Tag Archive | "Jangan buat spekulasi isu akuan bersumpah - Muhammad"

Jangan buat spekulasi isu akuan bersumpah - Muhammad

Tags:


JASIN: Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib meminta ahli-ahli Umno agar tidak membuat sebarang spekulasi dan mengaitkan ‘konspirasi’ kepada individu tertentu atas isu membabitkan akuan bersumpah penyiasat persendirian P. Balasubramaniam.

Akuan bersumpah itu ialah mengenai maklumat dalam kes berhubung kematian wanita Mongolia Altantuya Shariibuu.

Muhammad berkata, perkara itu kini sedang disiasat oleh pihak berkuasa yang kini mencari bahan bukti terhadap kes itu.

“Lebih kurang kita membuat spekulasi mengenai perkara itu (akuan bersumpah) lebih bagus,” katanya kepada pemberita di sini hari ini selepas merasmikan Konvensyen Mari Belajar peringkat negeri Melaka di sini hari ini.

Beliau juga berkata, Majlis Tertinggi Umno akan mengadakan majlis penerangan bersama Presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 12 Julai.

Beliau berkata, kepimpinan di peringkat bahagian seluruh negara termasuk pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri akan dipanggil untuk menghadiri majlis tertutup itu bagi taklimat isu semasa. BERNAMA

Article source:

mSTAR Online

Site Sponsors

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Add to Technorati Favorites

Calendar

January 2009
M T W T F S S
« Dec    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Archives

Voice of Malaysian

↑ Grab this Headline Animator