Posted on 11 October 2008
KUALA LUMPUR: Hari ini merupakan hari yang penting bagi Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) apabila teraju kepimpinan bagi penggal baru parti tersebut bakal diketahui malam ini.
Para perwakilan dari seluruh negara mula membanjiri ibu pejabat parti itu di Menara PGRM, di sini, bermula jam 8 pagi.
Pemilihan bagi pemegang jawatan akan bermula jam 11 pagi selepas upacara [...]
Popularity: 1% [?]
Tags: Gerakan pilih teraju kepimpinan baru hari ini
Posted on 11 October 2008
KUALA LUMPUR: Bahagian Umno Tumpat di Kelantan dan Besut di Terengganu akan bersidang hari ini manakala 22 bahagian lagi akan bermesyuarat esok.
Semalam, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima pencalonan awal apabila dua bahagian Umno mula bersidang, masing-masing untuk bertanding jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti [...]
Popularity: 1% [?]
Tags: dua lagi bahagian Umno bersidang hari ini, Muhyiddin dapat dua pencalonan awal, Najib
Posted on 10 October 2008
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah mengubah fikiran untuk hanya bertanding jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan parti Mac depan.
Beliau, sebelum ini menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno, berkata keputusan itu dibuat demi menjaga perpaduan anggota peringkat akar umbi dan kekukuhan parti serta menghormati Timbalan Perdana [...]
Popularity: 2% [?]
Tags: Ali Rustam tetap tanding, Zahid ubah hati
Posted on 10 October 2008
KOTA BHARU: Tengku Razaleigh Hamzah yang menawarkan diri bertanding jawatan Presiden Umno menafikan beliau ditawarkan jawatan oleh Pakatan Rakyat jika berjaya membentuk kerajaan pusat yang baru.
Malah Ahli Parlimen Gua Musang itu juga menafikan yang beliau diminta Pakatan Rakyat menyertai ikatan pembangkang itu.
“Tiada perundingan soal jawatan. Saya adalah ahli Umno seumur hidup. Berapa parti saya boleh [...]
Popularity: 2% [?]
Tags: "Saya tetap kekal Umno" - Tengku Razaleigh
Posted on 10 October 2008
PUTRAJAYA: Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi tadi mengumumkan secara rasmi pendiriannya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti Mac depan.
“Saya yakin akan dapat jumlah pencalonan yang cukup untuk layak bertanding jawatan ini,” katanya dalam sidang media khas di sini hari ini.
Beliau juga yakin mempunyai peluang untuk memenangi jawatan itu dengan sokongan [...]
Popularity: 2% [?]
Tags: Muhyiddin sah tanding jawatan Timbalan Presiden
Posted on 08 October 2008
TERIMA KASIH… Abdullah Ahmad Badawi melambai ke arah wakil-wakil beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang berkumpul di pintu masuk utama kediaman rasmi beliau di Seri Perdana, Putrajaya, hari ini bagi menyatakan sokongan mereka kepada beliau. Lebih 30 orang yang mewaklili pelbagai NGO Melayu berkumpul seawal pukul 7 pagi sambil memegang poster. Antara NGO Melayu [...]
Popularity: 3% [?]
Tags: 30 pemimpin NGO mahu Pak Lah pimpin hingga 2010, Usaha terakhir
Posted on 08 October 2008
KUALA LUMPUR: Menjelang persidangan perwakilan bahagian yang bermula esok, Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen hari ini memberi amaran kepada ahli-ahli Umno yang bertanding tidak amalkan politik wang.
“Saya ingin memberi amaran kepada sesiapa yang bertanding, tidak bertanding atau minat seseorang calon juga gunakan politik wang,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Disiplin di [...]
Popularity: 3% [?]
Tags: Lembaga Disiplin beri kata dua, Pemilihan bahagian mula esok
Posted on 08 October 2008
[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR: Status permohonan sama ada kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi terus menjadi tanda tanya dengan Mahkamah Sesyen sebentar tadi menangguhkan sidangnya sehingga esok.
Perkara itu diputuskan oleh Hakim Mahkamah Sesyen S.M. Komathy Suppiah apabila ketua pasukan peguam Anwar, Sulaiman Abdullah meminta masa sehingga petang ini untuk meneruskan [...]
Popularity: 3% [?]
Tags: Hujah permohonan pindah kes Anwar ditangguh esok
Posted on 07 October 2008
[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau tidak akan membuat kenyataan mengenai pendiriannya sama ada mempertahankan jawatan Presiden Umno atau sebaliknya hari ini.
“Saya tiada pengumuman untuk hari ini,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan BioMalaysia 2008 di Dewan Persidangan 13, Tingkat 3, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini pagi tadi.
Dalam [...]
Popularity: 2% [?]
Tags: Pak Lah: Tiada pengumuman isu pertahan jawatan Umno har
Posted on 07 October 2008
[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur yang bersidang sejak pagi ini menolak bantahan awal pihak pendakwaan dalam isu permohonan memindahkan kes liwat Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi.
Sidang mahkamah berlangsung pukul 2.30 petang ini.
Pihak Pendakwa mengemukakan bantahan awal bahawa Mahkamah Sesyen tidak mempunyai kuasa untuk mendengar bantahan awal [...]
Popularity: 2% [?]
Tags: Pindah kes liwat: Mahkamah tolak bantahan awal pendakwa, sidang disambung petang