Datuk Seri Abdullah Badawi will not entertain Anwar’s request, Prime Minister urge the people not to be fooled by the tactics
(Dikemas kini) KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 24 Sept ini untuk mendengar hujah berhubung permohonan pendakwaan untuk memindahkan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi.
Hakim S.M. Komathy Suppiah menetapkan tarikh itu ekoran bantahan terhadap permohonan itu oleh peguam Anwar, Sulaiman Abdullah.
Beliau juga membenarkan permohonan Sulaiman untuk diberikan masa menyediakan hujah kerana mendakwa pihak pembelaan diberitahu mengenai pemindahan itu hanya 10 minit sebelum prosiding hari ini bermula pada 10 pagi tadi.
Anwar, 61, yang juga ketua pembangkang di Dewan Rakyat, mengaku tidak bersalah pada 7 Ogos lepas terhadap tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, di Unit 1151 Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun lepas. Kesalahan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Komathy memberi masa dua minggu kepada pihak pendakwaan dan pembelaan untuk membuat persiapan bagi penghujahan nanti.
Sebelum itu, Sulaiman mempertikaikan kesahihan sijil yang dikemukakan oleh pendakwaan bagi memindahkan perbicaraan itu ke Mahkamah Tinggi yang ditandatangani oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, dengan alasan Abdul Gani sedang disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah ekoran
laporan oleh Anwar yang mendakwa Peguam Negara itu telah memalsukan keterangan dalam kes liwat yang juga melibatkan Anwar pada 1998.
Peguam Cara Negara, Datuk Idrus Harun yang mengetuai pendakwaan tidak hadir pada prosiding hari ini.
Selain Yusof, pihak pendakwaan hari ini diwakili Datuk Nordin Hassan, Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Farhan Read dan Shamsul Sulaiman.
Pasukan pembelaan turut mengandungi R. Sivarasa, Sankara N. Nair, Leela Jesuthasan, Edmund Bon, Saiful Idham Ramli, Amer Hamzah Arshad, Latheefa Koya dan Mohd Radzlan Jalaludin.
Kawasan Kompleks Mahkamah Jalan Duta dikawal anggota polis termasuk daripada Unit Simpanan
Pesekutuan dan Pasukan Gerakan Am.
Polis membuka kaunter pendaftaran di luar pintu masuk ke kompleks itu.
“Kami ambil butiran setiap orang awam bagi memastikan kompleks ini terkawal dan keadaan keselamatan terurus,” kata Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan.
Terdahulu Anwar di Mahkamah Sesyen Jalan Duta, Kuala Lumpur sebentar tadi - pukul 9.30 pagi - dengan pasukan peguamnya menolak khabar angin bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan dibatalkan jaminan peribadi.
Kes tersebut disebut semula pagi ini dengan kawalan keselamatan ketat di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta.
Ketika ditemui wartawan sebaik tiba di pekarangan mahkamah, Anwar berkata: “Saya tidak pasti apa yang akan berlaku di mahkamah hari ini. Saya berharap jaminan (peribadi) tidak ditarik balik. Sememangnya tiada asas untuk mengenakan tuduhan, jadi mengapa bercakap mengenai ikat jamin?”
Peguamnya, Sankara Nair pula berkata: “Jika pendakwa mahu menafikan jaminan ke atas Anwar, mereka perlu memohon dan kami akan respons. Begitu juga langkah memindahkan kes ke mahkamah lain (Mahkamah Tinggi).”

ANWAR Ibrahim, (dua dari kanan) bersama isterinya, Dr. Wan Azizah Wan Ismail (kiri) ketika tiba di pekarangan mahkamah di Jalan Duta, Kuala Lumpur pukul 9.30 pagi tadi. - foto AP
Ketika dihadapkan di mahkamah awal bulan lalu, Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap tuduhan melakukan seks luar tabii terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan pada Jun lepas.
Beliau diwakili sembilan orang peguam.
Anwar, 61, dituduh melakukan perbuatan itu terhadap Mohamad Saiful, 23, pada antara 3.01 petang dan 4.30 petang 23 Jun 2008 di unit 1151 Desa Damansara Condominium, No 99, Jalan Setiakasih Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.
Anwar dibebaskan atas bon peribadi RM20,000.
Semalam Sankara ketika dihubungi mStar Online berkata, pihaknya tidak mendengar apa-apa mengenainya tetapi jika ada permintaan daripada pendakwa pihaknya akan membantah langkah sedemikian.
“Kami tidak dengar apa-apa (setakat petang semalam). Bagaimanapun pendakwa boleh meminta (untuk membatalkan jaminan).
“Jika pihak pendakwa berbuat demikian kami akan membantah. Lagipun tiada sebab untuk berbuat demikian,” kata beliau ketika dihubungi mStar Online.
Anwar tiba di mahkamah bersama isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anak mereka.
Jelas Sankara, mengikut rekod Anwar telah hadir mahkamah dengan tepat sepanjang masa dan beliau yang ke luar negara dari semasa ke semasa juga kembali tanah air termasuk yang terbaru ke Jakarta minggu lalu.
