SHAH ALAM: Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd Nor berkata, beliau akan membongkar apa yang diketahuinya mengenai Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim jika beliau dikaitkan dengan dakwaan konspirasi politik untuk menjatuhkan bekas timbalan perdana menteri itu menerusi tuduhan liwat.
“Kalau keluar dari mulut Anwar, keluar dari mulut Wan Azizah (Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR dan isteri Anwar) kata saya adalah sebahagian daripada konspirasi, dalam tempoh 24 jam saya akan bersumpah dengan secara Islam sebenar-benarnya untuk lawan Anwar,” katanya.
Beliau menyatakan demikian dalam satu ceramah mengenai isuisu semasa anjuran UMNO Bahagian Shah Alam dan sebuah pertubuhan bukan kerajaan “Alam Free Speech” di Seksyen 19 di sini malam tadi.
Beliau kini aktif mengambil bahagian dalam siri jelajah ceramah di seluruh negara sejak kembali ke pangkuan Umno Mei lalu.
Ezam yang juga bekas setiausaha politik Anwar berkata, beliau akan membongkar segala apa yang beliau tahu mengenai pemimpin PKR itu walaupun ia akan mengaibkan anakanak dan keluarga Anwar.
Kata Ezam, beliau tidak berniat untuk mendedahkan apa yang diketahuinya tentang Anwar tetapi jika maruahnya terus dicabar kononnya beliau dibawa masuk ke dalam UMNO dan di beri habuan berjutajuta ringgit, beliau terpaksa bertindak.
Dipetik Bernama, Ezam berkata, beliau telah berjumpa dengan dua ulama muktabar untuk mendapatkan pandangan mereka dan diberitahu adalah wajib bagi beliau untuk mempertahankan maruahnya.
# BPR soal siasat Musa-Gani hari ini, giliran Anwar minggu depan
# Anwar tuntut Syed Hamid mohon maaf
Beliau juga berkata, anggota-anggota UMNO juga perlu bangkit dan berjuang mempertahankan parti dan pemimpinpemimpinnya yang kini diasak oleh Anwar.
Ezam berkata, dakwaan Anwar terdapat konspirasi politik ke atasnya setelah pembantu khas beliau Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23 membuat laporan polis bahawa Anwar telah meliwatnya bulan lepas sepatutnya berkisar sebagai masalah peribadi Anwar dan pemuda itu sahaja.
Kata beliau, perkara itu tidak perlu diperbesarbesarkan sehingga mengaitkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan wanita Mongolia Altantuya Shariibuu.
Semalam di Kota Baharu, Kelantan, Ezam mendakwa pengaruh Anwar di kalangan pakatan parti pembangkang kian terhakis berikutan tuduhan terbaru kes liwat yang dihadapinya.
Menurut Ezam, agi mengalih perhatian rakyat daripada masalah yang dihadapi oleh Anwar, PKR sengaja membuat gimik politik melalui tindakan Dr. Wan Azizah mengemukakan notis usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau mengulas tindakan Dr. Wan Azizah menyerahkan notis itu kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia di bangunan Parlimen semalam.
“Untuk menyelamat keadaan yang semakin rapuh itu mereka sengaja menimbulkan isu itu seolaholah negara sedang menghadapi masalah yang lebih besar dan perlu diberi perhatian segera,” katanya kepada pemberita selepas berceramah politik di sini malam tadi.
Beliau juga yakin cadangan undi tidak percaya itu tidak akan memberi kesan sedikit pun kepada kestabilan negara kerana rakyat sudah pandai menilai siapa yang benar.
Ezam turut mengakui bahawa sejak beliau keluar daripada PKR dan menyertai Umno, terdapat banyak pihak yang menyerangnya secara peribadi termasuk melalui SMS dengan membuat pelbagai cemuhan terutama daripada angkatan muda PKR.
Beliau berkata, bagi menegakkan kebenaran beliau sanggup berdepan dengan sesiapa sahaja termasuk berdebat dengan Anwar yang kini lebih suka membuka pintu kepada orang luar untuk menguasai kepimpinan asalkan beliau dapat menjadi Perdana Menteri.
Ezam juga mengancam akan mendedahkan satu rahsia besar bersama buktinya berhubung PKR sekiranya ada pihak yang berterusan cuba memperlekehkan maruahnya.
“Tunggulah sampai masanya saya akan dedahkan,” katanya yang enggan mengulas lanjut mengenainya.
Ezam juga berharap pemimpin PKR lain tidak memberikan sokongan “membabi buta” terhadap Anwar dan sebaliknya berpegang teguh kepada prinsip perjuangan mencari kebenaran dalam Islam.
“Tak semestinya setiap pemimpin itu (bercakap) benar, salah juga jika percayakan Anwar 100 peratus. Ia bertentangan dengan prinsip Islam dalam mencari kebenaran dan penyelesaian sesuatu masalah,” katanya.
Article source:







