Bila kita susah, makan pun tak cukup, kita terpaksa meminta bantuan kerajaan, kesana- kemari mancari sedara mara dan sahabat handai. Kita sanggup melutut di depan pegawai kerajaan agar dapat memberi bantuan biasiswa kepada anak-anak untuk bersekolah dan sedikit bantuan untuk menampung keperluan harian. Itu, 50 tahun yang lalu, di mana rata-rata orang Melayu adalah petani & nelayan. Ramai yang miskin dan daif.
Kini, ramai orang Melayu telah bertaraf professional. Golongan pertengahan telah melebihi golongan miskin. Shopping complex telah tumbuh bak cendawan, menandakan kemampuan membeli yang telah tinggi.
Kini telah ramai yang mampu bersekolah dengan tanggungan keluarga sendiri tanpa mengharapkan biasiswa. Selepas tamat pengajian, ada yang berkerja secara professional dengan firma swasta & bukan kerajaan.
Kini kita mula mendengar perkataan ‘meritokrasi’, hapuskan DEB dan hak sama rata antara kaum. Sedihnya bila ianya datang dariipada golongan Melayu Profesional. Yang merasakan apa yang memreka kecapi sekarang ini adalah hasil usaha sendiri, tanpa ada apa-apa bantuan daripada kerajaan.
Golongan ini juga tidak memerlukan tender-tender karajaan untuk mencapai tahap mereka sekarang. Kini masing-masing mempunyai idealogi dan pemahaman politik yang tersendiri. Ramai juga yang leka dengan kehidupan sendiri tanpa menghiraukan keadaan semasa.
Apabila harga barangan keperluan mula naik, semua orang mula naik angin, kerana terasa seperti mereka telah di rompak. Kerajaan kurang pandai. Masing-masing mula menunding jari kepada kerajaan, mereka mula mempunyai teori tersendiri untuk sebuah kerajaan yang sempurna.
Kerajaan sedia ada sudah tidak releven, mula timbul idea untuk menubuhkan kerajaan baru, walaupun YB nya lessen memandu pun tak ada, tak reti berbahasa Melayu pun, tapi kerana dia seorang jurukemera yang cekap (correct, correct, correct…) tak mengapa, janji ianya kerajaan baru.
Kerana kepintaran orang Melayu ini, kini Melayu terbahagi kepada beberapa pecahan, UMNO kem A (yang berjawatan), UMNO kem B(kurang berjawatan/tidak cukup jawatan), Reformasi (golongan taksub), PAS (golongan yang anggap mereka paling beriman) dan golongan yang tak ambil POT.
Masing-masing sanggup mati untuk memperjuangkan idealogi mereka. Ia macam satu pertandingan pula. Apa objektif akhir yang ingin dikecapi disebalik idealogi ini pun agak kabur di pandangan mereka, tetapi yang penting untuk jangka pendek, kalau idealogi ini diterima pakai, maka satu kemenangan bagi mereka.
Contoh mudah ialah, Pak Lah kena lepaskan jawatan. Siapa yang akan mengganti, kita pikir kemudian. Perioriti jangka pendek ialah untuk jatuhkan Pak Lah dulu. Short term thinking cam nie lah yang memburukkan lagi keadaan.
Persoalannya ialah, apa yang ingin kita capai untuk idealogi2 ini. Adakah selama ini kita merempat, tak cukup makan? Setahu saya, sejak 50 tahun yang lepas, kita hidup aman makmur dan keadaan ekonomi yang semakin lama semakin baik.
Adakah hanya kerana harga tol dan harga keperluan meningkat, kerajaan baru perlu di wujudkan. Adakah kerajaan sekarang ini kurang berkemampuan untuk memenuhi kehendak rakyat? Adaka sebegitu kejam kerajaan dan menteri2nya yang tidak langsung peduli akan kehendak rakyatnya? Adakah kita telah mengalami penindasan yang dahsyat sehingga ramai yang mati kebuluran, sehinggakan sebuah kerajaan baru perlu diwujudkan?
