Tag Archive | "Mahkamah Tinggi"

Mahkamah Persekutuan Beri Anwar Masa Fail Rayuan

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,


PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menangguhkan rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan dokumen bagi perbicaraan liwatnya ke satu tarikh yang akan ditetapkan bagi memberi beliau masa mencukupi untuk memfail petisyen dan membuat persiapan untuk kesnya.

Penangguhan diberikan kepada ketua pembangkang itu oleh panel terdiri daripada Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria, Hakim Datuk Md Raus Sharif dan Hakim Datuk Abdull Hamid Embung. Terdahulu semasa prosiding, peguam Anwar, Karpal Singh memberitahu mahkamah mereka harus diberikan masa yang cukup untuk menyediakan rayuan oleh kerana mereka hanya menerima rekod rayuan dari Mahkamah Rayuan pada 30 Disember tahun lepas.

“Menurut peraturan, kami mempunyai 10 hari dari hari kami menerima rekod rayuan, bagi memfail petisyen rayuan. Kami akan fail petisyen menjelang Isnin.

“Kami juga menerima notifikasi dari mahkamah pada 29 Disember tahun lepas, memberitahu kami bahawa rayuan ini ditetapkan untuk pendengaran hari ini. Adalah tidak mengikut perlembagaan tarikh pendengaran ditetapkan sekalipun petisyen rayuan belum difailkan,” kata beliau.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden bagaimanapun meminta mahkamah menetapkan tarikh awal bagi pendengaran rayuan oleh kerana kes itu melibatkan kepentingan awam dan perbicaraan sodomi di Mahkamah Tinggi akan bermula pada 25 Januari. Namun begitu Karpal pantas berkata: “Tidak perlu tergesa-gesa. Ini rayuan penting melibatkan interpretasi seksyen 51A Kanun Prosedur Jenayah (CPC). Keputusan mahkamah ini akan mengikat dan menjejas mahkamah-mahkamah lain.

“Hanya kerana perbicaraan akan berjalan pada 25 Januari, tidak bermakna rayuan ini harus dilakukan tergesa-gesa. Kami harus diberikan masa mencukupi, sekurang-kurangnya sebulan.” Anwar, 62, dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun, 2008.

Pada 26 Julai tahun lepas, hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membenarkan permohonan Anwar mendesak pendakwa membekalkan beliau dokumen di bawah seksyen 51A CPC bagi membolehkan beliau membuat persiapan bagi pembelaan dirinya agar proses pendakwaan lebih terbuka dan adil.

Bagaimanapun, pada 6 November tahun lepas, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan pendakwa terhadap perintah Mahkamah Tinggi itu atas alasan dokumen yang diminta oleh Anwar tidak tertakluk di bawah Seksyen 51A CPC oleh kerana ada had bagi pendakwa membekal dokumen tertentu kepada tertuduh.

Antara dokumen yang diminta ialah kenyataan saksi yang direkodkan daripada Saiful, Dr Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi dan tuan punya kondominium Hassanuddin Abdul Hamid, kenyataan tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur, nota ahli kimia dan laporan perubatan.

Mahkamah Rayuan juga menolak rayuan balas Anwar terhadap perintah Mahkamah Tinggi yang sama yang menolak permohonannya untuk mendapatkan sampel spesimen daripada Mohd Saiful.

mSTAR

Popularity: unranked [?]

Azilah berada di Malaysia pada hari Altantunya dibunuh

Tags: , , , , ,


SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Cif Inspektor Azilah Hadri, tertuduh pertama kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, berada di Malaysia pada hari wanita Mongolia itu dibunuh.

Pegawai penyiasat, ASP Tonny Lunggan berkata Azilah diberi tugasan mengiringi orang kenamaan (VIP) ke Hong Kong pada 19 Okt 2006 dan akan berlepas keesokannya tetapi kirakira pukul 5.30 petang hari yang sama, tugasan itu dibatalkan dan Azilah diarah melakukan tugasan rasmi di Putrajaya pada sebelah malamnya.

