang benar. Dan sumpah yang kelima hendaklah ia berkata: Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika ia dari orang yang berdusta.

    Dalam peristiwa liwat ini saiful yg menuduh kena liwat.
    JADI SAIFUL YG MENUDUH, JIKA DIA TIADA 4 ORG SAKSI MAKA DIA LAH YG LEBIH PATUT BERSUMPAH SEPERTI AYAT DIATAS.
    SY KIRA ANUAR TIDAK PERLU BERSUMPAH SEBAB DIA BUKAN PIHAK MENUDUH!!!
    Ayat tersebut saya kira adalah satu satu nya utk umat Mohd(saw) tidak bolih membuat tuduhan semata2 tanpa saksi yg benar.
    Pembicaraan Islam adalah lebih adil daripada apa2 undang yg di guna pakai dlm apa bentuk dan rupa sekali pun sekiranya kita mengetahuinya.
    wasalam..

  2. Tokey says:

    hahaha..saya cukup bersetuju dng you…ade ke patot mcm tu…mane punya education mengajar daa…this people will never grow. Too educated i guess pasal tu try manupulate public dng cite palsu die org…

Leave a Reply

Site Sponsors

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Add to Technorati Favorites

Calendar

July 2008
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Archives

Voice of Malaysian

↑ Grab this Headline Animator