Categorized | Cakap Cakap

Tags :

10,000 sertai Perarakan ‘Baju Hitam’ bantah buka UiTM kepada bukan Bumiputera

Posted on 12 August 2008



(Dikemas kini) SHAH ALAM: Hampir 10,000 penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) berarak ke Bangunan SUK Selangor di Shah Alam pagi tadi bagi membantah syor supaya pusat pengajian tinggi tersebut, berusia lebih lima dekad, dibuka kepada bukan Bumiputera.

Tinjauan mStar Online mendapati penuntut UiTM telah mula berkumpul sejak 7.30 pagi untuk bergerak secara konvoi - menaiki bas UiTM, kereta dan menunggang motosikal bagi melahirkan pendirian bantahan mereka.

Pada awalnya pihak penganjur menjangkakan kira-kira 2,000 orang sahaja akan menyertai perarakan tersebut.

Perarakan yang diberi nama “Perhimpunan UiTM Di Hatiku”  telah menyerahkan memorandum membantah syor tersebut kepada wakil Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ketika dihubungi sebentar tadi, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM, Luqmannulhakim Mohamad Idris berkata, pihaknya telah menyerahkan memorandum kepada wakil Menteri Besar Selangor pukul 10 pagi.

“Kami mendesak agar Menteri Besar memohon maaf dan menarik balik kenyataan tersebut (syor 10 peratus tempat di UiTM dibuka kepada bukan Bumiputera),” katanya.

Tindakan susulan termasuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Perdana Menteri dan Canselor UiTM akan ditentukan selepas reaksi Khalid, kata beliau.

“Kita telah merancang pelan tindakan secara terpeinci. Susulan fasa kedua dan ketiga akan diteruskan termasuk memohon perkenan Tuanku Canselor (Tuanku Mizan Zainal Abidin) bertitah agar UiTM tidak diganggu,” katanya.

Bercakap kepada media di hadapan pintu masuk Bangunan SUK, Luqmannulhakim berkata pergerakan bantahan hari ini bukanlah atas desakan oleh Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Seri Dr. Ibrahim Abu Shah atau mana-mana parti politik.

Tambah beliau agar isu pembukaan UiTM kepada bukan bumiputera tidak dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu untuk meraih simpati dan juga undi dalam pilihanraya kecil yang akan diadakan nanti.

“Kita melihat ini adalah taktik pihak tertentu menjelang pilihanraya kecil di Permatang Pauh nanti.

“Sekiranya tujuannya ialah untuk itu (politik), maka tolonglah hentikan kerana telah termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang ditubuhkan khas untuk Bumiputera,” katanya.

Diminta mengulas mengenai pendapat yang mengatakan percampuran pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera akan mewujudkan satu persaingan yang sihat, beliau tidak bersetuju dengan pendapat itu.

“Saya amat tidak bersetuju kerana telah terbukti seperti apa yang berlaku di universiti-universiti lain setiap kaum tertentu hanya akan bergaul dengan kaum mereka sendiri.

“Ini bukan persaingan yang sihat. Keadaan ini lebih bahaya jika wujudnya perasaan mementingkan kaum sendiri walaupun belajar dalam satu institusi,” katanya.

Tegas beliau walaupun UiTM terdiri daripada kaum Bumiputera sahaja, tetapi para pelajarnya telah dididik untuk menghormati agama, adat dan kepercayaan kaum lain.

Diminta mengulas mengenai pembukaan UiTM kepada pelajar antarabangsa, beliau berkata tindakan itu adalah bagi kepentingan jangka masa panjang.

“Kepentingan kita diperingkat pelajar sekarang ialah agar dapat mewujudkan jaringan hubungan dua hala dengan pelajar antarabangsa pada masa-masa akan datang,” katanya.

Dr. Ibrahim dijadual mengadakan sidang media di pejabatnya di Shah Alam pada pukul 2 petang ini.

