Tag Archive | "Hasil periksa HKL dipertahan"

Hasil periksa HKL dipertahan, Pusrawi tubuh badan siasatan

Tags: ,


PETALING JAYA: ementerian Kesihatan sedang menyiasat kesahihan rekod pemeriksaan kesihatan yang dikatakan dikendalikan seorang pengamal perubatan dari sebuah hospital swasta ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

“Kita akan menyiasat sama ada institusi itu mempunyai protokol dan tatacara pengeluaran rekod perubatan. Dalam apa juga keadaan, rekod perubatan adalah rahsia dan tidak harus dihebahkan dan kerahsiaannya merangkumi sistem penyimpanan dan tatacara keselamatan dokumen maklumat berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Dr. Mohd Ismail menegaskan bahawa kementerian itu berpegang kepada hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh pengamal perubatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) ke atas Mohd Saiful Bukhari pada 28 Jun lepas.

Pengamal perubatan HKL telah membuat pemeriksaan sepenuhnya mengikut prosedur operasi yang standard berlandaskan kepada etika perubatan, kerahsiaan dan profesionalisme, katanya.

“Maklumat terperinci mengenai pemeriksaan tidak pernah dan tidak akan diberikan kepada manamana individu atau agensi yang tidak layak.

“Orang ramai adalah dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi atau andaian berkaitan hasil pemeriksaan kesihatan itu,” katanya.

Ketua Pengarah Kesihatan itu turut menegaskan bahawa Majlis Perubatan Malaysia (MPM) memandang serius penyebaran rekod perubatan pesakit di laman web oleh pihak berkenaan dan tidak teragak-agak mengambil tindakan jika terbukti ia dilakukan pengamal perubatan yang berdaftar.

Pengamal perubatan, katanya, mempunyai tanggungjawab etika, moral dan perundangan untuk menjaga kerahsiaan pesakitnya dan tidak boleh membocorkan sebarang maklumat yang diperolehi melalui interaksi profesional dengan pesakit tanpa keizinan.

“Hubungan doktor-pesakit adalah satu hubungan yang mulia dan kerahsiaan adalah rukun amalan perubatan yang baik.

“Pesakit akan memberi semua maklumat peribadi dan sulit kepada pengamal dengan penuh harapan dan kepercayaan yang maklumat yang disampaikan akan dimanfaatkan dengan balasan pekhidmatan rawatan yang bersesuaian di samping menjaga kerahsiaannya,” katanya.

Dr. Mohd Ismail berkata, pengamal perubatan yang disabit melanggar tataetika kerahsiaan sebagaimana termaktub dalam Akta Perubatan 1971 boleh dihukum dengan celaan, digantung pendaftaran atau dipotong nama daripada buku daftar pengamal perubatan, bergantung kepada keberatan kesalahan.

Sepanjang dua tahun lepas, dua pengamal perubatan telah digantung pendaftaran kerana melanggar tata etika kerahsiaan di mana rahsia pesakit telah disampaikan kepada pihak ketiga tanpa keizinan, katanya.

Sementara itu, Hospital Pusrawi, hospital yang dikaitkan dengan rekod perubatan itu, dalam tindakan segeranya telah menubuhkan badan siasatan sendiri untuk menentukan kesahihan dokumen itu.

Pengurus Besarnya, Wan Mahmood Wan Yaacob berkata, hospital itu tidak pernah mengeluarkan rekod perubatan Mohd Saiful Bukhari tetapi tidak menolak kemungkinan ia dilakukan individu yang tidak bertanggungjawab di hospital itu.

“Secara rasmi memang kita tidak boleh mengeluarkan rekod perubatan pesakit. Hanya antara pesakit dan doktor sahaja yang boleh mengetahui maklumat perubatan itu,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, beliau mengesahkan Mohd Saiful Bukhari memang telah menjalani  pemeriksaan di hospital itu tetapi enggan menjelaskan lebih lanjut berhubung perkara itu.

Wan Mahmood berkata, badan siasatan itu yang ditubuhkan Hospital Pusrawi hari ini dianggotai seorang pegawai kanan sumber manusia, seorang pegawai kanan pemasaran dan seorang ketua jururawat yang tiada kaitan dengan pemeriksaan ke atas Mohd Saiful Bukhari.

Hasil siasatan dalaman ini akan diserahkan kepada polis, katanya.

Article source:

mSTAR Online

Site Sponsors

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Add to Technorati Favorites

Calendar

January 2009
M T W T F S S
« Dec    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Archives

Voice of Malaysian

↑ Grab this Headline Animator