Kembalikan caruman KWSP kepada 11 peratus – MTUC

Posted on 18 October 2009

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) pada Ahad meminta kerajaan membenarkan 2.2 juta pekerja yang memilih potongan lapan peratus bagi caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk kembali kepada 11 peratus berkuatkuasa serta merta.

Sambil merujuk kepada keadaan ekonomi yang semakin pulih, Naib Presiden MTUC, A.Balasubramaniam memberitahu Bernama bahawa caruman KWSP merupakan simpanan untuk hari tua bagi pekerja sektor swasta dan adalah penting peratusan simpanan itu dikekalkan.

Berikutankrsisi ekonomi, pada November lepas, kerajaan telah membenarkan para pekerja untuk memilih sama ada kekal dengan caruman 11 peratus atau mengurangkannya sebanyak tiga peratus kepada lapan peratus untuk tempoh dua tahun mulai 1 Jan tahun ini.

Menurut KWSP, sejumlah 2.2 juta atau 40 peratus daripada pekerja telah memilih untuk mengurangkannya kepada lapan peratus.

Balasubramaniam berkata MTUC kini prihatin dengan 2.2 juta pekerja kerana “mereka kini kerugian dalam bentuk dividen dan bayaran akhir apabila mereka mencapai umur persaraan.”

Katanya walaupun pilihannya adalah dua tahun, kerajaan perlu membenarkan mereka untuk kembali kepada caruman yang asal sekarang. BERNAMA

mSTAR

This post was written by:

Political Guru - who has written 5030 posts on Voice of Malaysian.

We are a politically neutral platform specially set up for Malaysians like you to voice your opinions on the current issues of our country. Now everyone can be a politician. Share your views and your thoughts; give your suggestions and comments, and offer your solutions to the biggest problems in our country today. Besides politics we also have other topics such as Sports and the latest world news for you to comment. So go ahead, Voice Your Heart Out!

Contact the author

Leave a Reply

SEo Top Ranking Guaranteedgenting permai resort vacationSEo Top Ranking Guaranteed

Site Sponsors

Calendar

October 2009
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Archives

Voice of Malaysian

↑ Grab this Headline Animator


Ads By CbproAds