Tag Archive | "liwat"

Pendakwa pohon pindah ke Mahkamah Tinggi, kes liwat Anwar ditangguh hingga 24 September

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,


(Dikemas kini) KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 24 Sept ini untuk mendengar hujah berhubung permohonan pendakwaan untuk memindahkan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi.

Hakim S.M. Komathy Suppiah menetapkan tarikh itu ekoran bantahan terhadap permohonan itu oleh peguam Anwar, Sulaiman Abdullah.

Beliau juga membenarkan permohonan Sulaiman untuk diberikan masa menyediakan hujah kerana mendakwa pihak pembelaan diberitahu mengenai pemindahan itu hanya 10 minit sebelum prosiding hari ini bermula pada 10 pagi tadi.

Anwar, 61, yang juga ketua pembangkang di Dewan Rakyat, mengaku tidak bersalah pada 7 Ogos lepas terhadap tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, di Unit 1151 Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun lepas. Kesalahan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Komathy memberi masa dua minggu kepada pihak pendakwaan dan pembelaan untuk membuat persiapan bagi penghujahan nanti.

Sebelum itu, Sulaiman mempertikaikan kesahihan sijil yang dikemukakan oleh pendakwaan bagi memindahkan perbicaraan itu ke Mahkamah Tinggi yang ditandatangani oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, dengan alasan Abdul Gani sedang disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah ekoran
laporan oleh Anwar yang mendakwa Peguam Negara itu telah memalsukan keterangan dalam kes liwat yang juga melibatkan Anwar pada 1998.

Peguam Cara Negara, Datuk Idrus Harun yang mengetuai pendakwaan tidak hadir pada prosiding hari ini.

Selain Yusof, pihak pendakwaan hari ini diwakili Datuk Nordin Hassan, Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Farhan Read dan Shamsul Sulaiman.

Pasukan pembelaan turut mengandungi R. Sivarasa, Sankara N. Nair, Leela Jesuthasan, Edmund Bon, Saiful Idham Ramli, Amer Hamzah Arshad, Latheefa Koya dan Mohd Radzlan Jalaludin.
Kawasan Kompleks Mahkamah Jalan Duta dikawal anggota polis termasuk daripada Unit Simpanan
Pesekutuan dan Pasukan Gerakan Am.

Polis membuka kaunter pendaftaran di luar pintu masuk ke kompleks itu.

“Kami ambil butiran setiap orang awam bagi memastikan kompleks ini terkawal dan keadaan keselamatan terurus,” kata Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan.

Terdahulu Anwar di Mahkamah Sesyen Jalan Duta, Kuala Lumpur sebentar tadi - pukul 9.30 pagi - dengan pasukan peguamnya menolak khabar angin bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan dibatalkan jaminan peribadi.

Kes tersebut disebut semula pagi ini dengan kawalan keselamatan ketat di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Ketika ditemui wartawan sebaik tiba di pekarangan mahkamah, Anwar berkata: “Saya tidak pasti apa yang akan berlaku di mahkamah hari ini. Saya berharap jaminan (peribadi) tidak ditarik balik. Sememangnya tiada asas untuk mengenakan tuduhan, jadi mengapa bercakap mengenai ikat jamin?”

Peguamnya, Sankara Nair pula berkata: “Jika pendakwa mahu menafikan jaminan ke atas Anwar, mereka perlu memohon dan kami akan respons. Begitu juga langkah memindahkan kes ke mahkamah lain (Mahkamah Tinggi).”

011244533 cakap-cakap
ANWAR Ibrahim, (dua dari kanan) bersama isterinya, Dr. Wan Azizah Wan Ismail (kiri) ketika tiba di pekarangan mahkamah di Jalan Duta, Kuala Lumpur pukul 9.30 pagi tadi.  - foto AP

Ketika dihadapkan di mahkamah awal bulan lalu, Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap tuduhan melakukan seks luar tabii terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan pada Jun lepas.

Beliau diwakili sembilan orang peguam.

Anwar, 61, dituduh melakukan perbuatan itu terhadap Mohamad Saiful, 23, pada antara 3.01 petang dan 4.30 petang 23 Jun 2008 di unit 1151 Desa Damansara Condominium, No 99, Jalan Setiakasih Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Anwar dibebaskan atas bon peribadi RM20,000.

Semalam Sankara ketika dihubungi mStar Online berkata, pihaknya tidak mendengar apa-apa mengenainya tetapi jika ada permintaan daripada pendakwa pihaknya akan membantah langkah sedemikian.

“Kami tidak dengar apa-apa (setakat petang semalam). Bagaimanapun pendakwa boleh meminta (untuk membatalkan jaminan).

“Jika pihak pendakwa berbuat demikian kami akan membantah. Lagipun tiada sebab untuk berbuat demikian,” kata beliau ketika dihubungi mStar Online.

Anwar tiba di mahkamah bersama isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anak mereka.

Jelas Sankara, mengikut rekod Anwar telah hadir mahkamah dengan tepat sepanjang masa dan beliau yang ke luar negara dari semasa ke semasa juga kembali tanah air termasuk yang terbaru ke Jakarta minggu lalu.

Beliau menyatakan demikian ketika tersebarnya SMS dan emel mengatakan bon jaminan peribadi akan dibatalkan apabila mahkamah bersidang hari ini.

Minggu lalu Sankara berkata, pihaknya berharap kes liwat terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan digugurkan apabila ia disebut semula hari ini.

Kata Sankara, pihaknya telah pun menyatakan pendirian tersebut sebelum ini dan sehingga kini masih mempertahankan agar kes berkenaan digugurkan.

Article source:

mSTAR Online

Site Sponsors

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Add to Technorati Favorites

Calendar

January 2009
M T W T F S S
« Dec    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Archives

Voice of Malaysian

↑ Grab this Headline Animator