Archive | August 18th, 2008

6 kotak rahsia masih dipegang Anwar – Ezam

Posted on 18 August 2008

PERMATANG PAUH: Di mana enam kotak rahsia sekarang? Bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ezam Mohamad Nor berkata, “ia masih dalam milikan Anwar.” “Jika hendak tahu di mana enam kotak (yang dikatakan rahsia besar) ada sekarang, kena tanya pada Anwar. Jangan tanya saya,” kata beliau ketika ditemui selepas selesai berkempen di kawasan Permatang Rawa Hujung [...]

Tags:

Calon BN: Sokongan baru meningkat 5 peratus

Posted on 18 August 2008

PERMATANG PAUH: Selepas kempen dua hari pertama, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah berkata, sokongan kepada beliau mula meningkat dalam sekitar lima peratus berbanding kedudukan sebelum hari penamaan calon. Sehubungan itu, kata Arif Shah, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Seberang Jaya, beliau optimistik dengan peluang untuk menang. “Sebelum ini saya melihat peluang [...]

Tags:

Anwar: ‘Saya tak cukup dana kempen pilihan raya’

Posted on 18 August 2008

PERMATANG PAUH: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak mempunyai dana yang cukup bagi menaja makan dan minum para penyokongnya yang hadir pada setiap ceramahnya. “Puluhan ribu yang datang tetapi air pun tak ada. Saya tak mampu… Saya juga tidak mempunyai saham atau tanah,” kata beliau kepada kira-kira 100 orang [...]

Anwar tetap tolak syor bersumpah, Abdullah percaya Saiful serius

Posted on 18 August 2008

(Mutakhir) SEBERANG JAYA: Kira-kira lapan jam selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan yang beliau sudah mengetahui kandungan laporan polis dan tidak akan sama sekali bersumpah berhubung isu meliwat, Perdana Menteri yakin Mohd. Saiful Bukhari Azlan telah melakukan sumpah kerana merasakan ia sebagai “sesuatu yang serius” bagi dirinya. Bagaimanapun kata beliau, terserah kepada Anwar untuk menyahut seruan Saiful agar turut melakukan demikian. [...]

Tags: ,

Kempen masih dingin, Saiful tetap isu panas

Posted on 18 August 2008

(ANALISIS) – Kempen dua hari pertama berakhir malam tadi dengan kehadiran pemimpin-pemimpin kanan parti bertanding. Mereka termasuklah Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi; Timbalannya dan Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak di pihak Barisan Nasional. Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang hadir pada hari penamaan calon, tidak muncul malam tadi sebagaimana [...]

Tags: ,

Masih awal pembangkang bentuk gabungan rasmi – Hadi

Posted on 18 August 2008

IPOH: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, masih terlalu awal bagi parti-parti pembangkang dalam Pakatan Rakyat membentuk sebuah badan gabungan rasmi. “Kami (parti pembangkang) masih belum layak untuk menubuhkan satu gabungan parti politik kerana memerlukan syarat-syarat mengikut undang-undang, seperti cukup jumlah anggota,” katanya. Bercakap pada sidang akhbar selepas tamat Muktamar PAS Ke-54 di Stadium [...]

Tags:

PAS dapat persetujuan Muktamar teruskan muqabalah dengan Umno

Posted on 18 August 2008

IPOH: Setelah tiga hari hangat membincangkan isu muqabalah antara PAS dan Umno, muktamar tahunan PAS ke-54 berakhir hari ini dengan keputusan tegas memberikan kepercayaan kepada barisan kepimpinan untuk meneruskan pertemuan bersemuka dengan Umno. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, para perwakilan telah bersetuju menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk membuat keputusan bagi meneruskan [...]

Tags:

Sentuh isu peribadi, Nik Aziz sedia bertumbuk

Posted on 18 August 2008

IPOH: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan kesediaannya untuk bertumbuk jika isu peribadinya disentuh oleh pihak-pihak tertentu. “Kalau masa saya muda kemudian jadi begini, saya akan bertumbuk,” katanya ketika diminta mengulas mengenai dakwaan beberapa penyokong Barisan Nasional (BN) yang menggunakan gambar-gambar yang tidak senonoh bagi tujuan menjatuhkan maruah calon Parti Keadilan [...]

Tags: ,

Mahathir cabar Anwar turuti langkah Saiful bersumpah

Posted on 18 August 2008

SERDANG: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencabar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengikuti langkah Mohd Saiful Bukhari Azlan (gambar bawah) mengangkat sumpah untuk membuktikan beliau tidak bersalah. “Anwar sepatutnya membuat perkara yang sama, bukannya hanya terus berceramah di merata tempat untuk membuktikan yang dia tidak bersalah,” katanya [...]

Tags:

Peguam Syarie: Saiful harus kemuka keterangan di mahkamah, bukan di publik

Posted on 18 August 2008

KUALA LUMPUR: Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, sepatutnya mengemukakan segala dakwaan atau keterangan di mahkamah dan bukan di tempat awam serta disiarkan media, kata Setiausaha Agung Persatuan Peguam Syarie Malaysia Musa Awang. Beliau berpendapat, tindakan Mohd Saiful bersumpah laknat seolah-olah tidak menghormati dan mencabar [...]

Tags: ,

SEo Top Ranking Guaranteedgenting permai resort vacationAdvertise Here

Site Sponsors

Calendar

Your Banner Here

Archives

Voice of Malaysian

↑ Grab this Headline Animator


Ads By CbproAds