Beliau menyatakan demikian ketika tersebarnya SMS dan emel mengatakan bon jaminan peribadi akan dibatalkan apabila mahkamah bersidang hari ini.
Minggu lalu Sankara berkata, pihaknya berharap kes liwat terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan digugurkan apabila ia disebut semula hari ini.
Kata Sankara, pihaknya telah pun menyatakan pendirian tersebut sebelum ini dan sehingga kini masih mempertahankan agar kes berkenaan digugurkan.
Article source:
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim’s targeted date of Sept 16 to capture the Government may not be achieved due to anticipated problems delaying the transition of power.
“After discussing with PAS and DAP, the date can be postponed even though our target was Sept 16 previously.
“However, I believe the present Government will find it difficult to quell the uproar of the rakyat,” Anwar said during his speech after a solat tawarikh and hajat ceremony at his home here last night.
The Pakatan Rakyat leader had initially proclaimed that his takeover would happen on Sept 16.
He added that detailed discussions would be held with Pakatan component parties PKR, PAS and DAP to study any possible consequences.
“The meeting on Pakatan’s preparations for Sept 16 will be held tomorrow evening or the following day,” Anwar said, adding that he had to follow court proceedings before that.
“We definitely have sufficient numbers (of MPs) but we would have to wait first as they are currently ‘enjoying Ramadan’ in Taiwan,” said Anwar sarcastically.
He said he had information that the MPs, who went on the Taiwan trip were not allowed to return before Sept 16 in order to thwart the Pakatan takeover.
Article source:
(Dikemas kini) PETALING JAYA: Tarikh pilihan raya kecil bagi kerusi Permatang Pauh yang dikosongkan kelmarin belum ditetapkan! Penamaan calon belum dilangsungkan dan kempen rasmi belumpun bermula!
Tetapi dua gergasi yang menjadi perhatian sekarang - Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Setiausaha Politiknya, Mohamad Ezam Mohd. Nor akan berada di kawasan Permatang Pauh hari ini (Sabtu).
Anwar kini (petang ini) sedang dalam perjalanan menuju ke Seberang Jaya.
Anwar, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijadual memulakan program perjuangan menawan kembali Permatang Pauh menerusi majlis yang dipanggil Pengisytiharan Pilihan Raya Kecil di tapak ekspo Seberang Jaya malam ini.
Ia secara tidak langsung menjadi simbol Anwar, wakil rakyat kerusi Parlimen Permatang Pauh dari 1982 hingga 1999, pulang ke kawasannya.
Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim berkata, konvoi 100 kereta akan mengiringi Anwar dan rombongannya ke pusat operasi pilihan raya di Yayasan Aman, Penanti pada pukul 6 petang.
Sempena program itu Anwar akan membuka cawangan PKR Sama Gagah di Penanti sebelum menuju ke tapak eskpo untuk menyampaikan ceramah.
Ceramah Perdana Menuju ke Putrajaya akan memfokus kepada pilihan raya kecil Permatang Pauh, yang tarikhnya akan ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Rabu ini, kata Zahrain.
Dalam perkembangan berkaitan, Naib Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan, buat masa ini Pakatan Rakyat lebih memfokuskan kepada pilihan raya kecil bagi kawasan Permatang Pauh.
“Semalam saya berada di Permatang Pauh bagi memberikan taklimat persiapan pilihanraya dan esok kita akan turun (pergi) semula ke sana bersama Datuk Seri Anwar dan Datuk Seri Dr. Wan Azizah (Wan Ismail) bagi menjayakan majlis ceramah di sana,” katanya.
Azmin mengesahkan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga akan hadir pada majlis Pengisytiharan Pilihan Raya Kecil Seberang Jaya.
Dalam pada itu, Ezam bekas Ketua Angkatan Muda PKR yang menyertai Umno dua bulan lalu akan menyampaikan ucapan mengenai perpaduan orang Melayu pada majlis berasingan, yang dianjurkan oleh Sekretariat Perhimpunan Penyatuan Melayu.
Setiausaha sekretariat itu, Mohamad Nor Suhaili Jamali berkata, Anwar dan Ezam secara kebetulan berada di Permatang Pauh.
Malam kelmarin di Klang, Ezam sekali lagi mengulangi kesediaannya untuk berdepan dengan bekas ketuanya itu pada pilihan raya kecil UMNO Permatang Pauh nanti sekiranya dicalonkan.
“Kalau tanya saya sama ada saya bersedia untuk lawan Anwar Ibrahim saya kata sudah tentu saya bersedia dan saya tak akan tolak. Menang atau kalah itu bukan perkara utama tetapi yang penting kita tentang Anwar sebagai satu pasukan untuk menegakkan kebenaran.
“Sebab itu saya kata jangan nak sebut dengan saya tentang kalah menang, dan jangan nak takutkan saya tentang kawasan Permatang Pauh. Jangan nak cabar saya kerana saya antara pejuang dan saya akan lawan,” katanya dalam ceramah perdana anjuran Umno Bahagian Shah Alam.