Sementara itu, penuntut UiTM yang membanjiri perkarangan Bangunan SUK bersorak melaungkan kata-kata seperti ‘selamatkan UiTM’, ‘UiTM untuk bumiputera’ serta ‘hidup UiTM’.

Mereka juga memegang sepanduk yang bertulis ‘kami pertahankan hak bumiputera’, ‘kami bantah buka UiTM kepada bukan bumiputera’ serta ‘UiTM hak bumiputera’.

Pukul 9 malam tadi, wakil MPP UiTM telah mengadakan pertemuan dengan  Ibrahim bagi memaklumkan tindakan mereka pagi ini.

Ketika dihubungi malam tadi, Luqmannulhakim berkata: “Kami komuniti pelajar UiTM membantah keras pandangan (membuka UiTM) sedemikian.”

“Kami mendapati alasan bahawa tindakan mengkhaskan UiTM hanya kepada masyarakat Bumiputera menyebabkan pelajar Bumiputera kurang berinteraksi dan sebagainya adalah tidak benar,” kata beliau.

Malah, pada pukul 9 malam tadi, wakil MPP UiTM telah mengadakan pertemuan dengan Naib Canselornya, Prof. Datuk Seri Dr. Ibrahim Abu Shah bagi memaklumkan tindakan mereka.

Kata Luqmannulhakim, pada pertemuan itu pengurusan tidak menghalang MPP untuk mengambil langkah sedemikian.

Malah, tindakan ini hanya disertai pelajar UiTM, bukannya pengurusan dan kakitangan.
“Kami difahamkan pengurusan UiTM akan mengeluarkan kenyataan kemudian,” katanya.

Perarakan menyerahkan memorandum itu kepada kerajaan negeri merupakan langkah pertama, kata beliau.

“Selepas ini kami akan menyerahkan memorandum yang serupa kepada Perdana Menteri dan kemudian Yang di-Pertuan Agong yang juga Canselor UiTM. Ini akan dilakukan minggu depan,” katanya.

Mengulas lanjut, kata Luqmannulhakim, pihaknya akan menghimpunkan penuntut-penuntut UiTM di kampus induk di Shah Alam awal pagi esok sebelum berarak ke Bangunan SUK.

“Sehingga malam ini (Isnin) kami sudah memperoleh tandatangan menyokong memorandum bantahan daripada lebih 5,000 pelajar dan ia mungkin akan mencecah 10,000 orang esok,” katanya.

Kata Luqmannulhakim, pendirian kerajaan negeri Selangor dan Menteri Besar yang meminta 10 peratus diperuntukkan kepada penuntut bukan Bumiputera dan rakyat asing telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pelajar.

“Memorandum ini bertujuan meminta beliau (Menteri Besar Selangor) menarik balik kenyataannya kerana bertentangan dengan prinsip penubuhan UiTM sebagai sebuah institusi pengajian tinggi bagi melahirkan profesional di kalangan Bumiputera,” katanya.

Perhimpunan pelajar secara besar-besaran akan diadakan esok di Padang Kawad UiTM Shah Alam seawal pukul 7.30 pagi bagi mendapatkan tandatangan pelajar sebagai bantahan.

Sementara itu Naib Canselor UiTM ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

“Maaf, saya tak dapat nak beri komen mengenai perkara ini sehingga Menteri Pengajian Tinggi membuat kenyataan rasmi mengenai perkara ini,” katanya.

Beliau hanya akan memberi komen dalam sidang media khas yang akan diadakan di pejabatnya esok setelah Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengeluarkan kenyataan.

Dalam pada itu, mStar Online gagal mendapatkan komen Khaled berhubung isu ini.

Menteri Besar Selangor mencadangkan 10 peratus daripada jumlah semasa kuota pelajar di UiTM dibuka kepada bukan Bumiputera serta pelajar asing.

Khalid berkata, cadangan itu akan dapat mempertingkatkan kualiti pendidikan dan persaingan di kalangan pelajar institusi  pengajian tinggi (IPT) tersebut.

