KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam menyifatkan tindakan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tidak membantah kenyataan menghina Islam oleh DAP adalah sebagai alasan untuk menjaga hubungan kerjasama antara kedua-dua parti pembangkang itu.
“Nik Aziz kata tak apa dia (DAP) bukan orang Islam. Orang bukan Islam boleh hina Islam, orang Islam tak boleh hina Islam. Kalau kita nak berkawan dengan orang, kita kena (pandai) memberi alasan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Lat 1Malaysia di sini.
Pada Rabu lepas, Menteri Besar Kelantan itu dilaporkan sebagai berkata bahawa beliau tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam.
Beliau sebaliknya menyalahkan sikap pemimpin Islam yang menolak ajaran Islam sehingga agama itu tercemar dan telah disalah ertikan kesuciannya oleh mereka yang bukan Islam.
Dr Mahathir ketika diminta mengulas mengenai peluang Barisan Nasional (BN) merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Pulau Pinang, 25 Ogos ini, hanya berkata: “Saya tak boleh komen sebab saya tak tahu keadaan di sana.”
Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir berkata kesedaran orang ramai mengenai wabak influenza A(H1N1) di negara ini masih rendah.
Katanya, penutupan sekolah tidak perlu dilakukan sebelum pelbagai faktor diambil kira dalam membuat keputusan penutupan itu.
Terdahulu, Dr Mahathir, dalam ucapan perasmian pameran itu, berkata beliau gembira kerana dirinya dilukis dalam bentuk kartun dan ia memberikan keceriaan kepadanya.
Lebih 60 hasil lukisan Lat atau nama sebenarnya Datuk Mohd Nor Khalid akan dipamerkan di Bangsar Shopping Centre (BSC) di sini sehingga 31 Ogos ini.
Pameran itu dianjurkan dengan kerjasama Bandar Raya Development Berhad (BRDB) dan New Straits Times Press (M) Sdn Bhd (NSTP).BERNAMA
Article source:
Popularity: unranked [?]










August 19th, 2009 at 11:14 am
Despite Che Det efforts to come back, he still fails. He tried to make it big in Bukit Gantang, wooing thousands of supporters when he campaigned for the former BN candidate. But to his dismay, results of the poll turned out otherwise.
Now, he try to resort to personal attacks like most BN regime. Believe me, people will get tired of this old dude. This fella now has become a liability to the country. We should treat him likewise.