Ezam menyifatkan penasihat PKR itu bukan seorang “pendekar” kerana memilih untuk bertanding di kawasan paling selamat iaitu di Parlimen Permatang Pauh.
“Selama ini orang ingat Anwar seorang pendekar tulen tetapi semalam dia dah tunjukkan sikap sebenarnya. Kalau betul dia pendekar kenapa dia perlu menyorok di kawasan selamat dan ajak orang bertarung,” katanya.
Sementara itu, laporan Bernama menyebut, pengumuman Dr. Wan Azizah mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya bertanding kini meninggalkan satu teka teki kepada pengundi di kawasan itu siapa pula akan diletakkan di situ untuk menentang Anwar calon tempatan atau orang luar.
Sudah pasti semua orang ingin tahu siapa bakal calon BN yang akan dipilih bertanding menentang Anwar tetapi kriteria orang tempatan sebagai calon perlu diberi perhatian.
Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh sudah pasti menyaksikan persaingan sengit antara calon BN dan Anwar.
Suara lebih 58,000 pengundi Permatang Pauh perlu didengar dan diambil kira bagi memastikan individu yang dicalonkan memenuhi aspirasi dan kehendak mereka lebihlebih lagi bagi golongan muda yang mewakili 40 peratus pengundi di kawasan itu.
“Kalau boleh saya mahu calon yang mewakili kami orang tempatan dan boleh berkhidmat di sini. Jangan ingat kami mengundi sekadar untuk sukasuka, kami mengharapkan sesuatu… berkhidmat untuk kami,” kata seorang pengundi muda di kawasan itu.
Rosmalina Abdullah, 30-an, berkata usia calon bukan menjadi masalah kerana yang penting ialah kejujuran dan keikhlasan calon itu.
“Muda atau tua bukan persoalan, kalau dah lima penggal jadi wakil rakyat tetapi tidak boleh bawa perubahan tak ada gunanya,” katanya menjelaskan calon tempatan akan lebih memahami masalah penduduk di kawasan itu.
Sambil melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Dr. Wan Azizah meletak jawatan, beliau berkata tindakan itu satu perbuatan yang tidak adil kepada pengundi selepas mereka memberikan kepercayaan kepadanya.
“Beliau (Dr. Wan Azizah) kata bertanding untuk berkhidmat kepada rakyat tetapi bila rakyat pilih, belum sampai lima bulan, dah letak jawatan dan ini tidak betul kerana dibuat atas kepentingan peribadi, bukan ikut kehendak rakyat,” katanya.
Bagi Badrul Lishah Ali, selain calon orang tempatan, beliau mahu calon yang bakal dipilih itu mampu membawa perubahan yang bermakna bagi kawasan itu yang sudah lama ketinggalan akibat janjijanji yang tidak dapat ditunaikan oleh pemimpin kawasan itu sebelum ini.
“Kalau boleh kami mahu penduduk tempatan kerana kami mahu pembaharuan dari segi pembangunan dan politik. Kami mahu pemimpin baru dan kami tidak mahu lagi berada di takuk lama,” katanya.
Ketua Pemuda Umno Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said turut berkongsi pandangan yang sama kerana menurutnya penduduk tempatan lebih cenderung bekerjasama dengan pemimpin yang mereka kenali.
“Kalau boleh kita juga mahu calon tempatan. Bila calon itu tahu tentang keadaan di sini, lebih elok,” katanya sambil menambah bukan menjadi satu kesalahan jika BN meletakkan calon muda yang bersih dan berwibawa.
Beliau yakin yakin pengundi Permatang Pauh kini menyedari bahawa PKR tidak mampu membawa perubahan di kawasan itu.
BERITA TERDAHULU
BN disyor boikot pilihan raya Permatang Pauh, Ezam yakin Anwar menang
(Dikemas kini) PETALING JAYA: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Tan Sri Annuar Musa mencadangkan Barisan Nasional (BN) memboikot pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh yang diadakan tidak lama lagi ekoran perletakan jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Anggota Parlimen kawasan itu semalam.
Beliau berkata, perletakan jawatan oleh Dr. Wan Azizah merupakan strategi politik PKR dalam usaha mengalih pandangan umum terhadap kes liwat yang sedang dihadapi oleh suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, BN juga perlu memboikot pilihan raya kecil itu kerana ia merugikan wang rakyat apabila belanja besar terpaksa dikeluarkan, sedangkan pilihan raya itu sendiri sebenarnya tidak perlu.
“Barisan Nasional tidak perlu mengikut strategi yang dibawa oleh Anwar, dan sepatutnya pilihan raya kecil seperti itu tidak seharusnya diadakan kerana keadaan semuanya baik,” katanya di Kota Baharu semalam.