Menurut beliau, syor itu juga dianggapnya sebagai wajar dan tepat dengan usaha UiTM yang mahu melahirkan pelajar daripada golongan Melayu dan Bumiputera yang berdaya saing.

Beliau melahirkan pandangan itu ketika mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr. Halimah Ali dalam sebuah akhbar hari ini yang berpendapat UiTM perlu ‘dibuka’ kepada kaum lain jika ingin mewujudkan persaingan yang sihat.

Bagaimanapun, kata Khalid, cadangan yang dilontarkan ini perlu difikirkan sedalam-dalamnya daripada semua aspek agar tidak bercanggah dengan dasar penubuhan IPT itu dalam melahirkan generasi bumiputera yang berilmu dan berdaya saing.

Article source:

mSTAR Online

Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • blinkbits
  • StumbleUpon
  • Technorati

Share/Save/Bookmark

This post was written by:

Political Guru - who has written 3813 posts on Voice of Malaysian.

We are a politically neutral platform specially set up for Malaysians like you to voice your opinions on the current issues of our country. Now everyone can be a politician. Share your views and your thoughts; give your suggestions and comments, and offer your solutions to the biggest problems in our country today. Besides politics we also have other topics such as Sports and the latest world news for you to comment. So go ahead, Voice Your Heart Out!

Contact the author

13 Comments For This Post

  1. neoliberalbn says:

    May the 10,000 UiTM students be thrown to ISA camp and be locked away forever. Touchy close-minded ppl. Well, good also they stick together and learn crap from 1 another.

  2. Tokey says:

    Saya langsung tidak setuju dengan perarakan ini. Saya juga bekas pelajar uitm amat sedih dengan tindakan sesetengah pihak yang hanya mementingkan bangsa sendiri dan bukan kepentingan semua.

    Selama saya di UITM saya dapati quality and tahap kecergasan orang-orang melayu lain langsung tidak memuaskan. Ini adalah punca dimana melayu tidak dapat bergaul dengan bangsa-bangsa lain di Malaysia yang menyebabkan mentality mereka tidak berkembang dan tidak dapat berfikir lebih produktif.

    Bayangkan kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum hanya mementingkan kaum sendiri bukan kepenting negara.

    Bayangkan kita sebagai bangsa melayu jauh ketinggalan bukan sahaja dari aspek pemikiran malahan pertuturan dan kecergasan. Hampir 95% bangsa bukan melayu boleh bertutur bahasa English dengan fasih yang membolehkan mereka mempunyai career yang success dan maju lebih jauh dari melayu.

    Tapi kenapa kita masih ketinggalan jauh? Kita sebagai bangsa melayu perlu berpikir jauh dan menilai mengunakan pemikiran bukan kerana hasutan, nafsu atau kerana ada orang yang suka mengada-adakan cerita biar uitm hanya untuk orang melayu. Kenapa ini semua terjadi? Salah satu punca adalah kepentingan diri sendiri tanpa mementingkan kemajuan rakyat dan negara.

    Kepada yang terlibat dengan perarakan ini sedarlah. Ini semua untuk kepentingan politik bukan kepentingan rakyat dan negara. Berfikirlah sebelum membuat keputusan dan terlibat dengan perarakan seperti itu.

    Quran ada mengatakan “Semua manusia adalah sama. Semua manusia perlu dilayan dengan adil dan saksama”.