Kalau pasal kenaikan harga nak kena tukar kerajaan, maka semua kerajaan yang ada di dunia ini kena tukar jugalah, sebab it is a world crisis, bukan Malaysia je yang inflasi naik brader….
Inilah dia kesan kepada golongan Melayu yang merasakan diri mereka sangat pandai. Orang lain dirasakan kurang pandai.. Inilah delema Melayu yang sering diperkatakan oleh Tun Dr.M dulu. Bila pandai sikit, mewah sikit mula la besar kepala dan lupa diri.
Me my self bukanlah orang kuat UMNO pun, tetapi kekadang rasa terkilan dengan sikap kita Melayu yang suka berpuak2 dan suka memandang rendah orang lain yang tidak sama fahaman dengan mereka.
Sementara kita bergelut sesame sendiri, kaum lain terus bersatu dan maju. Sedarlah wahai rakan-rakan sekelian. Tidak ada 1 kerajaan di dunia ini yang sempurna. Selama ini kita telah hidup aman makmur walaupun kurang sempurna. Tetapi jika kita bersatu, dengan UMNO pun kita boleh bentuk sehingga menjadi sempurna.
UMNO lah tunjang kepada kekuatan Melayu selama ini. Janganlah kita akhirnya menjadi seperti Melayu di Singapura. Menjadi anak tiri kepada Negara sendiri.
Kita lihat sendiri apabila Cina di beri mandat di Pulau Pinang. Perkara pertama sekali yang mereka sentuh adalah untuk menghapuskan DEB. Berapa ramai sekarang ini orang melayu yang mempunyai tanah di Pulau Pinang. Berapa banyak pula ekuiti pegangan orang Melayu di sana? Orang Melayu di Penang sudah hampir sama dengan Melayu di Singapura tetapi Malayu professional kita masih berbangga dengan Ego masing2 sambil dengan lantang menyuarakan hak sama rata.
Kita lihat pula berapa besar kepala Karpal Singh bila di beri mandat. Tidak ada langsung rasa hormat kepada orang Melayu, agama Islam dan kedaulatan Sultan. Sekiranya kita terus berpecah, lama kelamaan kita akan menjadi kaum minority dan kita akan hilang hak ketuanan Melayu yang selama ini kita kecapi, sama ada kita sedar atau pun tidak.
Apakah selama ini dengan adanya rasa Ketuanan Melayu & DEB, kaum bukan Bumi putra merempat dan tertindas dengan kejamnya. Tidak sama sekali, selama ini kita tetap hidup aman makmur dan semakin mewah. Jadi kenapa perlu menidakkan Ketuanan Melayu dan DEB?
Sudah-sudahlan dengan keEgoan kita tu. Tidak akan kurang nilai Ijazah kita sekiranya kita merendah diri dan bersatu hati, bergabung tenaga dengan kepimpinan yang sedia ada untuk mencapai tahap yang lebih baik dan bersama-sama mempertahankan hak kita.
Jikalau dengan kerajaan baru kita kena belajar dari A, B,C, tetapi kerajaan sekarang ini telah sampai ke huruf S,T, U (50 tahun untuk mencapai tahap ini)…dan kalau kita bersungguh sungguh, saya pasti kita boleh memperbaiki kelemahan yang ada dan meneruskan kecemerlangan ke huruf seterusnya V,W,X hingga Z, insyaallah.
Tidak perlulah kita cuba merekabentuk satu lagi model kerajaan baru, berapa lama pula kita hendak tunggu untuk kerajaan baru itu matang seperti kerajaan sekarang ini. Kalau setiap orang mempunyai model kerajaan sendiri, maka kita akan terus berpecah. Kaum lain yang terus bersatu akan menjadi makin kuat tetapi kita akan menjadi semakin lemah, manjadi semakin minority dan akhirnya tertindas…
Pikir-pikirkanlah……….
TokUban

Centre of attraction: Tengku Razaleigh being mobbed by reporters on Thursday. The Umno veteran thinks that the party has a chance to make it back big if its leaders make the right move.