Tonny, 29, bagaimanapun berkata beliau tidak membuat siasatan sama ada Azilah ada membuat taklimat kepada anggotanya di Bukit Aman pada hari itu dan tiada seorang pun daripada mereka disoal siasat mengenainya.

Beliau juga tidak menjalankan siasatan mengenai kaedah bagaimana senjata diserahkan dan penghantaran senjata untuk anggota yang bertugas sebagai pengiring di luar negara.

Tonny memberitahu mahkamah bahawa cara siasatannya lebih menjurus untuk mendakwa Azilah di mahkamah dan mengakui ada di antara beberapa perkara yang langsung tidak disiasat.

Ditanya peguam J. Kuldeep Kumar yang mewakili Azilah adakah beliau menyiasat pergerakan pistol jenis Glock EAH 387 milik Azilah sama ada disimpan oleh Unit Tindakan Khas (UTK) atau sebaliknya, Tonny berkata: “Pasal pistol Glock ini saya tidak siasat sangat sebab saya tidak berminat.”

Saksi ke75 pendakwaan itu berkata sama ada senjata jenis itu tersimpan dalam peti besi di pejabat UTK atau tidak, beliau tidak akan mengetahuinya kerana beliau hanya menyiasat pergerakan Azilah, bukan pistol.

Kuldeep kemudian merujuk kepada catatan transaksi panggilan telefon bimbit, Azilah yang menunjukkan dia menghubungi seorang petugas di Bukit Aman, Sarjan Ramli Haron.

Beliau mendakwa panggilan itu dibuat Azilah bagi meminta Ramli menyimpan pistol jenis Glock itu di dalam peti besi unit kawalan UTK.

“Saya hanya tahu Azilah membuat panggilan kepada Ramli tetapi tidak mengetahui sama ada Azilah berada di Bukit Aman atau tidak pada waktu itu,” katanya.

Perbicaraan hari ke111 hari ini melibatkan Azilah, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 37, keduaduanya anggota Unit Tindakan Khas, yang dituduh membunuh Altantuya, 28, antara 10 malam 19 Okt 2006 dan 1 pagi keesokannya di satu kawasan di Bukit Raja dekat sini.

Penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda, 48, pula dituduh bersubahat dengan mereka.

Terdahulu Tonny mengakui beliau hanya menyiasat buku daftar jenis senjata ‘rifle’ seperti pump gun dan MP5 dan tidak menyiasat buku daftar bagi kategori senjata jenis pistol seperti Glock.

Katanya menerusi buku daftar jenis ‘rifle‘ itu didapati Azilah telah mengambil 10 laras senjata MP5 pada 24 Ogos 2006 dan dipulangkan semula tiga hari selepas itu.
Tonny juga memberitahu mahkamah terdapat beberapa nombor talian di dalam trasaksi panggilan Azilah juga tidak disiasat dan tidak diketahui siapa pemiliknya.

Katanya walaupun terdapat beberapa perkara yang tidak disiasat, beliau tetap menyiasat mengenai permohonan alibi oleh pihak pembelaan terhadap Azilah.

Sementara itu ketika disoal peguam Datuk Hazman Ahmad yang juga mewakili Azilah adakah tindakan Azilah yang turut membawa Lans Kopral Rohaniza Roslan (teman wanita Azilah) ke rumah Abdul Razak ketika kehadiran Altantuya di situ adalah mengikut peruntukan sebagai anggota polis, Tonny berkata:

“Saya tidak setuju dan kejadian pada malam itu adalah tidak bersesuaian.”

“Rumah Abdul Razak adalah di kawasan Brickfields dan dalam bidang kuasa Balai Polis Travers sepatutnya mereka menghubungi Balai Polis Travers dan tangkapan perlu dibawa ke balai terdekat. Keduadua mereka juga dari cawangan berbeza,” katanya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin disambung esok. BERNAMA

Article source:

mSTAR Online

Popularity: 17% [?]

SEo Top Ranking Guaranteedgenting permai resort vacationAdvertise Here

Site Sponsors

Calendar

September 2010
M T W T F S S
« Jul    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Your Banner Here

Archives

Voice of Malaysian

↑ Grab this Headline Animator


Ads By CbproAds