Bernama yang memetik Annuar berkata, tidak ada sebab Dr. Wan Azizah perlu meletakkan jawatan sebagai anggota parlimen, melainkan ia sematamata berpunca daripada cubaan untuk mengalihkan pandangan umum terhadap masalah yang dihadapi oleh suaminya, yang merupakan penasihat PKR.
“Adalah sesuatu yang memalukan untuk bertanding dengan Anwar yang pernah dipenjara kerana penyelewengan, dan sekarang masih disiasat berhubung satu kes serius,” katanya.
Dalam pada itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat Rabu ini bagi memutuskan tarikh pilihan raya kecil.
Bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ezam Mohd Noor meramalkan bekas ‘ketuanya’ itu berpeluang untuk kembali menyandang kerusi Parlimen Permatang Pauh.
“Anwar punya peluang untuk menang di Permatang Pauh kerana itu kerusi yang pernah disandangnya sebelum ini,” kata beliau kepada mStar Online hari ini.
Bagaimanapun Umno Permatang Pauh pula mahu ”anak Permatang Pauh menjadi calon” kerana Ezam yang menyertai semula Umno tiga bulan lalu belum dapat diterima sepenuhnya oleh penduduk kawasan berkenaan.
Anwar, yang pernah menyandang kerusi Parlimen itu dari 1982 hingga 1999 mengumumkan pendiriannya untuk bertanding semula di kawasan itu selepas isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengosongkan berkuat kuasa semalam.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman pula memberitahu mStar Online pihaknya sudah menerima notis makluman mengenai kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh.
“Notis sudah diterima. Kita akan tentukan tarikh pilihan raya pertengahan minggu depan,” kata beliau.
Pilihan raya kecil perlu diadakan dalam 60 hari selepas kekosongan berkuat kuasa.
Dr. Wan Azizah yang juga Presiden PKR memutuskan untuk mengosongkan kerusi berkenaan selepas disandang sejak 1999.
Setiausaha SPR, Kamaruzaman Mohd. Noor memberitahu Bernama, mesyuarat minggu depan akan turut menetapkan tarikh untuk mengeluarkan writ pilihan raya, tarikh mengeluarkan notis pilihan raya dan daftar pemilih mana yang akan diguna pakai pada pilihan raya kecil itu nanti.
Lazimnya penamaan calon diadakan dalam tempoh tujuh hingga 10 hari selepas writ pilihan raya dikeluarkan.
Dan, jika tempoh berkempen adalah lapan atau sembilan hari, pilihan raya kecil itu - yang merupakan pertama selepas pilihan raya umum ke-12 Mac lalu - kemungkinan diadakan minggu terakhir bulan ini.
SPR memperuntukkan 13 hari untuk berkempen ketika pilihan raya umum ke-12 Mac lalu.
Dalam pilihan raya 8 Mac lalu, Dr. Wan Azizah memperoleh 30,338 undi bagi menewaskan Datuk Pirdaus Ismail dari Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 13,388.
Sementara itu, Ketua Umno Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid berkata: ”Kami mahu anak Permatang Pauh menjadi calon.”
Ekoran pengumuman Anwar semalam, terdapat cadangan supaya Ezam bertanding di situ sebagai calon BN berdasarkan kepada pengetahuan beliau mengenai bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
“Anwar sudah bertapak di Permatang Pauh sejak 1982 dan agak susah untuk memperkenalkan calon baru yang bukan anak tempatan dalam masa yang singkat kerana masyarakat di sini begitu mementingkan faktor orang yang mereka kenal atau tahu,” kata Abdul Jalil dipetik Bernama di Butterworth.
Beliau berkata, calon BN itu mestilah orang yang boleh berkhidmat kepada masyarakat dan mengambil berat kesusahan mereka.
Mengenai persiapan, Abdul Jalil berkata, sebaik saja selesai pilihan raya umum 8 Mac lepas, Umno Bahagian Permatang Pauh sebenar sudahpun mengerakkan jenteranya bagi menghadapi pilihan raya kecil di situ kerana menjangkakan Dr. Wan Azizah memang akan mengosongkan kerusi itu untuk Anwar.
“Kita tidak terkejut dengan pengumuman Dr. Wan Azizah itu kerana semasa berkempen pada pilihan raya umum dulu beliau sudah memberitahu mengenai perkara ini. Jadi, persiapan kita memang telah bermula awal lagi,” katanya.
Abdul Jalil berkata, Umno bahagian itu telah mengadakan majlis penerangan di semua 92 cawangannya sejak dua minggu selepas pilihan raya umum selesai bagi menghadapi kemungkinan ini.
“Kursus pilihan raya juga telah diadakan untuk pergerakan Puteri dan Wanita sama ada di peringkat cawangan mahupun bahagian. Insya-Allah, persediaan kita sudah teratur,” katanya.
Beliau berkata, dengan bantuan dan kerjasama parti komponen BN yang lain, “pertembungan” yang dianggap paling sengit dalam sejarah pilihan raya di Permatang Pauh nanti dapat ditempuhi dengan lancar.
