Isteri pertama Raisuddin setuju permohonan nikah poligami

Posted on 03 September 2009

Aktro Raisuddin Hamzah

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Syariah disini hari ini memutuskan untuk mendengar permohonan nikah poligami aktor Raisuddin Hamzah,52, dan isteri keduanya Siti Fatima Suberi, 22, pada 10 Februari 2010.

Hakim Syarie, Tuan Abu Bakar Mohd Daud, membuat keputusan tersebut dihadapan Pemohon, Raisuddin dan Siti Fatima serta responden, Noor Ai’ni Mohd, 52, yang merupakan isteri pertama.

Menurut peguam Syarie yang mewakili pemohon, Norazmi Mohd Arif, Noor Ai’ni bersetuju dengan permohonan nikah poligami tersebut.

“Isteri pertama telah bersetuju, bagaimanapun perbicaraan mesti diteruskan untuk menentukan sah atau tidak pernikahan tersebut,” katanya.

Pemohon telah memfailkan permohonan tersebut pada 17.06.2009 dan diterima oleh responden pada 23 Jun 2009.

Responden kemudian memfailkan jawapan bersetuju terhadap permohonan tersebut pada 27 Ogos 2009.

Ketika hadir dimahkamah, Noor Ai’ni terpaksa berjalan dengan dipapah oleh Siti Fatima kerana menghidapi strok.

Pada 6 Februari lalu, hasrat Raisuddin yang merupakan bapa kepada penyanyi popular Siti Sarah, untuk mengesahkan perkahwinannya dengan Siti Fatimah terbantut apabila Mahkamah Rendah Syariah Gombak menolak permohonannya itu.

Hakim Syarie, Wan Mahyuddin menjelaskan Mahkamah Rendah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan kes tersebut kerana ia melibatkan isu poligami.

Raisuddin berkahwin dengan Siti Fatimah di Songkhla, Thailand dengan berwali hakim pada 2 Januari 2007.

Pada 7 April lalu, Siti Fatimah secara sukarela mengaku bersalah kerana bernikah tanpa kebenaran pendaftar nikah.

Article source:

mSTAROnline

Popularity: unranked [?]

More Related Topics

This post was written by:

Political Guru - who has written 5044 posts on Voice of Malaysian.

We are a politically neutral platform specially set up for Malaysians like you to voice your opinions on the current issues of our country. Now everyone can be a politician. Share your views and your thoughts; give your suggestions and comments, and offer your solutions to the biggest problems in our country today. Besides politics we also have other topics such as Sports and the latest world news for you to comment. So go ahead, Voice Your Heart Out!

Contact the author

Leave a Reply

SEo Top Ranking Guaranteedgenting permai resort vacationAdvertise Here

Site Sponsors

Calendar

September 2009
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Your Banner Here

Archives

Voice of Malaysian

↑ Grab this Headline Animator


Ads By CbproAds