PAS tidak bimbang dengan perubahan Umno

Posted on 18 October 2009

ALOR SETAR: PAS tidak bimbang dengan kesungguhan Umno untuk menawan semula negeri-negeri yang ditadbir oleh pakatan pembangkang kerana menganggap amalan sistem demokrasi membenarkan perkara seumpama itu berlaku.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata bagaimanapun usaha untuk menawan semula negeri-negeri berkenaan haruslah mengikut lunas demokrasi juga iaitu menerusi pilihan raya.

“Kita langsung tidak bimbang dengan ikrar Umno pada perhimpunan parti itu baru-baru ini kerana ia merupakan perkara biasa dalam amalam demokrasi tetapi Umno harus melakukannya dalam pilihan raya umum akan datang dan bukannya seperti mana yang berlaku di Perak,” kata beliau kepada pemberita di sini Jumaat.

Katanya, PAS tidak menganggap mereka tergugat walaupun pemimpin Umno kini semakin serius melakukan perubahan termasuk membuat pindaan beberapa fasal perlembagaan parti.

Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam ucapan dasar perhimpunan agung parti itu berkata, Umno harus berubah untuk membolehkan parti itu mendapat sokongan rakyat dan menawan semula negeri-negeri yang ditadbir oleh pembangkang. BERNAMA

mSTAR

This post was written by:

Political Guru - who has written 5030 posts on Voice of Malaysian.

We are a politically neutral platform specially set up for Malaysians like you to voice your opinions on the current issues of our country. Now everyone can be a politician. Share your views and your thoughts; give your suggestions and comments, and offer your solutions to the biggest problems in our country today. Besides politics we also have other topics such as Sports and the latest world news for you to comment. So go ahead, Voice Your Heart Out!

Contact the author

Leave a Reply

SEo Top Ranking Guaranteedgenting permai resort vacationSEo Top Ranking Guaranteed

Site Sponsors

Calendar

October 2009
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Archives

Voice of Malaysian

↑ Grab this Headline Animator


Ads By CbproAds