    Malaysia sudah Merdeka 50 tahun tapi kenapa masih ada yang masih berfikiran pendek mementingkan hanya untuk keperluan diri bukan untuk semua. Semua bangsa da memainkan peranan masing-masing dalam mencapai Kemerdekaan. Semua bangsa perlu hidup dengan harmoni seperti kita dizaman sekolah dimana kita bergaul tanpa mengira bangsa, kulit dan agama. Tiada niat menjatuhkan sesiapa. Tiada niat mengkhianati sesiapa. Tiada niat kepentingan “aku lagi besar dari kawan aku disekolah dulu”. Bayangkanlah kawan-kawan sekolah kita dahulu yang masih menderita sebagai seorang manusia. Bayangkanlah kawan-kawan kita disekolah dahulu merana tidak dapat menampung keluarga mereka kerana kepentingan diri sendiri. Bayangkanlah…

  3. Haikal says:

    Hey neoliberalbn,

    I agreed with you, but do you think they will do that to their own race? I don’t think so. You see, if other race do something like that they will put under ISA like what happened to HINDRAF. But if they do such things, nothing will happen.

    Clear example like what happened to the BAR Council meeting. Why they can show demonstration and our government not doing anything about it? Why aren’t they locked in jail? They did all that without any permission like what HINDRAF did. But why nothing happen to them? At least HINDRAF went to government and ask for permission even-though the whole things had been rejected. But this people, are they ask for it? No, definitely not. Where is the democracy here? Where is the being fair to others? Where is the law then?

    Law only meant for others not for them. That’s the main reason we having such problems. They should treats all the same. They should enforce the law to all not only to certain people. If this can’t be changed then I fully support New Government by Anwar. At least we can see what will happen when he become PM. At least we can see what he can do. At least we can see people are now clever enough to protect their rights. At least we as a Malaysian dare enough to do something for ourself as a Malaysian. I’m a Malay and proud to be a Malaysian but sad to say that there are no justice over other ethnics. It’s just simply not right.

    NO JUSTICE FOR ALL! HOPEFULLY GOD WILL SHOW US THE DIRECTION WHERE ALL HUMAN KIND CAN LIVE TOGETHER PEACEFULLY!

  4. Nameless Malaysian says:

    Tun Mahathir pernah berkata:
    “Pendapat saya ialah mereka yang bersemangat kebangsaan Melayu tidak harus utamakan hanya penguasaan bahasa ibunda sahaja tetapi juga melihat bangsanya bediri sama tinggi, duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa yang maju di dunia. Hanya dengan fasih bertutur kata dalam bahasa sendiri dengan ilmu pengetahuan yang cetek tidak akan menjadi bangsa kita mulia dan mampu bersaing dengan jayanya dengan bangsa-bangsa maju dan dianggap setaraf dengan mereka. ”
    Logik yang sama boleh digunapakai untuk memasukkan non-bumi ke dalam Uitm.
    bila menjustifikasikan ideanya untuk mengajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris.
    Orang Melayu bantah, kritik Tun bahawa Tun tidak majukan Bahasa Melayu. Belajar bahasa Inggeris bukan menjatuhkan Bahasa Melayu. Sebenarnya ia untuk menguatkan Bangsa Melayu supaya ilmu dalam Bahasa Inggeris dapat ditemui oleh Bangsa Melayu. Kecetekan fikiran menyebabkan tindakan perarakan. Protes bodoh. Memasukkan non-bumi sebenarnya akan menafaatkan Bangsa Melayu. Hanya orang yang takut kepada non-bumi akan protes. Kenapa takut?
    Takut non-bumi achieve better? atau takut tempat untuk org melayu kurang mampu kewangan tidak dapat peluang masuk Uitm? I like the first poster’s sentence “Well, good also they stick together and learn crap from 1 another.” ha ha ha

    Tak kan semua perkara kerajaan hendak “spoon feed”. Tak kan lecturer mesti bocorkan soalan exam kepada student di Uitm supaya mereka lulus. Lihatlah sendiri. Yang di”spoon fed” tidak berjaya di dunia luar. Syarikat-syarikat swasta berat nak ambil kerja lepasan institusi yang mono-race. Sebab takut mentality mereka sempit.
    Pernah non-bumi tidak mahu mohon institusi mono-kaum. Offer pun mereka tak hendak. No takers!
    Ini kah hasil UiTM selama ini? Mengeluarkan produk mentaliti sempit? Malu lah.
    Org yang bijak akan menerima kritikan dan berfikir.
    Org yang sempit mentaliti akan naik marah selepas baca komen ini.

