Archive | August 22nd, 2008

3 versi senarai ‘Kabinet’ Anwar muncul di Permatang Pauh, Parlimen

Posted on 22 August 2008

(Dikemas kini) KUALA LUMPUR: Demam pilihan raya kerusi Parlimen Permatang Pauh turut merebak ke ibu negara apabila risalah keanggotaan Jemaah Menteri 2008 pimpinan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, tersebar meluas di lobi Parlimen hari ini.
Sekurang-kurangnya tiga versi senarai muncul di Permatang Pauh sejak kelmarin – hari keempat kempen pilihan raya kecil kerusi tersebut.
Masing-masing parti utama yang bertanding [...]

Tags:

Anggota polis akan mengundi Sabtu ini

Posted on 22 August 2008

BUKIT MERTAJAM: Seramai 490 anggota polis akan mengundi pos pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh pada Sabtu ini, dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang bersedia untuk memastikannya berjalan dengan lancar.
Penolong Pegawai Pengurus Undi Pos SPR, Azizal Ahmad berkata proses pengundian oleh anggota polis akan diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah dekat [...]

Tags:

Anwar dakwa pemimpin asing sedia bantu beliau

Posted on 22 August 2008

BUKIT MERTAJAM: Hampir di setiap ceramah, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pasti menyebut nama-nama pemimpin asing yang menurutnya memberi sokongan kepada beliau dalam usahanya memenangi hati pengundi di Permatang Pauh.
Antara nama yang disebut ialah bekas Presiden Indonesia Gus Dur atau Abdurrahman Wahid, bekas Presiden Filipina, Joseph Estrada, ulama terkenal Yusof Qardhawi [...]

Tags:

Guan Eng dakwa Chong Wei dimanipulasi oleh BN

Posted on 22 August 2008

KUALA LUMPUR: Pemenang pingat Perak Sukan Olimpik, Lee Chong Wei didakwa telah dimanipulasi oleh jentera Barisan Nasional menjelang pilihan raya kecil Permatang Pauh 26 Ogos ini.
Demikian komen Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika mengulas mengenai majlis pemberian cek berniali RM300,000 oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Chong Wei di [...]

Tags:

Calon AKIM yakin dapat 40 peratus undi, tiada niat jadi PM

Posted on 22 August 2008

BUKIT MERTAJAM: Calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), Hanafi Mamat, antara tiga muka yang bertanding dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh tidak berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia, tetapi sanggup memikul tanggungjawab tersebut jika keadaan mendesak.
“Niat saya bukan menjadi Perdana Menteri, tetapi untuk menstabilkan negara dan menyemai perpaduan di kalangan rakyat,” kata beliau ketika ditemui di [...]

Tags: ,

Isu Melayu: Anwar tidak tetap pendirian – Hishammuddin

Posted on 22 August 2008

BUKIT MERTAJAM: Janji Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membuka ruang kepada bukan Melayu memasuki Universiti Teknologi Mara (UiTM) semata-mata bertujuan menarik sokongan bukan Melayu kepadanya, kata Ketua Pemuda UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak tetap pendirian berhubung isu Melayu hingga sanggup mengorbankan kepentingan bangsanya demi kepentingan politik [...]

Tags:

Najib: Anwar pernah desak luluskan Sabah lesen empat ekor

Posted on 22 August 2008

BUKIT MERTAJAM: Datuk Seri Anwar Ibrahim, semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri, pernah menghentak meja dan membuang fail meminta kerajaan Sabah meluluskan lesen empat ekor kepada syarikat yang beliau mempunyai kepentingan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Timbalan Perdana Menteri berkata, kejadian itu berlaku semasa Datuk Yong Teck Lee menjadi Ketua Menteri Sabah.
“(Beliau) nak lesen itu kerana [...]

Tags:

PAS mula kurangkan sokongan kepada Anwar?

Posted on 22 August 2008

(FOKUS BERITA): “Penyokong-penyokong PAS sudah mula berjauhan daripada PKR (di Permatang Pauh). Benar?” Ini antara kandungan mesej SMS diterima awal pagi semalam.
Apakah Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dilihat sebagai parti  ‘pilihan’ berbanding Barisan Nasional (BN) akan memperoleh sokongan sepenuhnya dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh sebagaimana diperoleh 8 Mac lalu.
Calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah ketika [...]

Tags:

Anggota exco dan empat lain yang ditahan reman dibebaskan

Posted on 22 August 2008

EXCO Pelancongan, Pembangunan Insan dan NGO yang juga ADUN Changkat Jering, Kapten (B) Osman Mohd Jailu (kanan) dan bekas Ahli Parlimen, Kapten (B) Usaili Alias (dua dari kanan) dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengangkat tangan selepas dibebaskan di pejabat BPR hari ini.
IPOH: Seorang anggota Exco kerajaan negeri Perak dan empat yang lain yang ditahan reman [...]

Tags:

‘Saya imam sah, memang ahli Pemuda Umno’ – Ramlang saksi sumpah Saiful

Posted on 22 August 2008

MOHD. Saiful Bukhari Azlan bersalam dengan Ustaz Ramlang Porigi selepas menyempurnakan upacara bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan pada Jumaat lalu.
(Dikemas kini) PETALING JAYA: Ustaz Ramlang Porigi yang menyaksikan upacara bersumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan pada Jumaat lalu menafikan dakwaan yang tersebar dalam internat bahawa beliau bukan seorang imam bertauliah, sebaliknya hanya bilal.
“Dakwaan itu mungkin dirujuk kepada jawatan saya dalam Jabatan [...]

SEo Top Ranking Guaranteedgenting permai resort vacationSEo Top Ranking Guaranteed

Site Sponsors

Calendar

Archives

Voice of Malaysian

↑ Grab this Headline Animator


Ads By CbproAds