Abdul Jalil berkata, sejak kawasan itu diwakili Dr. Wan Azizah, penduduk Permatang Pauh “letih” menghadapi kerenah pemimpin parti itu yang hanya memecahbelahkan keharmonian masyarakat dan menyekat kemajuan dan pembangunan di kawasan berkenaan.
“Cukuplah kesusahan yang telah kita lalui. Hanya kerana hendak memperjuangkan Anwar seorang, orang lain terpaksa mendapat susah.
“Buktinya, penat lelah menghadapi pilihan raya umum belumpun reda, kita terpaksa menghadapi satu lagi pilihan raya. Semua orang akan mendapat susah kerana dia. Ini bukan perjuangan untuk rakyat tetapi perjuangan peribadi,” katanya.
Walaupun mengakui pertandingan kali ini memang sukar, Abdul Jalil berkata, Umno yakin dapat memenangi hati rakyat menerusi usaha dan keikhlasan yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin parti itu untuk membela nasib rakyat.
Ketika diminta mengulas lanjut, Ezam yang juga bekas Ketua Angkatan Muda PKR menegaskan, beliau akan berjuang habis-habisan menentang bekas majikannya itu tidak kira sama ada beliau dicalonkan atau tidak.
“Saya akan turun padang dan membantu jentera Umno dan Barisan Nasional. Saya rasa bertanggungjawab untuk menjelaskan kepada pengundi di Permatang Pauh tentang permainan politik Anwar,” katanya.
Semalam Menteri Besar Selangor, Tan Sri Mohd Khalid Ibrahim menggesa Umno meletakkan Ezam sebagai calon untuk menentang Anwar di Permatang Pauh.
Ketika ditanya sama ada beliau sedia memikul tanggungjawab itu, beliau berkata:
“Saya tidak boleh buat keputusan untuk betanding di sana. Semuanya akan ditentukan oleh pucuk pimpinan parti dan Umno Bahagian Permatang Pauh.”
Tambah Ezam, Penasihat PKR itu perlu menang di Permatang Pauh bagi menghidupkan karier politknya.
Ezam yang juga bekas Pengerusi Gerak berkata, Anwar sememangnya menggunakan peluang bertanding dalam pilihan raya kecil ini untuk kembali ke Parlimen.
Ditanya adakah BN akan merasa terancam sebaik Anwar kembali ke Parlimen Ezam berkata:
“Anwar akan kembali ke Parlimen, namun dia hanya berdiri atas tiket PKR dan BN tidak akan terancam kerana tiada pertambahan kerusi di pihak pembangkang.”
Ketika ditanya adakah beliau percaya mengenai cita-cita Anwar untuk membentuk kerajaan pusat yang baru menjelang 16 September ini, Ezam menjelaskan, ia hanya satu gimik politik Anwar.
“Kalau betul ada ahli Parlimen BN nak lompat parti, mengapa perlu tunggu Anwar ke Parlimen. Sekarang pun boleh,” ujarnya sinis.
Article source:
(Mutakhir) PETALING JAYA: Tarikh pilihan raya kecil bagi kerusi Permatang Pauh yang dikosongkan kelmarin belum ditetapkan! Penamaan calon belum dilangsungkan dan kempen rasmi belumpun bermula!
Tetapi dua gergasi yang menjadi perhatian sekarang - Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Setiausaha Politiknya, Mohamad Ezam Mohd. Nor akan berada di kawasan Permatang Pauh, esok.
Anwar, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijadual memulakan program perjuangan menawan kembali Permatang Pauh menerusi majlis yang dipanggil Pengisytiharan Pilihan Raya Kecil di tapak ekspo Seberang Jaya malam esok.
Ia secara tidak langsung menjadi simbol Anwar, wakil rakyat kerusi Parlimen Permatang Pauh dari 1982 hingga 1999, pulang ke kawasannya.
Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim berkata, konvoi 100 kereta akan mengiringi Anwar dan rombongannya ke pusat operasi pilihan raya di Yayasan Aman, Penanti pada pukul 6 petang.
Sempena program itu Anwar akan membuka cawangan PKR Sama Gagah di Penanti sebelum menuju ke tapak eskpo untuk menyampaikan ceramah.
Ceramah Perdana Menuju ke Putrajaya akan memfokus kepada pilihan raya kecil Permatang Pauh, yang tarikhnya akan ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Rabu ini, kata Zahrain.
Dalam perkembangan berkaitan, Naib Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan, buat masa ini Pakatan Rakyat lebih memfokuskan kepada pilihan raya kecil bagi kawasan Permatang Pauh.
“Semalam saya berada di Permatang Pauh bagi memberikan taklimat persiapan pilihanraya dan esok kita akan turun (pergi) semula ke sana bersama Datuk Seri Anwar dan Datuk Seri Dr. Wan Azizah (Wan Ismail) bagi menjayakan majlis ceramah di sana,” katanya.
Azmin mengesahkan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga akan hadir pada majlis Pengisytiharan Pilihan Raya Kecil Seberang Jaya.
