Pemuda harapan bangsa?
Kalimah keramat sedari era keptan Hussin hinggalah ke hari ini, pelbagai kenangan pahit manis, suka dan duka, perit dan getir yang telah di lalui oleh sayap kanan parti keramat UMNO ini, sumbangan sayap ini tiada tolok tandingnya dalam memperjuangkan dan mengisi kemerdekaan tanah air.
Ramai tokoh-tokoh besar yang telah lahir daripada telapak pemuda UMNO ini. Tun Razak, Tun Hussin Onn, Najib Razak, Anwar Ibrahim, Nazri Aziz, Rahim Thamby Chik, Zahid Hamidi dan Hishamuddin Hussin adalah
antara nama-nama besar yang telah mewarnai lakaran sejarah pembangunan bangsa dan Negara.
Umpama lautan yang tidak pernah sunyi daripada pukulan ombak dan gelombang ganas, begitulah juga pemuda UMNO. Namun berkat keramat yang wujud dalam parti UMNO ini kita masih terus bernafas dan bernaung dibawah panji sang saka bangsa ini.
Satu ketika dahulu, tiada apa yang lebih membanggakan selain mengangotai sayap kanan UMNO ini, kerana fungsi dan pembuktiannya dalam memperjuangkan nasib bangsa sangat jelas dan berkesan. Pelbagai tindakan dan hasil kerja pemuda ketika itu mengundang rasa hormat pihak kawan dan lawan serta bangsa lain.
Apakah kerana ketika itu gaya kepimpinan yang di tonjolkan oleh pemimpin-pemimpin pemuda ketika itu sangat berkesan, atau adakah gaya sokongan yang ditonjolkan oleh penyokong-penyokong ketika itu yang
sangat berkesan?
Persoalannya, apakah kaedah yang perlu kita guna pakai untuk mengembalikan keperkasaan sayap ini? Hari ini, keadaan semakin bercelaru, UMNO semakin bergolak, satu tindakan bersepadu harus di mulakan untuk memastikan UMNO terus releven.
APAKAH PERANAN PEMUDA DI SINI?
Ayuh! Umat Melayu, tidak mengira kaya atau pun meskin, cerdik ataupun pandai, kuat ataupun lemah, marilah kita bangkit dengan maha perkasa. Kita mertabatkan semula bangsa kita, letakkan ia di tempat yang sepatutnya. Apa kurangnya kita, apa lebihnya mereka.
Hari ini, kita juga sudah boleh berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa lain bukan sahaja di dalam Negara, tetapi juga di peringkat antarabangsa. Ia hanya soal kemahuan kita, sama ada mahu
berubah ataupun tidak.
Apa yang kita kurang hari ini dan apa yang kita perlukan untuk terus Berjaya? KEPIMPINAN, YA! Itulah jawapannya. Kita memerlukan kepimpinan yang berkesan dalam melaksanakan misi ini, dan ini bukan soal
kepimpinan yang ada hari ini, tetapi soal kepimpinan masa hadapan. Percayalah sekiranya kita mampu membentuk kepimpinan masa hadapan yang unggul, maka tidak mustahil kita akan menjadi bangsa yang CEMERLANG, dikalangan yang TERBILANG di masa yang akan datang.
Mari kita lelapkan mata kita sejenak, cuba kita renungkan kepimpinan bagaimanakah yang kita inginkan? Dan siapakan kepimpinan muda yang kita harapkan untuk membawa misi ini? Tidak perlu jawab, simpan
jawapan itu dalam minda kita.
Hakikatnya, hanya kita yang tahu, itulah satu-satunya pemimpin muda yang menpu menebus dan memperjuangkan nasib anak bangsa kita, namun mengapa kita begitu sombong hingga menafikan kebolehannya.
Hari ini suka atau tidak, kita dahagakan seorang pemimpin muda yang bijak, berani, berketrampilan, berkredibiliti dan yang terpenting pemimpin muda yang mempunyai semangat juang yang tinggi, seterusnya disegani pihak kawan dan lawan baik dari dalam mahupun luar Negara.
Apakah kita kita tidak mempunyai pemimpin yang mempunyai kualiti ini? Sama-sama lah kita jawab dan sama-sama lah kita renungkan. Cuba kita bayangkan jika dia lahir bukan dikalangan kita, agak-agaknya dimanakah dia? Apakah nasibnya akan serupa? Dari itu marilah kita sama-sama memuhasabah diri dan bangsa kita, mari kita buka minda kita, janganlah lagi kita terikat dengan sifat tradisi HASAD DENGKI yang telah kita warisi sekian lama. BERUBAH! Hanya itulah yang boleh membangunkan kita. Ingatlah Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum selagi kaum itu tidak mengubah nasibnya.
Ini bangsa kita, agama kita. Hanya kita yang boleh mengubahnya. Pilihan di depan mata, racun di tangan kiri kita madu pula di tangan kanan kita, terpulanglah kepada kita untuk memilih. Dengan kemewahan
dan kebijaksanaan yang kita miliki hari ini, JANGANLAH KITA GAGAL MEMBEZAKAN INTAN DAN PERMATA kerana kita tidak mampu membuat kesilapan ketika ini, dan percayalah, kesilapan kita hari ini merupakan BAHANA BESAR bangsa kita di masa hadapan.
Mari kita tenang-tenangkan masa hadapan bangsa kita. Apakah kita mampu bersaing dalam era globalisasi, dunia tanpa sempadan yang ganas dan tidak mengenal perbezaan bangsa dan agama? Apakah kita mampu untuk terus bergantung kepada artikel 153 dan hak keistimewaan orang Melayu?
Apakah kita mampu untuk terus berbangga berpijak di tanah tumpah darah kita walaupun akhirnya ia menjadi milik orang. Bukan niat untuk menakut-nakutkan tetapi inilah hakikatnya. Menyedari hakikat itu, kita harus bersedia menghadapi segala kemungkinan. Kepimpinan muda kita hari ini harus bersifat lebih
terbuka dan bijaksana untuk mengolah masa hadapan ini. Hanya mereka yang teruji dan di uji sahaja mampu melaksanakan misi ini. Dan seperti yang kita bincangkan tadi, siapakah pemimpin muda yang benar-benar layak untuk mengetuai perjuangan ini?
Kita renung-renungkan, simpan nama itu dalam hati kita dan marilah kita berkerja dan berjuang bersama-samanya kerana kepimpinan yang baik hanya akan lahir dengan sokongan penyokong-penyokong yang baik.
Terakhir, apakah cara termudah untuk kita mencari pemimpin ini? Letakkan diri kita di dalam keadaan sesat di sebuah hutan belantara, aturkan nama-nama pemimpin muda yang ada dalam kepala kita dan Tanya
pada hati kecil kita, pemimpin manakah agaknya yang mampu membawa kita keluar daripada kesesatan itu? Simpan nama pemimpin itu di dalam minda kita dan sekiranya dia ditakdirkan terpilih sebagai pemimpin itu maka berkerjalah bersamanya. Nescaya kita akan Berjaya.
HIDUP PEMUDA UMNO!!