  5. Haikal says:

    Saya cukup bersetuju dengan Nameless Malaysian…

    Kita sebagai rakyat Malaysia tidak harus mementingkan bahasa melayu sahaja. Untuk memajukan diri kita harus belajar bahasa lain, lagi-lagi bahasa english yang menjadi bahasa antara-bangsa.

    Mengapa harus takut kepada non-bumi? Saya mempunyai beratus-ratus kawan non-bumi and sehingga ke hari ini tidak seorang pun yang mempunyai masalah dengan saya. Kenapa? Kerana kami mementing sikap tolong-menolong untuk memajukan diri untuk masa depan. Non-bumi banyak membantu saya dalam mengecapi kejayaan yang ada pada saya sekarang kerana mereka mempunyai mentality untuk berusaha sendiri dan bukan “spoon feed”. Tidak cukupkan kerajaan kita telah “spoon feed” kita selama berpuluh-puluh tahun? Tidak cukupkan kita diberi hampir semua kenikmatan dan kelebihan? Cuba perhatikan non-bumi, walaupun tidak diberi kelebihan mereka tetap berjaya. Mereka mempunyai hidup yang lebih bermakna kerana semuanye adalah melaui usaha mereka sendiri.

    Saya juga bersetuju dgn you “Nameless Malaysian”.

    Saya mempunyai business sendiri sejak 5 tahun yang lepas. Sehingga sekarang, yang lebih perform dalam syarikat saya adalah bangsa lain. Melayu tetap tidak boleh perform. Saya sebagai seorang Melayu merasa amat sedih. Bukannye tidak diberi peluang, tapi bila diberi no results. Bila ditegur, esoknye resign. Lesap ntah kemana. Terlalu manja. Terlalu bodoh dan terlalu sempit untuk memikirkan teguran itu cuma untuk kemajuan diri.

    Selagi UITM dikuasai oleh orang-orang yang low mentality yang tidak memikirkan kemajuan untuk semua rakyat Malaysia, selagi itulah meraka tetap begini. Hidup dibawah tempurung. Hidup macam pengemis.

    The Success of a Product Depends On The Way You Produce It. With A Proper Ingredients. Good Quality Product Will Be In The Market Forever But Low Quality Ended Up Into Dustbin!

  6. AYIN says:

    MEMANG LA DARI SATU SEGI MACAM 2. TP PERNAHKAH SAUDARA TERFIKIR KENAPA YAND SATU INI JUGA DIJADIKAN ISU? ADA BERATUS LAGI IPT YANG MENAWARKAN PELUANG YG TAK TERHAD KEPADA KAUM LAIN. TAMBAHAN LAGI JANGAN SAMAKAN DENGAN HINDRAF. APAKAH KALAU MELAYU PERJUANGKAN HAK MELAYU DISEBUT RACIST? KEPADA SUADARA HAIKAL, APAKAH SEMUA MELAYU ITU SEPERTI ANGGAPAN SAUDARA? AMAT MALANG KERANA SAUDARA JUGA MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARI MEREKA YANG MASIH DIDALAM KERANGKA LAMA. SAYA MERUPAKAN BEKAS PELAJAR UITM JUGA MERUPAKAN PEMILIK SYARIKAT IT DAN PADA SAYA KAUM MELAYU SAMA SAHAJA DENGAN KAUM LAIN. CLIENT SAYA RAMAI MELAYU DAN SAYA SENANG BERURUSAN DENGAN MEREKA.

