Pencalonan Rafidah dibuat kerana arahan

Posted on 20 November 2008

IPOH: Pencalonan yang diberikan oleh Wanita Umno Bahagian kepada Tan Sri Rafidah Aziz untuk mempertahankan jawatan Ketua Wanita Umno adalah kerana arahan dan bukannya kehendak sebenar anggota akar umbi, kata Naib Ketua Wanita Umno Perak Datuk Rusnah Kassim.

Kenyataan beliau disokong oleh anggota exco Wanita Umno Datuk Khamsiyah Yeop yang menjelaskan bahawa 117 pencalonan yang diterima oleh Rafidah adalah “sekadar di atas kertas” dan tidak boleh diguna pakai untuk mencerminkan kehendak sebenar anggota pergerakan itu yang mahukan gandingan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Datuk Kamilia Ibrahim.

Mereka berkata demikian pada satu sidang akhbar di sini bagi mengumumkan bahawa 22 daripada 24 bahagian Wanita Umno di Perak kini mahu agar peralihan kuasa daripada Rafidah kepada Shahrizat dipercepatkan dari Jun ke Mac tahun depan.

“Kami berhasrat untuk mempunyai ketua pada Mac ini dan bukannya pemangku,” kata Rusnah.

Beliau berkata bahawa dalam mesyuarat perwakilan masing-masing dari 9 Okt hingga 9 Nov lepas, bahagian-bahagian yang mencalonkan Rafidah bagi jawatan Ketua Wanita berbuat demikian bukan berdasarkan kehendak sebenar akar umbi sebaliknya kerana mengikut arahan.

Di Perak, sembilan bahagian mencalonkan Rafidah untuk kekal sebagai ketua manakala 15 lagi mencalonkan Shahrizat.

Khamsiyah, yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Lenggong, berkata : “Saya akui memang perwakilan mencalonkan Rafidah sebagai ketua dan Shahrizat sebagai naib. Ini adalah arahan dan persetujuan bersama mengikut peralihan ketika itu di mana kita diminta mencalonkan dan kita patuh kepada keputusan exco, tetapi apabila melihat situasi sekarang, kita juga merasakan kita perlu kepada ketua dan bukan pemangku.”

Beliau berkata, sekiranya Rafidah bertegas untuk kekal sehingga Jun, itu bermakna Wanita Umno hanya akan dipimpin oleh seorang pemangku sehingga pemilihan seterusnya dan ini akan memberi kesan negatif kepada pergerakan itu.

“(Datuk Seri) Shahrizat hanya akan memangku dan terus memangku sehingga pemilihan akan datang. Banyak kesan kepada Wanita Umno (antaranya parti komponen lain dalam) Barisan Nasional akan kata…”look, we are ketua, you only pemangku. How can you be ketua BN?. Kalau beliau jadi pemangku, maka Wanita juga tidak ada naib. Kalau kita tidak ada ketua bagaimana parti komponen mahu hormati kita?,” katanya. Katanya, Wanita Umno Perak hanya mahu pengunduran dan penyerahan kuasa itu dipercepatkan dan bukan menolak peralihan kuasa yang telah dipersetujui.

“Kami pun tidak mahu kehilangan beliau (Rafidah). Begitu lama Rafidah bersama-sama kami, takkan kami nak tolak beliau begitu sahaja. Kami tidak sanggup beliau ditolak begitu. Kami mahu beliau diberi satu penghormatan dan dijadikan satu warisan. Itu sahaja,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya Rafidah terus mempertahankan jawatan itu, Wanita Umno tidak ada pilihan selain memilih Shahrizat yang juga telah mula meraih sokongan sebenar daripada akar umbi.

“Bagaimanapun kami mahu supaya tiada pertandingan (bagi jawatan ketua pergerakan). Ini sebaik-baiknya dan ini harapan semua orang.

“Kita mahu jadikan penyerahan dan perubahan kuasa (seperti ini) sebagai warisan seperti yang dibuat oleh Tan Sri Aishah Ghani yang serahkan kuasa kepada Rafidah dulu. Itu yang kita harapkan,” katanya. BERNAMA

Article source:

mSTAR Online

Popularity: unranked [?]

More Related Topics

  • No Related Post

This post was written by:

Political Guru - who has written 5044 posts on Voice of Malaysian.

We are a politically neutral platform specially set up for Malaysians like you to voice your opinions on the current issues of our country. Now everyone can be a politician. Share your views and your thoughts; give your suggestions and comments, and offer your solutions to the biggest problems in our country today. Besides politics we also have other topics such as Sports and the latest world news for you to comment. So go ahead, Voice Your Heart Out!

Contact the author

Leave a Reply

SEo Top Ranking Guaranteedgenting permai resort vacationAdvertise Here

Site Sponsors

Calendar

November 2008
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Your Banner Here

Archives

Voice of Malaysian

↑ Grab this Headline Animator


Ads By CbproAds