Archive | August 17th, 2008

Tahu laporan perubatan terbaru, polis; Anwar tetap tolak syor bersumpah

Posted on 17 August 2008

(Dikemas kini) PERMATANG PAUH: Sambil mengulangi tidak perlu bersumpah atas al-Quran, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau mengetahui kandungan laporan perubatan kedua, kendalian Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan juga laporan polis berhubung dakwaan liwat yang dihadapinya. Sehubungan itu, beliau mahu mahkamah mengarahkan kes tersebut ditarik balik apabila ia disebut semula bulan depan. Malah pada sidang [...]

Tags: ,

Anwar: BN guna dua strategi kurangkan majoritinya

Posted on 17 August 2008

BUKIT MERTAJAM: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa beliau mendapat maklumat bahawa Barisan Nasional (BN) akan menggunakan dua strategi kotor bagi mengurangkan undi majoritinya pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini. BN akan berkempen dari rumah ke rumah meminta para penduduk di Permatang Pauh agar tidak [...]

Tags:

Mursyidul Am PAS: Nafi laporan akhbar, anggap sumpah Saiful karut

Posted on 17 August 2008

IPOH: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan laporan akhbar hari ini yang menyiarkan kenyataannya bahawa sumpah yang dilakukan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah mengikut kaedah Islam. “Semalam saya kata macam ni. Sumpah dalam Islam ialah dengan menyebut Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Bukan dengan memegang al-Quran,” jelasnya. Nik Aziz berkata, sumpah dengan [...]

Tags: ,

Atas nasihat Wan Azizah, Anwar mahu ‘mesra’ wartawan

Posted on 17 August 2008

PERMATANG PASIR: Selepas menggunakan hampir 30 minit sidang media pagi ini dengan mengkritik beberapa media arus perdana yang disifatkannya sebagai tidak berlaku adil dan saksama, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui beliau sebenarnya tidak marah dengan wartawan yang membuat liputan di lapangan. Sambil menarik perhatian kira-kira 100 wartawan bahawa atas nasihat isterinya Datuk Seri Dr. Wan [...]

Tags:

Calon AKIM belum mula kempen agresif

Posted on 17 August 2008

PERMATANG PAUH: Ketika dua calon lain telah memulakan kempen pilihan raya masing-masing sejurus selepas penamaan calon semalam, Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), Hanafi Mamat belum memulakan kempen agresif. “Saya sekarang berada di Kota Bahru dan akan balik (ke Permatang Pauh) Selasa, Rabu ini,” kata beliau ketika dihubungi petang ini. Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif [...]

Tags:

Galeri gambar ‘demam’ pilihan raya Permatang Pauh

Posted on 17 August 2008

Calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) bersama isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail ketika sidang media di Bilik Gerakan Utama Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Penanti dekat sini, pagi ini. Calon BN Datuk Ariff Shah Omar Shah (kanan) beramah bermesra dengan penyokong-penyokong PKR dan DAP ketika mereka membuat kempen pilihan raya kecil Parlimen [...]

Fakta Penamaan Calon Permatang Pauh

Posted on 17 August 2008

FAKTA PENAMAAN CALON PILIHAN RAYA KECIL PERMATANG PAUH: Calon – Datuk Arif Shah Omar Shah (Umno – Barisan Nasional) – Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR – Pakatan Rakyat) – Hanafi Mamat (Presiden AKIM – Dr. Mansor Othman (Anggota Majlis Tertinggi PKR, tapi tarik diri) Bilangan penyokong dianggar berkumpul: Lebih 20,000 Pegawai Pengurus: Roslan Yahaya, Pegawai Daerah, Seberang [...]

Tags:

Pemimpin PKR tarik diri hilang wang deposit

Posted on 17 August 2008

BUKIT MERTAJAM: Anggota Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Mansor Othman yang mengejutkan banyak pihak dengan menyerahkan borang penamaan calon ‘mencabar’ Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi menarik balik dua jam kemudian, hilang wang deposit RM10,000. Mansor mengambil pendirian untuk menarik diri daripada bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh kira-kira 90 minit [...]

Tags:

Nombor tiga petanda baik bagi Arif Shah mulakan kempen pilihan raya

Posted on 17 August 2008

BUKIT MERTAJAM: Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah berkata, beliau begitu bersemangat untuk berjuang memenangi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh walaupun menghadapi ketua lamanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Arif Shah, 51, juga menyifatkan kedudukannya sebagai calon nombor tiga dalam kertas undi pada pilihan raya kecil pada 26 Ogos ini sebagai petanda baik untuk beliau [...]

Tags:

Sumpah Saiful untuk jatuhkan Anwar – Wan Azizah

Posted on 17 August 2008

BUKIT MERTAJAM: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, sumpah yang dibuat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan semata-mata bertujuan menjatuhkan maruah dan karier politik suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Katanya, bekas pembantu peribadi kepada Penasihat PKR itu sengaja menimbulkan perkara itu bagi menghalang hasrat suaminya itu daripada memenangi kerusi [...]

Tags:

SEo Top Ranking Guaranteedgenting permai resort vacationAdvertise Here

Site Sponsors

Calendar

Your Banner Here

Archives

Voice of Malaysian

↑ Grab this Headline Animator


Ads By CbproAds