  7. iskandar says:

    Hello guy.. jgn jadikan nak tingkatkan persaingan sebagai alasan.. adakah Uitm takde kualiti?? adakah student Uitm tiada kualiti??? semua itu pendapat sampah.. dimana-mana universiti pun semua bansa tak kira melayu,cina atau india memang akan ada student yg hampas kelapa yg takde qualiti kerana malas.. malah student cina,india,melayu di universiti di luar negara pun sama ada yg bagus dan ada yg kurang kualitinya..
    Dan untuk rekod penguasaan bahasa inggeris dikalangan student Uitm adalah antara yg terbaik diMAlaysia berbanding Universiti awam bahkan universiti swasta yg majoritinya adalah bukan melayu…
    Dan juga wahai Haikal bukan kamu seorang sahaja yg berjaya bahkan beribu-ribu orang melayu yg berjaya tanpa bantuan kerajaan dalam perniagaan..

    The Top Public and Private Universiti in Malaysia and Asean,Uitm is one of the top 5.. UTAR dan SUNWAY pun takde dalam list tu jadi adakah itu bermakna UTAR,SUNWAY,INTI,TAYLOR student nya tidak berkualiti???

    dan satu lagi kenapa majoriti org cina dan india warganegara malaysia masih ramai yg tergagap-gagap nak bertutur dalam bahasa kebangsaaan???

  8. Haikal says:

    Kepada Saudara Ayin, saya tidak bermaksud menyakitkan hati sesiapa. Jika saya membuat saudara Ayin begitu saya meminta maaf. Yang saya maksudkan adalah kebanyakkan pelajar-pelajar UITM memang tidak berkualiti. Mostly memang tidak boleh perfom bila berhadapan dengan working reality. Itu sahaja maksud saya. Saya juga bekas student UITM jadi saya tidak mengatakan kesemua student UITM tidak berkualiti tetapi mostly. Saya pasti saudara Ayin sedar kebenaran itu.

    Dan kepada saudara Iskandar. Hanya sampah akan bercakap cara saudara Iskandar bercakap. Mana-mana pihak boleh jadikan mana-mana universiti atau institusi top 5 or top 1 jika diberi sogokan. Ini adalah biasa dikalangan mana-mana education industry. Mungkin saudara Iskandar tidak sedar semua itu kerana tidak terdedah dengan business world yang nyata. :)

    Tapi saya setuju dengan saudara Iskandar dalam satu aspek. Semua bangsa sama sahaja kalau dah memang dasar pemalas. Kalau dah malas memang tidak mengira bangsa dan memang tidak mengira jantina. Pemalas adalah tetap pemalas.

    Saya juga bersetuju dengan saudara Iskandar. Memang ramai orang melayu lain berjaya tanpa bantuan kerajaan dan saya tidak mengatakan saya seorang sahaja. Saya mengatakan begitu adalah semata-mata untuk menyuarakan dimana keadilan jika kite sesama manusia tidak diberi peluang yang sama kepada semua? Kerana non-bumi juga terlalu banyak contribution kepada negara especially during economic crisis 1997. Mereka adalah penyelamat negara kerana hutang-hutang yang ditanggung oleh kerajaan kita. Cuba saudara fikirkan kebaikan disitu. Saya cuma memperjuangkan keadilan itu sahaja. Mengapa kite perlu belaku tidak adil sesama manusia. Itu sahaja.

    UITM antara terbaik dalam penguasaan bahasa inggeris? Saya tidak bersetuju sama sekali. Kenapa? Mudah sahaja. Cuba saudara Iskandar perhatikan berapa banyakkah melayu bole bertutur bahasa inggeris? Kalau takat menulis anak saya yang berusia 10 tahun itu pun pandai. Tapi yang saya maksudkan adalah pertuturan dalam bahasa inggeris.