Dalam pada itu, Ezam bekas Ketua Angkatan Muda PKR yang menyertai Umno dua bulan lalu akan menyampaikan ucapan mengenai perpaduan orang Melayu pada majlis berasingan, yang dianjurkan oleh Sekretariat Perhimpunan Penyatuan Melayu.
Setiausaha sekretariat itu, Mohamad Nor Suhaili Jamali berkata, Anwar dan Ezam secara kebetulan berada di Permatang Pauh.
Malam tadi di Klang, Ezam sekali lagi mengulangi kesediaannya untuk berdepan dengan bekas ketuanya itu pada pilihan raya kecil UMNO Permatang Pauh nanti sekiranya dicalonkan.
“Kalau tanya saya sama ada saya bersedia untuk lawan Anwar Ibrahim saya kata sudah tentu saya bersedia dan saya tak akan tolak. Menang atau kalah itu bukan perkara utama tetapi yang penting kita tentang Anwar sebagai satu pasukan untuk menegakkan kebenaran.
“Sebab itu saya kata jangan nak sebut dengan saya tentang kalah menang, dan jangan nak takutkan saya tentang kawasan Permatang Pauh. Jangan nak cabar saya kerana saya antara pejuang dan saya akan lawan,” katanya dalam ceramah perdana anjuran Umno Bahagian Shah Alam.
Ezam menyifatkan penasihat PKR itu bukan seorang “pendekar” kerana memilih untuk bertanding di kawasan paling selamat iaitu di Parlimen Permatang Pauh.
“Selama ini orang ingat Anwar seorang pendekar tulen tetapi semalam dia dah tunjukkan sikap sebenarnya. Kalau betul dia pendekar kenapa dia perlu menyorok di kawasan selamat dan ajak orang bertarung,” katanya.
Sementara itu, laporan Bernama menyebut, pengumuman Dr. Wan Azizah mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya bertanding kini meninggalkan satu teka teki kepada pengundi di kawasan itu siapa pula akan diletakkan di situ untuk menentang Anwar calon tempatan atau orang luar.
Sudah pasti semua orang ingin tahu siapa bakal calon BN yang akan dipilih bertanding menentang Anwar tetapi kriteria orang tempatan sebagai calon perlu diberi perhatian.
Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh sudah pasti menyaksikan persaingan sengit antara calon BN dan Anwar.
Suara lebih 58,000 pengundi Permatang Pauh perlu didengar dan diambil kira bagi memastikan individu yang dicalonkan memenuhi aspirasi dan kehendak mereka lebihlebih lagi bagi golongan muda yang mewakili 40 peratus pengundi di kawasan itu.
“Kalau boleh saya mahu calon yang mewakili kami orang tempatan dan boleh berkhidmat di sini. Jangan ingat kami mengundi sekadar untuk sukasuka, kami mengharapkan sesuatu… berkhidmat untuk kami,” kata seorang pengundi muda di kawasan itu.
Rosmalina Abdullah, 30-an, berkata usia calon bukan menjadi masalah kerana yang penting ialah kejujuran dan keikhlasan calon itu.
“Muda atau tua bukan persoalan, kalau dah lima penggal jadi wakil rakyat tetapi tidak boleh bawa perubahan tak ada gunanya,” katanya menjelaskan calon tempatan akan lebih memahami masalah penduduk di kawasan itu.
Sambil melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Dr. Wan Azizah meletak jawatan, beliau berkata tindakan itu satu perbuatan yang tidak adil kepada pengundi selepas mereka memberikan kepercayaan kepadanya.
“Beliau (Dr. Wan Azizah) kata bertanding untuk berkhidmat kepada rakyat tetapi bila rakyat pilih, belum sampai lima bulan, dah letak jawatan dan ini tidak betul kerana dibuat atas kepentingan peribadi, bukan ikut kehendak rakyat,” katanya.
Bagi Badrul Lishah Ali, selain calon orang tempatan, beliau mahu calon yang bakal dipilih itu mampu membawa perubahan yang bermakna bagi kawasan itu yang sudah lama ketinggalan akibat janjijanji yang tidak dapat ditunaikan oleh pemimpin kawasan itu sebelum ini.
“Kalau boleh kami mahu penduduk tempatan kerana kami mahu pembaharuan dari segi pembangunan dan politik. Kami mahu pemimpin baru dan kami tidak mahu lagi berada di takuk lama,” katanya.
Ketua Pemuda Umno Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said turut berkongsi pandangan yang sama kerana menurutnya penduduk tempatan lebih cenderung bekerjasama dengan pemimpin yang mereka kenali.
“Kalau boleh kita juga mahu calon tempatan. Bila calon itu tahu tentang keadaan di sini, lebih elok,” katanya sambil menambah bukan menjadi satu kesalahan jika BN meletakkan calon muda yang bersih dan berwibawa.
Beliau yakin yakin pengundi Permatang Pauh kini menyedari bahawa PKR tidak mampu membawa perubahan di kawasan itu.
