Ulama Pulau Pinang tolak sumpah Saiful, mahu Mahkamah Syariah dengar kes liwat

Posted on 19 August 2008



PERMATANG PAUH: Persatuan Ulamak Malaysia Pulau Pinang (PUMPP) berkata, kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak harus didengar di Mahkamah Sivil, malah sumpah yang dilakukan oleh Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada Jumaat lalu tidak wajar dilaksanakan sebelum proses kehakiman berlandaskan Islam diselesaikan.

“Kami berpendapat kes ini tiada kewajaran untuk didengar (sebab tiada empat saksi) dan ia juga hanya harus didengar di Mahkamah Syariah,” kata Yang Dipertua PUMPP, Dr. Wan Salim Wan Mohd. Nor pada sidang media di sebuah restoran di Seberang Jaya pagi ini, lokasi tidak jauh dari tempat pelancaran tema kempen Anwar pada pukul 11 pagi ini.

Bagaimanapun Wan Salim menafikan tindakan mereka ini ada niat politik menyokong kempen pilihan raya kecil Anwar di Permatang Pauh sekarang.

“Pada asasnya, Islam meletakkan peraturan yang jelas bagi memungkinkan keadilan dicapai melalui proses kehakiman dan pembuktian terlebih dahulu sebelum sebarang sumpah dilafazkan.

“Sumpah sebegini tidak wajar dilaksanakan sebelum proses kehakiman diselesaikan,” kata beliau.

Kata beliau, budaya bersumpah ini akan memberi kesan buruk antara lain kepada pelaksanaan sistem kehakiman Syariah di negara ini apabila pada masa akan datang pelbagai pihak boleh menggunakannya sebagai precedent bagi mendahulukan sumpah sebelum proses kehakiman dapat dilakukan.

“Proses pembuktian dan pengadilan akan diketepikan dan pihak yang bersalah boleh memilih untuk menggunakan sumpah bagi menyelamatkan diri daripada hukuman,” katanya lagi.

Kata beliau, PUMPP juga berpendirian bahawa Saiful yang mendakwa diliwat tidak ada keperluan untuk melafazkan sumpah memandangkan dia adalah pihak yang membuat pertuduhan.

“Dalam Syariat Islam, kes ini diklasifikasikan sebagai kes Hudud dan pendakwa wajar membawa bukti mengikut Syarak bahawa perlakuan liwat berlaku dan perkara ini akan dibicarakan di mahkamah selaras kaedah feqah, dan pihak pendakwa perlu mengemukakan bukti empat orang saksi manakala yang menafikan dikehendaki bersumpah,” katanya.

Isu bersumpah Saiful bukan sahaja menjadi perhatian pihak bukan politik, malah mendapat fokus sebagai bahan kempen dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Article source:

mSTAR Online

Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • blinkbits
  • StumbleUpon
  • Technorati

Share/Save/Bookmark

This post was written by:

Political Guru - who has written 3813 posts on Voice of Malaysian.

We are a politically neutral platform specially set up for Malaysians like you to voice your opinions on the current issues of our country. Now everyone can be a politician. Share your views and your thoughts; give your suggestions and comments, and offer your solutions to the biggest problems in our country today. Besides politics we also have other topics such as Sports and the latest world news for you to comment. So go ahead, Voice Your Heart Out!

Contact the author

3 Comments For This Post

  1. hbg says:

    Cakap2,
    Saya tidak nafikan memang saya ketingalan sedikit. Selalu saya dengar persatuan bola sepat malaysia, persatuan perniagaan cina, persatuan orang2 tua, dll. Sekarang baru dengar persatuan Ulama malaysia, pulau pinang. Hmmm. apa manifesto persatuan ini? bbrp yuran masok persatuan ini?? Apa syarat nak jadi ahli persatuan ini?
    Saya rasa saya setuju comment PUMPP dan sogok 100%.
    Yang menurut perentah.

  2. hbg says:

    Cakap2,
    Sedikit pembetulan bukan sogok 100%, sokong 100% maaf.

  3. ct says:

    Tolong beri maklumat berkaitan program yang disusun oleh persatuan ulamak malaysia untuk pelajar-pelajar lelaki umur antara 15 tahun - 10 tahun bagi mendekatkan diri dan mendalami agama islam dan penghayatan Al-Quran .

Leave a Reply

Site Sponsors

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Add to Technorati Favorites

Calendar

Archives

Authors

Voice of Malaysian

↑ Grab this Headline Animator