    Saya juga tidak bersetuju jika saudara Iskandar mengatakan UITM adalah antara terbaik bebanding dengan universiti lain or private university. Kalau dibandingkan dengan taraf university UITM jauh ketinggalan. Show me 10% dari beribu-ribu student kat UITM yang boleh bertutur bahasa inggeris dengan fasih. Saya pasti saudara Iskandar memang tidak akan jumpa. Tetapi saya boleh pastikan student-student di universiti lain especially non-bumi 99% boleh bertutur bahasa inggeris dengan lancar kerana mereka sedar itu adalah bahasa wajid dalam business and working environment. Dan saya boleh pastikan melayu diuniversiti swasta yang bergaul dengan other race boleh betutur bahasa inggeris dengan fasih. Mereka lebih cenderung kearah kejayaan dalam bidang kerja dan business.

    Dan bagi saudara Iskandar, memangla indian and chinese tergagap-gagap bertutur bahasa kebangsaan kerana itu bukan mother tougue mereka. Bahasa mereka lain. Dan itu semua dulu. Sekarang lain. Sekarang hanya mereka yang tidak berpelajaran sahaja tergagap-gagap or segelintir yang tidak fasih bahasa kebangsaan. Tetapi most indian and chinese sekarang amat fasih sampai tidak pasti sama ada mereka ni muslim or not.

    Anyway, kalau saya terkasar bahasa saya mohom maaf. Saya cuma mempertahankan keadilan perlu disemua aspek. Bukan sahaja dikalangan bangsa sendiri sahaja. Tidak ada agama mengajar kita hanya adil pada bangsa sendiri dan saya pasti saudara Ayin dan saudara Iskandar sedar itu semua. Why not kita pertahankan keadilan untuk semua daripada ajaran-ajaran serong yang dibuat oleh sebilangan orang yang hanya mementingkan diri sendiri. Contohnya Our so called POLITICIAN!

  9. Nameless Malaysian says:

    ASIA’S BEST UNIVERSITIES 2000

    52 Putra University of Malaysia (UPM) Multi-Disciplinary
    57 Science University of Malaysia (USM) Multi-Disciplinary
    30 Technological University of Malaysia Science and Technology
    47 University of Malaya Multi-Disciplinary

    (http://cgi.cnn.com/ASIANOW/asiaweek/features/universities2000/rank_country/index.html)

  10. Nameless Malaysian says:

    Sorry, I also used the word “bodoh”. I withdraw the unparliamentary word, guys.

  11. Political Guru says:

    Hi guys,

    Thanks for participating at my blog. I really appreciated it and please post more :)

    Just to make few things clear. We are here to share our common sense and knowledge. Not to fight by using some words that irritates others. Haikal. I will be glad if you can use proper words and avoid using “bodoh” and such kind of words. We are here to share and suggest the best solution for Malaysian so that everyone will benefits from our discussion. We are here to make the difference not to follow others. We don’t have to fight.

    We are educated! We have manners! And We Are Good Malaysian!

    Let’s Voice Out Heart With The Right Way And Hopefully We Will Be Able To Make The Difference For All.

    Keep posting guys. And to all of you, if you’re interested to become editor do email me. Read Editors menu for further information. You guys will have extra privileges.

  12. Political Guru says:

    Hi Nameless,

    Apologies accepted. :) Welcome to VoiceofMalaysian. Keep posting and share your ideas. We here, will be glad and happy to see you all contributing valuable information and valuable suggestion. Hopefully, we can create a blog with a vision; to create a better place for Malaysian regardless race or religious.

    You’ve just made the difference Nameless. God Blessed You!

    Cheers! :)

    Political Guru

  13. Haikal says:

    Hi Political Guru,

    I’m sorry as well. I won’t use such words anymore. Promised! Sorry guys!

    Anyway, Nameless, great info. I guess now Iskandar realized something. I guess he feel great providing fake info. Fake info not going to bring you anywhere bro. It’s not too hard being honest at least to yourself.

    Hey PG, count me in your editor group. I’ve emailed you some of the info you need. And just to share few things; I like your vision and I like what you’re trying to do here. Keep it up bro. Hopefully, we can create a better place for Malaysian.

Leave a Reply

Site Sponsors

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Add to Technorati Favorites

Calendar

Archives

Authors