BERITA TERDAHULU
BN disyor boikot pilihan raya Permatang Pauh, Ezam yakin Anwar menang
(Dikemas kini) PETALING JAYA: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Tan Sri Annuar Musa mencadangkan Barisan Nasional (BN) memboikot pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh yang diadakan tidak lama lagi ekoran perletakan jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Anggota Parlimen kawasan itu semalam.
Beliau berkata, perletakan jawatan oleh Dr. Wan Azizah merupakan strategi politik PKR dalam usaha mengalih pandangan umum terhadap kes liwat yang sedang dihadapi oleh suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, BN juga perlu memboikot pilihan raya kecil itu kerana ia merugikan wang rakyat apabila belanja besar terpaksa dikeluarkan, sedangkan pilihan raya itu sendiri sebenarnya tidak perlu.
“Barisan Nasional tidak perlu mengikut strategi yang dibawa oleh Anwar, dan sepatutnya pilihan raya kecil seperti itu tidak seharusnya diadakan kerana keadaan semuanya baik,” katanya di Kota Baharu semalam.
Bernama yang memetik Annuar berkata, tidak ada sebab Dr. Wan Azizah perlu meletakkan jawatan sebagai anggota parlimen, melainkan ia sematamata berpunca daripada cubaan untuk mengalihkan pandangan umum terhadap masalah yang dihadapi oleh suaminya, yang merupakan penasihat PKR.
“Adalah sesuatu yang memalukan untuk bertanding dengan Anwar yang pernah dipenjara kerana penyelewengan, dan sekarang masih disiasat berhubung satu kes serius,” katanya.
Dalam pada itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat Rabu ini bagi memutuskan tarikh pilihan raya kecil.
Bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ezam Mohd Noor meramalkan bekas ‘ketuanya’ itu berpeluang untuk kembali menyandang kerusi Parlimen Permatang Pauh.
“Anwar punya peluang untuk menang di Permatang Pauh kerana itu kerusi yang pernah disandangnya sebelum ini,” kata beliau kepada mStar Online hari ini.
Bagaimanapun Umno Permatang Pauh pula mahu ”anak Permatang Pauh menjadi calon” kerana Ezam yang menyertai semula Umno tiga bulan lalu belum dapat diterima sepenuhnya oleh penduduk kawasan berkenaan.
Anwar, yang pernah menyandang kerusi Parlimen itu dari 1982 hingga 1999 mengumumkan pendiriannya untuk bertanding semula di kawasan itu selepas isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengosongkan berkuat kuasa semalam.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman pula memberitahu mStar Online pihaknya sudah menerima notis makluman mengenai kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh.
“Notis sudah diterima. Kita akan tentukan tarikh pilihan raya pertengahan minggu depan,” kata beliau.
Pilihan raya kecil perlu diadakan dalam 60 hari selepas kekosongan berkuat kuasa.
Dr. Wan Azizah yang juga Presiden PKR memutuskan untuk mengosongkan kerusi berkenaan selepas disandang sejak 1999.
Setiausaha SPR, Kamaruzaman Mohd. Noor memberitahu Bernama, mesyuarat minggu depan akan turut menetapkan tarikh untuk mengeluarkan writ pilihan raya, tarikh mengeluarkan notis pilihan raya dan daftar pemilih mana yang akan diguna pakai pada pilihan raya kecil itu nanti.
Lazimnya penamaan calon diadakan dalam tempoh tujuh hingga 10 hari selepas writ pilihan raya dikeluarkan.
Dan, jika tempoh berkempen adalah lapan atau sembilan hari, pilihan raya kecil itu - yang merupakan pertama selepas pilihan raya umum ke-12 Mac lalu - kemungkinan diadakan minggu terakhir bulan ini.
SPR memperuntukkan 13 hari untuk berkempen ketika pilihan raya umum ke-12 Mac lalu.
Dalam pilihan raya 8 Mac lalu, Dr. Wan Azizah memperoleh 30,338 undi bagi menewaskan Datuk Pirdaus Ismail dari Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 13,388.
Sementara itu, Ketua Umno Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid berkata: ”Kami mahu anak Permatang Pauh menjadi calon.”
Ekoran pengumuman Anwar semalam, terdapat cadangan supaya Ezam bertanding di situ sebagai calon BN berdasarkan kepada pengetahuan beliau mengenai bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
“Anwar sudah bertapak di Permatang Pauh sejak 1982 dan agak susah untuk memperkenalkan calon baru yang bukan anak tempatan dalam masa yang singkat kerana masyarakat di sini begitu mementingkan faktor orang yang mereka kenal atau tahu,” kata Abdul Jalil dipetik Bernama di Butterworth.
Beliau berkata, calon BN itu mestilah orang yang boleh berkhidmat kepada masyarakat dan mengambil berat kesusahan mereka.
Mengenai persiapan, Abdul Jalil berkata, sebaik saja selesai pilihan raya umum 8 Mac lepas, Umno Bahagian Permatang Pauh sebenar sudahpun mengerakkan jenteranya bagi menghadapi pilihan raya kecil di situ kerana menjangkakan Dr. Wan Azizah memang akan mengosongkan kerusi itu untuk Anwar.
