Tag Archive | "Chinese"

Rakyat Mencari Pemimpin Yang Berjuang Untuk Mereka!

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,


Bukan Rakyat tak Sayang BN,tapi…..

Melihat kpd perkembangan mutakhir ini,ramai yg merasakan bhw rakyat tlh menolak BN.Namun hakikatnya ia bukan begitu,Rakyat sebenarnya mahu menghantar mesej kpd Krjn bhw mereka mahukan perubahan,Baik Melayu,Cina,India mahupun Bumiputera di Sbh dan Swk.Rakyat kini berasa tersisih akibat perhatian yg lebih diberikan kpd ahli2 parti politik berbanding rakyat.Rakyat mahu Krjn ingat bhw selain ahli parti yg bernaung bwh parti2 sahsiah dibwh BN ini,sebenarnya ada puluhan juta lg warganegara yg mengidamkan belaian dan kasih sayang Krjn memerintah Barisan Nasional.

Kenapa rakyat berasa begitu asing hanya semata2 mereka tidak menganggotai mana2 parti politik? Sedangkan semua rakyat sebenarnya berhak utk merasakan diri mereka adalah sebahagian drp Barisan Nasional Hakikatnya hari ini,tanpa kita sedari BN tlh secara tidak sengaja membina sebuah tembok pemisah antara pemimpin,ahli dan rakyat,ini tlh mewujudkan jurang dan ‘double standard’ dikalangan rakyat dan ini amat mengguris hati dan perasaan rakyat.Oleh yg demikian adalah menjadi tanggunjawab BN utk merobohkan Tembok itu seterusnya memenangi hati rakyat semula supaya rakyat kembali kpd Barisan Nasional.Percayalah Rakyat masih Rasional,Rakyat tahu hanya BN yg boleh membawa pembangunan,cuma Rakyat sudah bosan dan jelek dgn sikap sesetengah ataupun rata2 pemimpin BN yg tamak dan tidak menghiraukan nasib mereka.Bagaimana utk membetulkan keadaan ini,jawapannya mudah,’BERUBAH’ BN tiada pilihan selain berubah dan kembali kpd perjuangan asal…iaitu BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT.

Hari ini,rakyat sudah bijak,mereka boleh menilai antara realiti dan retorik.Oleh kerana mereka menilai dan hasil penilaian mereka menunjukan berlaku byk kepincangan dlm BN,makanya rakyat kecewa.Apabila rakyat kecewa,maka rakyat mula bertindak secara emosional lantas memikirkan jalan keluar yg mudah iaitu dgn pergi kpd Parti Pembangkang. Rakyat juga sedar bhw Parti Pembangkang juga tidak mampu membuat perubahan,namun apa sahaja pilihan yg rakyat ada,utk menyampaikan mesej kpd Krjn?. hakikatnya rakyat masih sayangkan BN,Cuma Rakyat hari ini,menuntut perubahan,Rakyat juga sudah mual dgn tindakan pembangkang yg selalu menangguk di Air Keroh dan memporak-perandakan keamanan negara.Rakyat juga jijik dgn permainan politik kotor pembangkan.

Menyedari keadaan dan tuntutan rakyat itu,maka…UMNO,MCA,MIC,GERAKAN dan Semua PARTI KOMPONEN BN,perlu kembali kepada perjuangan asal.Perjuangan BN yg sebenarnya adalah utk membangunkan negara seterusnya memastikan rakyat hidup aman dan damai didalam Negara bertuah Malaysian ini.Parti2 politik dibwh BN perlu mengambil tindakan drastik utk menjaga dan memperjuangkan nasib bangsa masing2 kerana dgn semangat inilah makanya kita memiliki Negara berbilang-bangsa yg unik hari ini.

UMNO umpamanya,UMNO perlu membuat perubahan yg besar dlm gerak kerjanya…UMNO mesti mesra rakyat dan mudah didekati.Cukuplah dgn program2 syok sendiri yg menjadi budaya UMNO dari dulu hingga kini.UMNO hari ini harus mendekati badan2 bukan Krjn(NGO’s),profesional muda,Mahasiswa,Pelajar Sekolah,Org kampung,pekerja kilang,pemandu teksi,tukang jaga tandas dan segala yg bernafar di bumi bertuah ini.Sertai mereka,dekati mereka,jdkan mereka sbg sebahagian keluarga UMNO.Begitu juga dgn MCA,MIC dan Parti Komponen yg lain.Mereka juga harus menjadi hero kpd bangsa2 yg mereka wakili,kerana itulah juga tujuan parti2 tersebut lahir,ia mmg lahir utk memperjuangkan dan mempertahankan nasib anak bangsa mereka,maka tiada salah atau cacatnya jika mereka memainkan peranan mereka,selagi ia dilaksanakan dgn cara dan saluran yg betul.