“Kita tidak terkejut dengan pengumuman Dr. Wan Azizah itu kerana semasa berkempen pada pilihan raya umum dulu beliau sudah memberitahu mengenai perkara ini. Jadi, persiapan kita memang telah bermula awal lagi,” katanya.
Abdul Jalil berkata, Umno bahagian itu telah mengadakan majlis penerangan di semua 92 cawangannya sejak dua minggu selepas pilihan raya umum selesai bagi menghadapi kemungkinan ini.
“Kursus pilihan raya juga telah diadakan untuk pergerakan Puteri dan Wanita sama ada di peringkat cawangan mahupun bahagian. Insya-Allah, persediaan kita sudah teratur,” katanya.
Beliau berkata, dengan bantuan dan kerjasama parti komponen BN yang lain, “pertembungan” yang dianggap paling sengit dalam sejarah pilihan raya di Permatang Pauh nanti dapat ditempuhi dengan lancar.
Abdul Jalil berkata, sejak kawasan itu diwakili Dr. Wan Azizah, penduduk Permatang Pauh “letih” menghadapi kerenah pemimpin parti itu yang hanya memecahbelahkan keharmonian masyarakat dan menyekat kemajuan dan pembangunan di kawasan berkenaan.
“Cukuplah kesusahan yang telah kita lalui. Hanya kerana hendak memperjuangkan Anwar seorang, orang lain terpaksa mendapat susah.
“Buktinya, penat lelah menghadapi pilihan raya umum belumpun reda, kita terpaksa menghadapi satu lagi pilihan raya. Semua orang akan mendapat susah kerana dia. Ini bukan perjuangan untuk rakyat tetapi perjuangan peribadi,” katanya.
Walaupun mengakui pertandingan kali ini memang sukar, Abdul Jalil berkata, Umno yakin dapat memenangi hati rakyat menerusi usaha dan keikhlasan yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin parti itu untuk membela nasib rakyat.
Ketika diminta mengulas lanjut, Ezam yang juga bekas Ketua Angkatan Muda PKR menegaskan, beliau akan berjuang habis-habisan menentang bekas majikannya itu tidak kira sama ada beliau dicalonkan atau tidak.
“Saya akan turun padang dan membantu jentera Umno dan Barisan Nasional. Saya rasa bertanggungjawab untuk menjelaskan kepada pengundi di Permatang Pauh tentang permainan politik Anwar,” katanya.
Semalam Menteri Besar Selangor, Tan Sri Mohd Khalid Ibrahim menggesa Umno meletakkan Ezam sebagai calon untuk menentang Anwar di Permatang Pauh.
Ketika ditanya sama ada beliau sedia memikul tanggungjawab itu, beliau berkata:
“Saya tidak boleh buat keputusan untuk betanding di sana. Semuanya akan ditentukan oleh pucuk pimpinan parti dan Umno Bahagian Permatang Pauh.”
Tambah Ezam, Penasihat PKR itu perlu menang di Permatang Pauh bagi menghidupkan karier politknya.
Ezam yang juga bekas Pengerusi Gerak berkata, Anwar sememangnya menggunakan peluang bertanding dalam pilihan raya kecil ini untuk kembali ke Parlimen.
Ditanya adakah BN akan merasa terancam sebaik Anwar kembali ke Parlimen Ezam berkata:
“Anwar akan kembali ke Parlimen, namun dia hanya berdiri atas tiket PKR dan BN tidak akan terancam kerana tiada pertambahan kerusi di pihak pembangkang.”
Ketika ditanya adakah beliau percaya mengenai cita-cita Anwar untuk membentuk kerajaan pusat yang baru menjelang 16 September ini, Ezam menjelaskan, ia hanya satu gimik politik Anwar.
“Kalau betul ada ahli Parlimen BN nak lompat parti, mengapa perlu tunggu Anwar ke Parlimen. Sekarang pun boleh,” ujarnya sinis.
Article source:
PENANG: The Chinese community has been advised not to be hoodwinked by PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim’s promises.
MCA Youth chief Datuk Liow Tiong Lai said Anwar had caused “severe” damage to the community through his many unfair policies when he was Deputy Prime Minister and Education Minister.
“He was responsible for putting non-Chinese educated administrators in Chinese schools and he was also against relocating Chinese schools or increasing the number of Chinese schools,” he said at a luncheon with state MCA committee members yesterday.
“But now he is portraying a totally different image. He can promise you the world since he is no longer in power and even the DAP and PAS are placing high hopes on him to bring changes.”
He also criticised PAS for trying to implement the hudud law and hit out at DAP for forming a collaboration with the Islamist party in the five Pakatan Rakyat-led state governments.
“Their collaboration with PAS has raised concerns among non-Muslims who have always been fearful of PAS’ plans to set up an Islamic state,” he said.
Article Source:
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/5/5/nation/21152199&sec=nation