Kehadiran BN perlu dirasai oleh rakyat.Rakyat ingin melihat usaha ini dijalankan oleh BN.BN harus buktikan kpd Rakyat bhw BN benar2 ingin berubah.Baru2 ini,YAB PM tlh turun sendiri keakar umbi utk mendalami perasaan dan isi hati rakyat.Rakyat amat terharu atas keperihatinan PM,tp bukan itu yg Rakyat harapkan,Rakyat tahu bhw YAB Pak Lah cukup perihatin thdp keadaan rakyat,tp apa yg rakyat lebih mahukan adalah rakyat ingin melihat menteri2 dan pimpinan UMNO / BN ini bekerja utk mereka. Hari ini Perdana Menteri tlh buktikan kesungguhannya mendekati akar umbi,jika PM boleh lakukan mengapa tidak yg lain,Menteri,Tim.Menteri,MB,YB Parlimen,Exco Krjn Negeri,ADUN,Ketua bhgn UMNO/MCA/MIC ,Ketua Wanita,Pemuda,Puteri UMN/ MCA/MIC Bhgn dan Semua ahli2nya bergerak,bekerja senada seirama utk memenangi hati rakyat semula.Pedulikan semua permasalahan yg remeh temeh ini.

Pimpinan politik Krjn harus sedar,Rakyat menolak BN hari ini bukan kerana namanya BN ataupun Org yg memimpinnya…tetapi Rakyat tidak boleh terima pendekatan yg BN guna pakai yg tidak mesra Rakyat…Apa sudah jadi kpd tema ‘Tradisi membela Rakyat’,Hakikatnya Rakyat x merasa terbela…apa yg rakyat nikmati hari ini mmg benar adalah hasil titik peluh Pemimpin BN terdahulu,Namun ia bukanlah alasan utk Rakyat terus menyokong BN Jika BN mengabaikan nasib mereka.Rakyat menghargai segala jasa dan sumbangan BN,Rakyat tidak pernah menafikannya tp Rakyat juga mahu BN melakukan lebih dari itu,krn bg rakyat apa yg BN buat hari ini,org lain juga boleh buat,Oleh itu BN mesti memikirkan satu kaedah utk menjadikan ia lain drp lain seterusnya memikat hati rakyat utk memilih mereka dan bukan org lain.

Dibwh Krjn BN,ada pelbagai kemudahan dan kementerian yg bertanggunjawab keatas setiap yg bernafas di negara ini.Mengapa Kementerian2 ini tidak mengkaji ataupun menilai semula ttg apakah permasalahan sebenar yg Rakyat hadapi.Jika kementerian2 ini dpt mengesan dan mengenalpasti permasalahan dan isu2 berbangkit ttg rakyat seterusnya membantu rakyat mengatasi masalah itu,rakyat pasti gembira,kemudian UMNO,MCA,MIC dan Parti Komponen yg lain pula berjuang habis2an utk memajukan anak bangsa masing2 dlm membentuk rakyat Malaysia yg berguna,jika ini berlaku,bukankah BN akan kembali kuat dan unggul? Pokoknya,piminan BN harus sedar,bhw mereka harus/wajib berubah.Percayalah,jika rakyat boleh melihat perubahan ini,maka sokongan keatas BN akan beransur2 pulih.BN mesti jamu Rakyat dgn berita2 yg menampakan Pemimpin BN Bekerja dan mendekati rakyat,biar Suratkhabar penuh dan terpaksa tambah muka surat utk menceritakan sumbangan dan pengorbanan Pemimpin BN,Biar rakyat lihat sendiri dan tafsir sendiri.Apabila Rakyat merasai dan menikmati belaian serta sentuhan pimpinan krjn BN ini,Rakyat akan gembira dan bila rakyat gembira maka mereka akan setia dan terus bersama BN.

Maka jelaslah hari ini,Rakyat masih sayangkan BN dan berpegang kpd prinsip sayang anak tangan2kan,sayang isteri tinggal2kan maka BN kena terima hakikat bhw rakyat sebenarnya masih sayangkan BN cuma Rakyat mengharapkan perubahan.Rakyat tahu yg pembangkang tak akan mampu membentuk Krjn,hanya BN yg akan terus menerajui tampok pemerintahan Negara,tp ‘Tolonglah! Tolonglah….berubah,BN harus bangun drp dibuai mimpi indah,BN mesti sentiasa ingat rakyat benci akan BN,maka BN perlu menggubah persepsi itu….’ Oleh itu Jgn buang masa lg,kami sbg rakyat juga byk kerja yg perlu diselesaikan,kami x ada masa nk sibuk2 ttg hal2 politik ni,kami juga percaya Pemimpin BN juga mesti byk tugasan yg perlu dilaksanakan,lebih2 lg selepas membaca artikel ini…marilah kita berganding bahu memajukan negara…Bersama setia,pemimpin dan rakyat,seiya sekata dgn rasa erat,yg berat dipukul,yg ringan dijinjing,sejalan seiringan dgn rasa syukur.Jika ada kekusutan dicari penyelesaian demi masa depan Malaysia tersayang.Ke gunung sama didaki,kelurah sama turuni biar ikhlas berjuang demi negara tercinta,bagai aur dgn tebing saling perlu memerlukan,RAKYAT dan PEMIMPIN tidak mungkin dipisahkan….

‘RAKYAT MENCARI PEMIMPIN YANG BERJUANG UNTUK MEREKA!!’

-Che Bad-

Share/Save/Bookmark

Site Sponsors

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Add to Technorati Favorites

Calendar

December 2008
M T W T F S S
« Nov    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Archives

Authors

Voice of Malaysian

↑ Grab this Headline Animator